Sabtu, 1 Januari 2011

HIKING METAL PUNKS


Hari ini adalah hari kedua aku mulakan aktiviti memanjat bukit yang merupakan antara kegiatan harian aku sebelum ini. Rasanya dah berbelas tahun, sejak dari sekolah dulu, aku dan rakan-rakan akan ke Bukit Lagi, Gua Cenderawasih ini untuk mendaki. Keistemewaan tempat ini jika sudah jemu dengan mendaki, kita boleh jogging di denai lereng bukit sehingga ke Kangar.



Sedikit sejarah mengenai Gua Cenderawasih, asalnya dipanggil Gua Sami. Menurut orang lama-lama tempat ini ‘keras’? Mungkit sebab bukit batu kot? Haha! Bagaimanapun, memang tempat ini asalnya adalah sami temple, tetapi apabila MB Shahidan Kassim memerintah dan merasakan tempat ini berpotensi untuk dijadikan sebagai sebuah tempat riadah. He could make anything possible... haha



Selepas sekolah, Fazil Nyan adalah antara teman setia aku mendaki di sini. Pernah kami mendaki dengan memanjat batu batan tidak mengikut laluan yang disediakan. Satu kerja gila yang memang tidak dapat aku lupakan. Antara rakan-rakan lain yang sering turut sama mendaki waktu itu adalah Man Kecik, Bang Lan, Syed, Fufu, Ijan Buraksa, Pon, Arwah Bizam, dan Ciwi.

Pernah satu ketika kami main street soccer di dataran yang kini telah dijadikan tempat riadah. Sekarang ini, apabila berdirinya mini-putrajaya, Gua Cenderawasih telah menjadi over crowded, malah pekerja kontrak Indonesia & Bangla pun dah riadah di situ. Keadaan dah berlainan.

Walaubagaimana pun, ia adalah tempat paling best untuk kembalikan stamina di Perlis. Dah semua rakan-rakan berhijrah dari Perlis, akhirnya tinggal aku dan Syed setia mendaki bukit ini. Itu pun, selagi lutut masih ok... hahaha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...