Khamis, 24 Jun 2010

SWEETY SUPARI



Padi tadi aku ke Beseri, Jalan Kaki Bukit untuk breakfast berhampiran lokasi Itjimak Tabligh. Seronok aku lihat bagaimana kemeriahan setiap kali majlis sebegini berlangsung di Perlis. Beraneka ragam manusia yang menjunjung tinggi kegiatan dakwah dan islah sebagai sebahagian atau sebagai nadi hidup mereka. Subhanallah.

Selain dari majlis rohaniah, aku suka melihat gelagat-gelagat insan-insan yang bernar-benar menjadikan Rasulullah sebagai mentor hidupnya. Serban, jubah putih atau hijau, capal, paling menarik rata-rata-tua dan muda memakai tongkat. Dan ada yang kelihatan sangat handsome (I’m serious!) dan ada yang kelihatan kusut dan comot. Masing-masing dengan satu matlamat walau lain penampilan. Yang paling penting bernaung dibawah satu akidah dan syariat yang sama. Bagi aku ini unik.

Keunikan gerakan tabligh adalah selain kegiatan islah, mereka berusaha mengetengahkan fesyen islamik kepada masyarakat. Dan bagi aku ini adalah satu usaha murni, supaya dapat mengakis pandangan golongan bukan islam bahawa pemakaian secara muslim mengambarkan satu fahaman ektrimis. Mereka cuba mengakis taboo ini dikalangan masyarakat.

Selepas waktu bekerja tadi aku bersama Ustaz Jeffri kembali ke sini lagi. Aku mendapatkan sehelai jubah idaman dengan harga yang berbaloi dan diperkenalkan oleh sheikh ini dengan Sweety Supari. Diberinya aku dan Ustaz Jeffri satu paket promosi. Memang ralit kami kunyah Supari ini. Kata sheikh, kalau memandu jauh-jauh memang inilah ‘chewing gum’ untuk mengelakkan rasa mengantuk. Difahamkan Sweety Supari ini diimpot dari India dan dibuat dari buah pinang. Harganya RM1 untuk 3 paket. Satu lagi produk unik!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...