Ahad, 10 Julai 2011

ZOOPHILIA YANG KACAK DAN SOPAN

Zoophilia bermaksud :- tarikan erotik kepada perhubungan seksual dengan haiwan

Seringkali kita, termasuk aku sendiri tersenyum lucu apabila membaca tabloid melaporkan kejadian manusia merogol haiwan. Bukan kerana memandang remeh isu berkenaan, tetapi ia seolah-olah ia cerita dongengan walaupun di dalam sirah nabi telah tercatat peristiwa hitam itu pernah terjadi semasa baginda memerintah Mekah. Hukumnya adalah bunuh kepada kedua-dua makhluk tersebut.

Bagai tidak percaya aku berhadapan dengan kes sebegini, syukur kejadian tidak terjadi semasa aku yang bertugas. Namun, apa yang terjadi sangat-sangat memberi kesan. Terasa gementar seluruh anggota badan bila mengingatkan semula cerita petugas pada malam tadi dan takkala membaca laporan bertulis pagi tadi. Aku kenal sangat dengan pelaku sumbang berkenaan, malah beliau tidak penah bermasalah dengan aku. Sentiasa bertutur kata sopan, dan sering memohon maaf bila berlaku sesuatu perkara. Berusia lingkungan 70-an, seorang pesara tentera, tetap kacak walaupun telah berusia, berpakaian kemas, mempunyai ramai isteri di seluruh tanahair dan anak-anak yang rupawan belaka. Namun tiada siapa sanggup menjaga beliau. Hidupnya tersisih dan terabai.


Tidak banyak yang dapat aku perincikan kerana ia membabitkan isu sensitiviti. Namun aku yang boleh diringkaskan disini pelaku sumbang berkenaan ditangkap dalam keadaan berbogel di dalam reban  ketika asyik merogol seekor itik. Ketika memberkasnya, itik berkenaan telah tinggal separuh nafas dengan keadaan yang amat mengerikan. 

Tidak dapat aku ceritakan lagi sini tentang hukuman yang menanti pelaku sumbang berkenaan. Apa yang boleh aku cakap, kejadiaan zoophilia memang benar-benar berlaku. Ia bukan cerita khayalan dan bukan lucu seperti yang anda bayangkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...