Khamis, 9 Februari 2012

KERINDUAN PADA AHMAD MUSTAFA


Kira-kira 7 tahun lalu aku pernah berarak atau dalam kata lain diarahkan berkawad bagi meraikan Maulidur Rasul dengan memakai baju ala boria sewaktu berkhidmat dibawah kerajaan Selangor. Satu perkara yang aku tidak pernah setuju dan berminat walaupun tidak mengetahui hukumnya waktu itu. Sekembalinya ke tanah air, hehe. Pada ketika itu, Mufti Perlis Dr. Asri telah pun meletakkan jawatan, Dr. Juanda yang mengantikan beliau mengantikan berlarak (kata orang Perlih) dengan perbarisan, sempat jugalah aku berbaris kemudian diikuti dengan selawat dan seterusnya ceramah. Kini, sambutan Maulidur Rasul terus disambut dengan selawat dan siri-siri ceramah. Ada juga usaha-usaha orang-orang lama inginkan upacara ‘berlarak’ agar diteruskan dikawasan-kawasan kecil, dengar ceritanya orang-orang mufti berjaya mengekang sesi ‘belarak’ dengan menziarahi tempat-tempat yang dikenalpasti, memberi nasihat dan diarahkan bersurai. Jadi, upacara ‘belarak’ kini semakin beransur pupus di Perlih.

Kata orang lama-lama “kalau tak belarak kita lupa Rasulullah? Erm, tak best ah”. Hehehe. Kata Ustaz Jeff, orang Kedah, kawan aku ah.. “Malam tahun baru main mercun, belarak buleh. Maulidur Rasul kita nak belarak tak buleh plak!! “ Hehehe. Aku gelak aja. 

Itu cerita belarak. Sempena Maulidur Rasul ini ada baiknya jika kita berkongsi 3 riwayat dari hadis sohih, semoga ia dapat menambah lagi rasa kecintaan kita kepada insan terpilih bernama Muhammad Bin Abdillah. Mari kita hayati sebuah kisah yang diceritakan oleh Jabir Bin Abdullah, diriwayatkan oleh Bukhari, berkata Jabir “Dulu, masjid mengunakan atap dari pelepah kurma. Apabila berkutbah, Baginda Rasulullah SAW berdiri berdekatan salah satu pelepah itu. Apabila dibina sebuah mimbar untuknya. Baginda kemudiannya beralih dan selalu berdiri diatas mimbar. Kami mendengar tangisan dari pelepah itu seperti unta bunting, sehingga Rasulullah SAW datang mendekatinya lalu mengetus pelepah itu, kemudian pelepah itu terdiam”.

Dari kisah ini, ditafsirkan apabila Rasulullah SAW berpindah ke mimbar yang baru dibina itu memandangkan semakin ramai jemaah, pelepah kurma itu menjadi bukti kerinduan seluruh makluk Allah terhadap insan pembawa rahmat serta kejadian itu dapat disaksikan oleh sahabat Baginda sekaligus membuktikan kenabian Baginda dan memperkukuhkan iman dan takwa dikalangan mereka. Ada sebuah hadis lagi menceritakan seekor unta yang datang dan sujud kepada Rasulullah SAW dihadapan kaum Ansar dan Muhajirin yang membuatkan mereka kagum dan mahu menyembah Rasulullah SAW tetapi telah dilarang oleh Baginda dan disuruhnya beriman kepada Allah.

Tiada contoh yang lebih baik untuk diikuti selain Rasulullah SAW, jika orientalis Barat mengakuinya, mengapa kita seorang muslim masih bingung? Sebagai contoh ungkapan peribadi yang disorok sejauh-jauh agar tidak diperbesarkan oleh tokoh lagenda Perancis iaitu Napoleon Bonaparte “Aku tabik kepada manusia agung ini. Aku tabik hormat kerana keagungan akal dan hatinya”. Itu baru Napoleon, tidak kira Lamartine, Laura Veccia, mengenai pandangan mereka terhadap Rasulullah SAW.

Fakta pelik tapi benar mengenai Napoleon Bonaparte pula, beliau mempunyai zakar yang sangat besar dan menderita untuk menyembunyikan penyakitnya itu. (ia dianggap penyakit bila anda mempunyai senjata melebihi 12 inci dan ukur lilit lebih 10 inci..heh!) Salah seorang pegawainya telah telihat zakar Napoleon secara tidak sengaja dan menyebarkan penemuannya. Pada waktu itu, masyarakat Perancis tidak boleh menerima seorang lelaki yang sedemikian dan dianggap cacat, Napolean mengalami kemurungan. Malah istilah boner yang kita gunakan hari ini untuk lelaki yang sedang kemaruk syahwat di petik dari nama Bonaparte. Kesian Napolean…

Kembali kepada hadis ke-2, diceritakan oleh Anas Bin Malik r.a, yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, “Tidak seorang pun yang lebih dicintai para sahabat daripada Rasulullah SAW. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah SAW (hadir), mereka tidak berdiri untuk Baginda. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa Baginda membenci perkara tersebut”

Hadis ini jelas memberitahu kita agar menghindari sifat ujub. Ini kerana dengan sifat sedemikian kita akan mula berbangga-bangga dengan ilmu yang dimiliki dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lain serta memperbodohkan dan merendahkan mereka, sesungguhnya kita bakal binasa dengan kesombongan itu. 

Pernah anda merasa diri anda suci dari orang lain? Perasaan kagum terhadap diri sendiri berlebihan, pernah anda mendengar seorang ustaz berceramah mengutuk seorang ustaz yang lain? Seorang tok guru yang berbangga apabila kuliahnya dihadiri ratusan malah ribuan orang? Seorang muslimin menuduh muslimin yang lain sesat dan maki-memaki? 

Kita ikuti hadis terakhir yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, diceritakan oleh Anas Bin Malik r.a bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata “Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina (Wahai Tuan Kami dan anak kepada Tuan Kami), Wahai yang terbaik di kalangan kami!”. Rasulullah menjawab “ Wahai manusia, hendaklah kalian bertakwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya, dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku”.

Sekian. Apa kata kita teliti foto dan clip video dibawah untuk berfikir? Salam.

Maulidur Rasul Parade in Malaysia
Valentine Parade in Australia
  Behemoth Parade in Poland

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...