Rabu, 5 Ogos 2009

CHAR KOTEAW TAMAN KEMAJUAN




Aku nak rekomen satu kedai ni. Dah lama sebenarnya aku nampak kedai ini memulakan perniagaannya, tetapi baru beberapa minggu lepas tergerak hati untuk singgah. Memang okay, aku gelar kedai ini, kedai char koteaw balang, sebab ada 3 balang udang & ketam diletakkan kat kaunter.

Yang menariknya, ada char koteaw ketam dekat sini. Memang special, cuma susah sikit nak makan sebab dia tak buang perisai ketam dan tak potong ketam tu. Apa pun bagi sesiapa yang datang ke Perlis ni. Sila la cuba Chari Koteaw kat Taman Kemajuan.

Sebagai info tambahan, origin Char Koteaw ni adalah masakan cina dan asalnya dari Penang. Maksud Char tu adalah goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...