Ahad, 6 Disember 2009

DAVE SI PENTAKSUB MUZIK METAL ASIA

Hari ini aku teringat nak bercerita tentang seorang rakan aku bernama Dave. Bermastautin di German dan adalah peminat metal klasik yang kental. Perkara yang menarik tentang Dave adalah beliau merupakan peminat setia metal MELAYU, dalam ertikata lain muzik metal bawaan orang Malaysia.

Pertama kali Dave menghubungi aku melalui Myspace, aku seolah-olah tidak percaya bahawa dia seorang warga German, berdasarkan profil peribadinya. Ia seperti direka-reka. Ternyata sangkaan aku meleset. Dave benar-benar meminati muzik metal dan kumpulan-kumpulan rock dari Malaysia dari era 80-an dan 90-an. Dave sendiri penah menulis di dalam profil-nya bahawa dia mengangkat Malaysia sebagai negara metal impiannya untuk hidup. Lucu. Tapi ini adalah benar!

Senarai playlist Dave juga amat unik sekali antaranya HANDY BLACK, Ella, RUSTY BLADE, XPDC, AS SAHAR, MAY, dan sebagainya yang aku sendiri terkejut. Sebagai rekod, Dave membeli hampir semua kaset-kaset terpakai dari aku, dan kaset-kaset tersebut adalah album-album kumpulan dari Asia Tenggara khususnya Malaysia. Malah Dave memberitahu aku, beliau mencemuh kumpulan-kumpulan dari German yang menjadi copycat kepada Sodom, Kreator dan Destruction!

Bagi yang tidak mengenali Dave, beliau adalah pemilik Feudal Throne Records yang mula beroperasi tahun ini dengan misi cuba membantu kumpulan dari Asia Tenggara melebarkan sayap ke benua Eropah. Beliau juga seorang pemain drum kepada kumpulan Black/Death Metal bernama WARCULT. Beberapa minggu lalu, Dave memaklumkan kepada aku, Warcult membawakan lagu “ Kemana Listrikmu” dari As Sahar semasa latihan dan telah menghantar demo tape mereka kepada As Sahar sendiri untuk mendapat maklum balas.

Aku terkedu. Dave memang gila! Jadi kepada metalheads Melayu yang ingin mengenali karakter unik dari German ini. Sila hubungi Dave untuk berkongsi pendapat dengan beliau.

Myspace
Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...