Selasa, 4 Oktober 2011

SURAT KEBENCIAN


Bagi sesiapa yang bergelumang dengan dunia underground era 80-an and 90-an yang hanya bergantung kepada zine fotostat, menulis surat dan aktiviti pertukaran kaset (tape trading: suatu ketika dahulu untuk mengelak dari membuang masa kerana tempoh berutus surat agak lama, disamping menjimatkan kos setem, pengikut underground akan bertukar-tukar kaset band negara masing-masing untuk mencari pengikut dan menyebarkan muzik, samada dari band sendiri atau band rakan-rakan) pasti sesekali anda penah mendapat surat benci ( hate letters)?!.

Surat benci ini merupakan satu saliran underground untuk menyuarakan tidak puas hati, kebencian atau meraih sokongan kawan-kawan untuk memboikot individu atau kumpulan tertentu. Ia seringkali di datangkan dengan ratusan flyers, diedarkan keseluruh dunia dan mempunyai hujah-hujah kenapa mereka bertindak sedemikian?

Walaupun ikhtiar ini selalunya ia tidak mendatangkan mudarat bagi kumpulan dan individu yang mempunyai pengaruh besar sekurang-kurangnya ia memberi sedikit ugutan dan membuatkan penyokong-penyokong mereka ini berfikir sejenak. Bak pepatah Melayu ‘Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang’. Namun apa yang sering terjadi adalah sebaliknya, individu atau kumpulan terlibat menjadi lebih glamor dengan kontroversi tersebut!

Bagaimana surat ini lahir? Selalunya mereka yang mengarangnya terdiri dari editor-editor zine yang geram kerana temubual mereka tidak berbalas walaupun telah di sertakan IRC ( Dipanggil International Reply Coupon, tidak diketahui adakah masih dijual sekarang di pejabat pos? Dan harganya seingat aku adalah sekitar RM3.50) Bagi yang tidak mengetahuinya pada tahun-tahun 90-an dahulu kumpulan-kumpulan muzik luar negara seringkali meminta sesiapa yang ingin menulis kepada mereka menyertakan beberapa keping IRC, dengan kemudahan ini mereka tidak perlu lagi membeli setem sekaligus mengeluarkan duit untuk membalas surat kita.

Atau penyokong-penyokong distro (pengedar) atau syarikat atau kumpulan muzik itu sendiri yang songlapkan duit-duit mereka untuk membeli kaset dan cds-cds yang dihantar melalui pos. Alasan mereka barangan tersebut telah dicuri oleh posmen. Ini adalah gejala rip-off!

Atau peminat-peminat serta groupies yang kecewa apabila individu atau kumpulan pujaan mereka ini tidak melayan mereka apabila berjumpa di lokasi gig atau di mana-mana. Atau mungkin memang kumpulan itu sendiri sudah besar kepala dengan kejayaan yang mereka kecapi?


Sebelum mendapat surat yang bertarikh 18 April 2001 dari Hollywood, US tanpa nama pengirim ini, aku ada menerima 2 lagi surat sedemikian rupa, iaitu surat hasutan supaya memboikot Varg Vikerness dan Burzum (1993-1994) dan juga surat kebencian terhadap Impiety yang menjadi antara isu di dalam pergerakan metal Malaysia-Singapura (1997-1999).

Kembali kepada Nile, mereka tidak sedikit pun tergugat dengan kehadirian surat-surat ini. Malah mereka menjadi kuasa muzik paling berat di dunia dengan konsep Egyptologi dan mempunyai jutaan peminat seluruh benua termasuk aku!

“There is no God But God” Familiar words for any devout person , but guarranteed to scare the pants off any white skinned blue eyed american kid . “Kafir” goes along with one my ideas that the world would certainly be a better place if we would just give everyone air conditioning.." - Karl Sanders, interview in Sombre Arcane

Bagi yang tidak mengetahui Karl Sanders turut menghasilkan album solo yang memainkan alatan muzik akustik sepenuhnya dan turut berkolaborasi bersama Ustad Mohammad Hoseyn Yeganeh yang menyanyi dan memainkan alat muzik bernama Dotar. Album solo ini adalah sangat berlainan kategori muziknya berbanding Nile tetapi konsepnya tetap sama. Karl tidak menyembunyikan pengaruh sufi dalam citarasa muzikal beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...