Khamis, 28 Julai 2011

PASEMBOR KODIANG

Aku tidak tahu mengapa semua orang di Malaysia mengetahui kewujudan pekan Kodiang? Mengapa Kodiang begitu popular? Pekan Kodiang terletak betul-betul di atas garisan sempadan Kedah-Perlis, merupakan pekan yang tertubuh hasil pertemuan sebuah simpang empat. Tumpuan orang ramai di pekan ini kerana terdapat sebuah stesen bas yang kini tiada lagi. Disitu, terdapat deretan kedai-kedai mamak yang menjual pasembor dan mee rebus. Jadi kepada sesiapa yang berkunjung ke sini sudah pasti lawatan mereka tidak lengkap tanpa mencuba Pasembor Kodiang.

Boleh dikatakan pengikut pasembor & mee rebus Kodiang ini datang dari seluruh pelusuk Perlis dan Kedah. Selain dari itu, Kodiang menjadi tumpuan kaki nombor ekor haram dan tak haram (halal ke?) dari Kedah- Perlis juga. Golongan veteran, muda remaja, hijau, biru, Melayu, Cina, Siam, semua bermuafakat baik dan menjana transformasi 1 Malaysia di sini. Mungkin atas sebab itu, Balai Polis Kodiang yang terletak berhampiran mengambil sikap toleransi sehingga kini.

Sejak dari dulu lagi, jika datang ke Kodiang bersama Hafiz atau arwah Habizam, kedai pilihan kami adalah Kedai Ghani Pasembor dan menu aku semestinya mee rebus. Entah kenapa petang ini aku cuba pasembor. Pasembor kata orang Kuala Lumpur- rojak. Hehehe. Kelainan pasembor di Kedah Perlis adalah ramuan-nya tetap, jika di tempat lain ramuan dan kelengkap pasembor boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan. Disini semua datang pakej, mungkin anda boleh menolak daging, timun, atau telur rebus. Tetapi tidak dapat diganti dengan bahan lain dan ia sementinya bukan pasembor lagi. Bagi yang tidak tahu ramuan tradisi yang membuatkan kuah pasembor ini begitu istimewa adalah adunan dari biskut marie. Kick Ass!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...