Jumaat, 15 Oktober 2010

BERLABUH DI LANGKASUKA


Kali kedua aku mengunjungi pulau lagenda ini walaupun aku tinggal di Kangar, ini pun kerana terlibat dengan Kursus Asas Kaunseling di Eagle Bay Hotel yang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Jadi setiap kali tamat kelas, disebelah petangnya aku berjogging disekitar taman persisiran pantai dihadapan hotel dan riadah di sekitar Pekan Rabu pada sebelah malamnya. Antara tempat makan yang aku rekomen disini adalah Artisans Pizza. Cheeseburger yang disajikan mereka memang menakjubkan. Hehe.

Antara isi kandungan kursus yang disampaikan oleh En. Juhari dari KPWKM yang menyentuh perasaan aku sepanjang mengikuti sesi ini adalah bagaimana kita perlu menghormati harga diri seseorang. Tiada siapa yang mengetahui dimana letaknya harga diri seseorang. Harga diri seseorang insan adalah sama nilainya. Jika seorang kerani malu ditengking dihadapan khalayak ramai, seorang pengarah syarikat juga malu dimaki hamun dihadapan khalayak ramai. Seorang penyapu sampah mempunyai harga diri yang sama dengan seorang akauntan. Seorang pelacur serta pengidap AIDS mempunyai harga diri yang sama dengan seorang menteri yang sihat wal’afiat.

Rupanya ada juga cokelat yang mengunakan liquor

Hidangan di Artisans Pizza yang menyelerakan


Seorang penagih dadah pasti memarahi anda jika anda menghina dirinya. Ini membuktikan beliau masih mempunyai harga diri. Begitu juga seorang imam sebuah masjid pasti marah jika anda memalukannya. Walau sesiapa pun orangnya. Adalah amat perlu kita menghormati seseorang insan dalam membina hubungan. Mengapa perlu membina hubungan? Untuk memahami masalah yang terjadi. Untuk meningkatkan keharmonian sejagat.

Tanggapan selama ini, yang kita akan menghormati hak seseorang selepas seseorang itu menghormati hak seseorang itu adalah salah sebenarnya. Kitalah yang perlu mula menghormati hak seseorang sebelum mengharapkan orang lain menghormati diri kita. Berbaik sangka terhadap orang lain dahulu sebelum kita mengharapkan orang lain berbaik sangka terhadap kita. Jangan stereotype dalam menilai seseorang dihadapan kita.

Syurga liquor dan ciggarette


Pemandangan di Pantai Cenang

Letih berjogging

Sering kali kita suka menyebarkan keburukan rakan taulan, malah memfitnah mereka dengan segala macam tomahan. Tetapi kebaikan mereka terhadap mereka kita lewat atau tidak menghargainya.Malah, apa yang sering berlaku, kita lupakan kebaikan seseorang terhadap kita. Malah langsung tidak mahu menutup keaiban saudara-saudara kita.

Mengapa kita cemerlang di dalam membina hubungan dan komunikasi semasa bercinta dengan pasangan kita tetapi menghadapi communication breakdown selepas berkahwin? Tiada lain.

Hubungan dengan tuhan. Hubungan sesama manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...