Isnin, 8 Februari 2010

PAINTBALL @ JITRA


6/2/2010 – Hari pertarungan yang dinantikan. Kiranya event ini dibawah anjuran Faithcraft Prod memandangkan hampir keseluruhan pejuang dicari oleh aku. Aku memang tidak suka melibatkan kakitangan-kakitangan institusi aku berkerja untuk melibatkan diri sebelum ini. Tetapi memandangkan keperluan mendesak, terpaksalah aku ajak mereka untuk melengkapkan sebuah regimen. Hahaha!

Pada awalnya, berbelas orang aku dah dapat rekruit. Tetapi akhirnya 8 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan pertempuran. Itu pun sebab dipaksa. Selebihnya ada yang datang sekadar melihat, ada yang menarik diri disebabkan faktor kewangan. Aku pun faham, aku sendiri broke bulan ini. Bulan yang paling banyak mengorbankan RM aku!!!

Kami sampai lewat ke tempat yang dijanjikan. Seperti biasa, masalah komunikasi, masalah kejahilan dan sebagainya. Setelah mendengar sedikit taklimat ringkas, kami berangkat ke medan pertempuran hutan getah sentiasa menanti.



Disebabkan dah hampir 5-6 tahun tidak main paintball ini. Aku sendiri pun rasa macam beginner. Warning pertama aku bagitau Syed dan Diken, kena tembak Roohi dahulu memandangkan Roohi ni memang liar. Memang gerila punya taktikal. Pakaian pun dah tahu.

Paling sedih aku sendiri yang terkeluar dahulu. Kena tembak dengan Roohi di kepala. Celaka Roohi! Habis laa, cerita dia tembak aku ini akan bertahanlah 5-6 tahun lagi. Seterusnya Syed.


Dipendekkan cerita 3 perlawanan kami main. Ketiga-tiga dimenangi skuad Roohi. Malu gila, dah la Skuad Roohi di anggotai 2 orang wanita. Kami yang siap pakai boot, pakai t-shirt Vader lagi. Kena hentam macam komunis sahaja. Roohi kata ini semua semangat sebab dia pakai t-shirt Free Palestine. Habis main Diken bawa kami makan di Royale nasi kandar yang semestinya favorite place for Syed!

Syed ada mencadangkan aktiviti ini dijadikan acara bulanan dan penubuhan skuad sendiri. We'll think about it..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...