Isnin, 10 Januari 2011

PAN SI DEWA ROGOL DAN WALT DISNEY


Perkara yang kurang senang saya perhatikan berlaku sejak kebelakangan ini adalah kehadiran dan lambakan filem berunsurkan khurafat, tahyul serta syirik di Malaysia. Ianya begitu serius seolah-olah tiada langsung garis panduan yang boleh ditetapkan bagi penerbit filem sebegini. Perlu diingatkan saya hanya menekankan perkara ini kepada filem seram dan mistik yang berkisar dalam masyarakat Islam. Seringkali kita lihat filem seram kita di adaptasikan oleh fahaman dan kepercayaan ‘luar’ yang begitu karut namun tetap disogok kepada minda masyarakat kita.

Dalam kita tidak sedar, rupanya kita telah mempromosikan syaitan seperti yang telah berjaya dilakukan oleh Walt Disney ( dipercayai di selia oleh sebuah kumpulan tersembunyi dan adalah Freemanson tahap ke-33, sebuah organisasi berteraskan fahaman berunsur sihir). Sebenarnya cendiakawan dan ahli kitab Kristian sendiri turut mendedahkan perkara ini. Namun mereka menerima berbagai kecaman walaupun mengemukan dalil-dalil dan hujah dari Bible sendiri. Organisasi Satanic (pemuja Syaitan) telah menguasai bidang politik dunia, korporat, kewangan dunia dan media antarabangsa. Anda boleh rujuk laman Masonic Child Abusers yang kebanyakan pesalah pedophilia adalah tulang belakang Walt Disney.

Sesiapa yang sudah mengenali dunia Sihir (witchcraft) dan Pemujaan Syaitan (Satanism) pastinya dengan sekilas pandangan dapat mengenali bagaimana rupa bentuk Pan, dewa jahat yang mempunyai kegilaan seks yang songsang. Kebanyakan imej dewa ini digambarkan dengan berkepala kambing, bertanduk dan sering kali dengan zakar dalam keadaan eraksi.



“Pan is famous for his sexual prowess, and is often depicted with an erect phallus. He was believed by the Greeks to have plied his charms primarily on maidens and shepherds, such as Daphnis. Though he failed with Syrinx and Pitys, Pan didn’t fail with the Maenads – he had every one of them, in one orgiastic riot or another. To effect this, Pan was sometimes multiplied into a whole tribe of Panes” – sumber Wikipedia

“It is likely that the demonied images of the incubus and even the horns and cloven hooves of Satan, as depicted in much Christian literature and art, were taken from the images of the highly sexual Pan” – sumber Wikipedia

Mari kita lihat pendedahan yang dibuat oleh David J. Stewart seperti yang diperincikan di dalam laman web beliau Jesus Is Savior. Tiada salahnya kita merujuk hujah beliau, kerana beliau memahami apa yang beliau perkatakan tentang akidah manusia kebelakangan ini. Apabila kita melihat filem-filem bercorak fantasi dan seram masa kini, kita sering disogok dengan imej kesyaitanan yang diberi unsur positif untuk mempengaruhi anak-anak kecil kita. Malah syaitan kini boleh menjadi satu entiti penyelamat malah hero kepada manusia umum nya.

“Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka" Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya). Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.
(Quran. Al Hijr : 39 – 42)

Mari kita lihat filem Walt Disney seperti NARNIA, secara tidak langsung kita telah berkenalan dengan Pan, yang sebelum ini hanya disembah dan dicintai oleh ahli-ahli sihir Wiccan serata dunia. Pan iaitu dewa seks Pagan (era manusia tiada agama dan menyembah pelbagai dewa) telah dinamakan sebagai Tumnus ( dilakonkan oleh James McAvoy) dan dilihat berhubung dengan Lucy Penvensie. Hubungan mereka kelihatan begitu menyeramkan dan member impresi proses pedophile sedang berlaku apabila Tumnus mengumpan Lucy ke dalam rumah beliau. Mungkin anda meragui fakta ini, namun sila rujuk bagaimana mondus operandi Pan, yang kini dikenali juga sebagai Iblis sering memikat gadis untuk tujuan jahat. Tumnus sebenarnya dimodelkan berdasarkan imej Pan, malah seperti Iblis, Tumnus turut mempunyai alat muzik tiupan ( Islam dan Kristian bersetuju alatan muzik tiupan dan bertali adalah dari Iblis) yang digunakan untuk membuatkan si gadis khayal dan tertidur. Babak seterusnya memaparkan si gadis bangun dari tidur dan Tumnus menangis, serta menyatakan dia telah melakukan sesuatu yang tidak baik. Jelas disini beliau telah mencabul gadis tersebut. Perlu diingat, Pan adalah dewa rogol dan gila seks dari era pagan. Dan kebanyakan imej nya dalam keadaan syahwat yang memuncak.


Ditafsirkan disini, filem ini mengalakan anak kecil mempercayai orang asing walaupun keadaan sekelilingnya menunjukan atmospera pedophile sedang berlaku. Umum hari ini tahu, keadaan dimana apabila seorang lelaki asing membawa gadis kecil ke rumahnya bermakna kegiatan pedophilia bakal berlaku. Sekarang cuba lihat karakter Lucy yang dijadikan begitu suci dan ‘tidak tahu apa-apa’, sering kali kita baca begini lah permintaan syaitan untuk persembahannya. Mahu di barat atau di timur pada masa dahulu begitulah korban kepada ilmu hitam. Bagi pengamal sihir dan pemuja syaitan, Pan adalah dewa kesuburan, entiti yang sentiasa dahagakan seks yang diluar batasan.

Kristian dan Islam cuba diracuni mindanya agar menerima sihir sebagai sesuatu yang positif. Sesuatu yang unik dan bukan terlarang. Kita sendiri faham bagaimana sihir akan berlaku. Dan apakah aktiviti dan permintaan yang perlu dipenuhkan agar sihir itu boleh mustajab. Jadi, filem seperti Harry Potter menunjukan bagaimana sihir adalah sesuatu yang hebat dan menarik. Bukan melibatkan aktiviti tidak bermoral dan kejam. Bukankah sihir lebih teruk dari kegiatan seks bebas atau pembunuhan?

1st Samuel 15:23 menjatuhkan sihir adalah berdosa: “For rebellion is as the sin of witchcraft, and stubbornness is as iniquity and idolatry. Because thou hast rejected the word of the LORD, he hath also rejected thee from being king.

Sekarang lihat pula, filem Pan’s Labyrinth. Bagaimana kaedah Pan ( dikenali sebagai Faun pula) dipersembahkan kepada penonton dan bagaimana dia mengoda si gadis untuk mengikut arahannya. Lihat mesej-mesej tersembunyi dari karakter dan imej yang diolah menjadi sebuah fantasi.

Anda lihat pula iklan komersil Walt Disney, mengapa Mickey Mouse sering kelihatan memakai topi ahli sihir dan menjampi serapah?


Komersil Little Mermaid

Jika sebelum ini anda hanya tahu Satanism begitu popular di kalangan pemuzik metal, atau selebriti seperti Johnny Cash yang penah menyanyikan 2 lagu yang ditulis oleh Glen Danzig, pelopor Misfits yang juga seorang Satanist (penyembah syaitan) terkenal, Dolly Parton yang menyanyikan semula lagu kesyaitanan “Stairway To Heaven” dari Led Zeppelin yang merupakan antara kumpulan rock gergasi penyembah syaitan, Beach Boys melalui album pertama mereka… dan banyak lagi.

Penyembah syaitan terkenal dari Freemanson tahap ke -33, Aliester Crowley adalah antara yang sujud kepada dewa syaitan Pan. Beliau turut meminta dibacakan puisinya bertajuk “Hymn to Pan” semasa upacara pengkebumian beliau, yang meninggal dunia kerana penyalahgunaan kokain. Puisi berkenaan berbunyi; “ I rave and I rape and I rip and I rend everlasting world without end!”

~Rammy
6/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...