Ahad, 11 Mac 2012

PERTANDINGAN MUAYTHAI TERBUKA PERLIS 2012


Tomoi atau Muay Thai adalah seni mempertahankan diri yang tidak asing lagi bagi rakyat Perlis umum nya. Dalam masa yang sama, ia masih dalam kelompok underground kerana berapa kerat sangat penduduk di Perlis pernah menonton perlawanan tomoi secara langsung atau berpeluang melihat fighters ini berlatih di kampung-kampung atau di Dewan Belia? Secara umum nya sebelum tomoi dipopularkan dalam beberapa filem aksi dari Thailand. Ramai yang tahu seni beladiri ini melalui TV channel Thai sahaja.

Setelah sekian lama, saya merasakan inilah satu-satu nya event entertainment yang masih berciri kekampungan dan ektrim berjaya dianjurkan oleh Shahidan Kassim. Yang mana sebelum ini lebih kepada acara etnik yang langsung tidak mencabar minda dan kekuatan fizikal seperti pertandingan kacau dodol, masak bubur, tumbuk garam belacan, dan sebagainya. Kini orang Perlis dapat lihat sebuah petandingan yang bertaraf antarabangsa tetapi masih berskala kampung sesuai dengan faktor ekonomi dan minda masyarakat setempat. Pertandingan ini diadakan di sebuah pelantar di tengah laut, berkapasiti mungkin dalam 1000 orang, bayaran tiket RM15, sistem lampu yang amatur, sistem bunyi yang sederhana bagus, ucapan dan kata-kata aluan yang turut menyelit ulasan filem Ong Bak? (apa ni?), dan apabila ia melibatkan politician Melayu, mesti akan meja makan V.I.P. Warga siam Malaysia banyak yang hadir malam ini, rata-rata mengutuk pengurusan pertandingan ini yang dikatakan mereka tidak punctual, tiket yang mahal, fighters yang kurang berpengalaman dan pengadil yang tidak sensitif. Kata mereka kalau di Thailand, bayar 300 bath boleh tengok fighters lawan dari 10 malam sampai 3 pagi. 6 pagi pun ada!

Perlawanan tomoi sesuatu yang unik, malah sangat unik sebenarnya. Jarang kita jumpa fighters yang tidak ada budi bahasa sebelum atau selepas perlawanan. Berseteru hanya masa bertarung, displin tinggi, ritual pembukaan juga unik. Tari pembukaan gelanggang itu sebenarnya bukan sahaja untuk menaikkan semangat penonton, malah untuk membiasakan diri bagi setiap sudut gelanggang dan hormat kepada guru serta pembesar yang hadir. Selain untuk renggangan otot.

Qolid nampak lesu dari awal lagi - demam katanya

Penyokongnya jarang terpengaruh oleh faktor negeri, bangsa, warna kulit, bahasa atau agama. Mereka hanya mahu sokong yang kuat. Ini boleh kita nilai bila melihat anak-anak Melayu tempatan sendiri memakai baju bendera Thailand, memberi tepukan gemuruh apabila fighters Perlis Faizal tumbang K.O pada Angah dari Penang. Dan Qolid Saripan gagal membuat sebarang aksi membunuh pihak Thailand, sebaliknya beliau sendiri yang jadi punching bag malam ini. ( ini kata-kata Qolid sendiri kat aku.. takpa Qolid janji hang terus bertahan dan tak bagi belakang malam fighter yang terakhir lawan malam itu.) Qolid walaupun beberapa kali jatuh di atas gelanggang tetap bangun dan steady menahan gasakan namun tidak mampu membalasnya.


Pertandingan malam itu semestinya dimiliki oleh Faizal dan Angah. Pertunjukan gerak yang sengit, asakan yang padu dan tanpa undur oleh Faizal. Beliau menguasai hampir 2 pusingan sepenuhnya bertubi-tubi mengasak Angah yang hebat dalam defensive. Tidak pernah sesekali jatuh tangan beliau dari menjaga muka dan kepalanya. Namun, Faizal pula lebih terbuka dan mengasak melulu sehingga pancit, membuatkan Angah bertindak mengasak kembali pada pusingan ke 3, dan pada saat yang tepat yang membuahkan hasil. Sesuatu yang mengejutkan tetapi boleh dijangka.

Perlawanan bersambung esok…

Extra:- Bak kata Pak Long Am malam tu, kat seluar pun kita dah kalah.. Satu aja fighter, Nasir dari Langkawi yang modify seluar dia ke tulisan ‘Langkawi’ di seluar. Nampak ada jatidiri. Apakata Shahidan Kassim buat seluar tomoi puak-puak Perlis tulisan jawi ‘Melayu’ ka? Logo Umno ka? Baru garang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...