Ahad, 31 Januari 2010

KOTEAW DAPUR ARANG PAK NAN

Hari aku nak bercerita tentang sebuah kedai koteaw yang sangat konservatif berdekatan dengan tempat kerja aku. Lagenda. Dan citarasa tersendiri. Pastinya Koteaw Pak Nan.

Yang pastinya Nuns Have No Fun di sini. Hahaha! koteaw ini tersohor adalah disebabkan beberapa aspek. Antaranya ini adalah satu-satunya koteaw mungkin di Malaysia ini yang masih mengunakan dapur arang. Jadi disebabkan orang yang datang tidak putus-putus, jangan anda hairan jika genap sejam baru siap koteaw yang anda pesan. Koteaw Pak Nan tidak pernah berubah rasanya, asli dan tradisional dari dahulu lagi. Baik koteaw kerang atau daging. Kalau aku semestinya koteaw daging sebab aku memang mual jika makan banyak kerang, dan disebabkan tekanan darah tinggi yang aku hidapi. Makan kerang yang banyak seperti menempah nisan dihadapan kedai Pak Nan. Hahaha! Kebetulan depan kedai Pak Nan memang ada kedai Cina yang membuat nisan tulisan jawi. Bagi sesiapa yang melihat majalah 3 beberapa tahun lalu, mungkin akan ingat kisah seorang pembuat nisan tulisan jawi berbangsa Cina yang tidak tahu apa yang diukirnya. Hanya sekadar meniru tulisan yang diberikan kepadanya.

Cukup cerita pasal nisan, kembali kepada Pak Nan. Pak Nan seorang individu penuh enigma dan berkarekter pembengis. Pekerjanya dah banyak bertukar ganti. Bukan disebabkan dimaki oleh Pak Nan, tetapi tidak tahan dengan cara Pak Nan melayan isteri dan anaknya. Pak Nan akan melenting setiap kali mereka melakukan kesilapan di kedai dengan maki hamun atau dengan membaling segala peralatan dapur. Pernah Pak Nan membaling senduk koteawnya ke tengah jalanraya dan mengutipnya semua dan terus menutup kedainya hanya kerana salah faham. Dalam kes yang berbeza Pak Nan pernah membaling kuali dari sinki ke dapur arangnya tanpa menghiraukan pelanggan yang hadir. Bagi mereka yang jarang-jarang datang atau kali pertama datang pasti akan gerun dan selalunya tidak berani datang lagi.


Namun berbeza dengan pelanggan tetap, mereka tidak kisah dengan silap panas baran Pak Nan lagi. Meja dan kerusi sentiasa penuh walaupun kedai Pak Nan tidak pernah diselenggara dengan baik dari dulu. Syiling yang runtuh, dinding dimakan anai-anai, kerusi besi, lokasi disebelah kubur, segalanya mempunyai trademark tersendiri.

Dari dulu lagi, sesiapa yang aku suggest makan disini pasti akan terkenang resipi Pak Nan. Pasti akan datang lagi. Pasti akan menempah koteaw special. Harganya baru RM2.20 pada zaman dahulu, sekarang aku dah tidak pasti.

Apa yang aku buleh cakap di sini, Diken dan isterinya adalah pelanggan no.1 Pak Nan. Segalanya sedap di kedai Pak Nan, seperti Ciwi sedap semua produk Radix. Dan senarai pencinta koteaw Pak Nan berterusan Syed, Man Kecik, Roohi, Fufu, Annas, Pon, .....

Oppss.. ada seorang sahaja yang banned Pak Nan... Azmi Blackfire... hahaha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...