Selasa, 26 April 2011

BURGER AIS KRIM



Kemarin aku berhenti untuk solat Asar di Pusat Dakwah Kubang Pasu. Memang aku terlewat hari ini jam dah menunjukan pukul 6.10 petang. Tengah aku solat seorang Pakistan masuk untuk bersolat juga. Kami sama-sama keluar masjid, aku lihat beliau membawa kotak stainless steel di pelana motorsikal nya, aku pun bertanya “Roti ka?”.. Dia menjawab “Roti ada juga”. Masa itu, terlintas difikiran aku zaman kanak-kanak, ada seorang mamak naik basikal pusing kampung menjual roti benggali sapu kaya homemade. Memang itu yang aku ingat Pakistan ini jual, jadi teringin juga nak imbas kenangan lalu.
Tiba-tiba aku dapat roti burger di sapu ais krim. Hehehe. Harganya RM1.50. Rasanya boleh tahan, kenyang juga walaupun dari pagi tadi aku hanya makan mee segera. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...