Isnin, 8 November 2010

TENGKUJUH DI PERLIS

Pemandangan Bukit Keteri seolah-olah gunung berapi di tengah lautan.

sebelum

selepas


Tengkujuh melanda Perlis adalah yang terburuk pernah tercatat menjangkaui apa yang pernah terjadi pada 2005 dahulu. Aku terpaksa bermalam di pejabat selama 6 hari, menyediakan ribuan bungkus makanan kepada mangsa banjir dan menanggung kesedihan kerana berpindah sehelai sepinggang, aku pakai t-shirt dan seluar yang sama selama 6 hari tanpa dompet dan duit untuk makan. Hanya mengharapkan ikhsan dari rakan-rakan dan makanan mangsa banjir.


Faithcraft Studio tenggelam pada malam 1hb November hingga 7hb November 2010. Sebanyak 20% kerosakan dikenalpasti dan terima kasih diucapkan kepada Syed kerana menyelamatkan banyak peralatan dan kesediaan beliau didalam kerja-kerja pembersihan. Kangar kini kembali pulih namun malam ini aku masih terlibat di Pusat Pemindahan Bencana di Dewan Warisan untuk membantu mangsa banjir. Apa pun kehilangan dan kesedihan yang terjadi adalah penghapus kepada segala dosa-dosa yang telah dilakukan.



Mengoreng puluhan telur sekaligus untuk mangsa banjir.


Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

“Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kebingungan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2573)