Ahad, 14 Ogos 2011

TEMUJANJI BERSAMA RAMADHAN DAN KURMA

Sebenarnya aku tidak pernah mengemari kurma sejak dari dulu lagi. Sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini, mula terasa bertapa sedapnya buah ini. Mungkin, disebabkan pengaruh sunnah maka minda mula terasa hebatnya kurma ini. Dan kenapa tajuk blog hari ini temujanji? Sebab sebutan inggeris bagi kurma = dates.

Kembali kepada kenangan lalu, mungkin dahulu keluarga aku mampu beli kurma yang murah-murah sahaja atau stok lama-lama yang diberikan saudara mara. Maka kurma sebegitu sahaja lah yang dapat aku rasa. Manisnya seolah – olah direnjis dengan sirap gula, dan isinya keras-keras belaka. Namun kini dah bekerja dan ada duit sikit, baru mampu beli kurma-kurma yang segar, sekali-sekala cuba kurma yang muda. Memang sedap. Sangat sedap. Maka tidak hairan, Rasulullah s.a.w sendiri berbuka dengan buah kurma.

Sesunguhnya kurma sangat bagus dan diet yang sihat untuk berbuka kerana mengandungi sumber fiber atau serat, gula, magnesium, potassium dan karbohidrat yang tinggi. Dan kurma yang segar kaya dengan anti oksidan seperti beta-carotene, lutein dan zeaxanthin yang membantu melindungi sel dari keradangan.

Sebanyak 20 kali kurma atau pohon kurma disebut oleh Allah s.w.t di dalam al Quran, menandakan betapa penting tumbuhan tersebut kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...