Isnin, 18 Julai 2011

METAL HAMMER – OGOS 2011 ISU 220


Kurang menarik berbanding isu Julai, Metal Hammer kali ini membuat liputan Golden Gods 2001 Award anjuran mereka sebagai cover story mereka. Turut disertakan sebuah zine A5 yang menceritakan tentang kemunculan Heavy Metal  di Birmingham sejak 40 tahun lalu dan promosi Expo Home Of Metal yang sedang berlangsung di Birmingham Museum & Art Gallery pada 18 Jun hingga 25 September 2011. Jadi kepada mereka yang ada perancangan ke UK dalam masa terdekat ini bolehlah meletakkan muzium ini sebagai salah satu tempat untuk dilawati kerana banyak artifak, foto, memorabilia akan dipamerkan disitu. Bak kata Tony Iommi “ I’m really proud to be a Brummie and to call Birmingham my home, That’s why I’m supporting The Home Of Metal events and message. Your surroundings and experiences influence your music so it’s important for people to know where that music came from!”

Selain dairi laporan terperinci tentang apa yang berlaku di atas kapal Dixie Queen dan Anugerah Golden Gods 2011 yang dimenangi oleh Rob Zombie, MH menampilkan interview dengan sebuah kumpulan yang dibenci oleh metalheads bernama Black Veil Brides yang membicarakan tentang imej mereka, laporan studio kerja-kerja rakaman terbaru Machine Head, temubual bersama Doro Pesch tentang kisah hidupnya sebagai wanita yang menjadikan metal sebagai kerjayanya. Serta pendedahan David Vincent dari Morbid Angel dengan panjang lebar tentang mengapa mereka tersasar kepada elemen Industrial di dalam melakukan pembaharuan muzik death metal.  Sebuah sampler cd berjudul Necrolust diberikan percuma untuk mempromosi kumpulan Akrya, Blodsgard, Harm, Assaultery, Refusal dan banyak lagi. Dan paling mengujakan sebuah poster pintu raksasa Iron Maiden turut disertakan.

Antara keputusan Golden Gods 2011 yang lain adalah, Best Album Award – Killing Joke, Inspiration Award – Twisted Sister, Icon Award – Judas Priest, Best International Band Award – Avenged Sevenfold, Best Event Award – The Big Four, Best Underground Award – Primodial dan Metal As Fuck Award dimenangi oleh Nergal yang datang menerima anugerah dengan memakai kopiah!  Hehehe. Beliau telah botak kerana menjalani cimotherapy setelah disahkan mengidap kanser.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...