Khamis, 26 April 2012

KAMPUNG VS PEKAN



Diwaktu kelapangan aku akan ke kampung mak aku untuk menyiapkan rumahnya, aku gali parit, aku buat wiring, aku bina dapur, aku angkut tanah, semuanya sendiri. Orang susah macam kami, demi mengurangkan kos maka terpaksalah bancuh simen, ikat bata, angkut pasir, potong besi dengan tangan sendiri. Walaupun tidak mahir. Bakat tetap ada. Tuhan bagi kat aku.

Bila berada di kampung, banyak benda berbeza, menarik dan unik, kononnya aku ni orang pekan lah sebab tinggal di Kangar walaupun tidak tinggal di taman-taman. Sekarang baru aku perasaan betapa aku ni trendy dan gagalis (loser) sebab dulu kalau aku nak pakai basikal BMX, aku nak pakai kasut sekolah North Star, nak main game boy, nak makan KFC, nak minum Vitagen, nak pensil kaler Luna, nak makan keropok Wise, mesti mak bapak aku buat muka pelik dan kata “Awat hang ingat hang ni orang taman-taman kot?”. Dulu aku geram, kenapa orang taman-taman saja boleh ada benda-benda ni? Kenapa orang duduk kat rumah kayu tepi jalan tak boleh? Sekarang aku faham, kasta orang pekan dianggap tinggi dalam masyarakat. Orang kampung yang cuba menjadi orang pekan will end up as wannabes. Hehehe. All your attempts will fail eventually.

Apa uniknya masyarakat di kampung?

- Setiap kali berlaku sesuatu peristiwa di rumah kita ( renovate rumah, tambak tanah, gali parit), jiran kita pun dah jadi tak tenteram. Dia pun mula berlegar-legar tepi pagar hendak kutip sampah la, nak bakar sampah la. Mungkin kerana hendak tahu apa yang sedang berlaku, hendak menuntut ilmu pembinaan atau sekadar turut tumpang gembira dengan kemajuan jiran. Yang baik, ingin turut sama bergotong royong membantu jiran, yang kepo tu sekadar hendak berbual-bual kosong sambil cekak pinggang manakala yang kita ni macam hendak mampuih buat kerja dalam masa yang sama melayan dia. Paling teruk, dia pun tumpang minum kopi & kuih kita!

- Cempera bila ada lori datang ke rumah kita. Tak kira la sama ada lori tersebut datang hantar tanah ke, simen ke, paling sensitif PERABOT! Kalau barang-barang binaan, selepas kita tiada, dia pun akan datang la mengira berapa beg simen, berapa ela batu/pasir, besi dan sebagainya. Paling ganas, bila kita balik saja, dia pun bawak wheelbarrow dan torchlight angkut tanah/batu kita ke rumah mereka. Timbus mana-mana lubang, lopak air di halaman rumah. Ini dah jadi kat aku, jiran yang lain repot bila aku datang hendak buat simen aku tengok batu dah kurang skit. Takpa la, dia tak mampu beli. Begitu juga dengan sifat pertarungan sihat! Ehhehe. Bila sampai aja perabot atau TV, atau peti ais ke rumah kita. Tunggu saja 2-3 hari lagi, mesti jiran kita pun ada rezeki untuk beli perabot baru. Insya Allah.

- Lelaki-lelaki kampung kalau yang rajin memang betul-betul rajin. Dan yang malas, tak guna satu sen punya malas. Yang rajin mesti awal-awal dah bangun cari rezeki. Tak kira kerja. Tak kira masa. Tak kira fesyen. Yang malas, mudah jumpa. Mesti sentiasa duduk dirumah pakai kain pelekat tak berbaju. Bangun lewat. Kaki karaoke. Pakai motor EX5 atau Yamaha LC. Mesti guna duit padi beli motor-kereta. Fesyen mesti Levi’s. Program realiti TV mesti tengok.

- Kaya kampung. Anda tahu istilah ni? Bukanlah kaya, maknanya hidup senang sebab ada sumber pendapatan dan harta dari warisan. Maksudnya sejak keturunan tok wan, dah ada ber relong-relong tanah sawah, atau berekar-ekar ladang getah, atau traktor beberapa buah, atau sebuah kedai runcit, atau sebuah stesen minyak. Kekayaan sebegini lumrah bagi orang kampung. Selalunya lambat progress, dok macam tu la hartanya walaupun dah 3 keturunan sebab tak reti nak kembangkan perniagaan atau hanya harap makan duit sewa atau pajak.

- Selesa dengan cara hidup sebegini. Bagi yang miskin, mereka merasa ia wasatiah. Tetapi bukan wasatiah pun! Sebagai contoh, kita tengok sesetengah orang kampung ada tanah punya la banyak, tetapi terbiar, rumah macam hendak roboh, baju anak beranak ada seorang 3 helai, makan ikan kembung masak singgang tiap hari, mandi sehari sekali, habis masa depan TV, takda duit baru pergi panjat kelapa jual dikedai santan. Berbagai-bagai ragam di dalam konteks yang sama. Hakikatnya, mereka bukan miskin pun. Kalau tak dapat bantuan kebajikan RM300 sebulan pun depa tak heran. Dapat bantuan rumah PPRT pun depa tak hingin pun. Penah ada kes, mereka letak kambing dan lembu saja dirumah bantuan kerajaan ni, dan mereka pula kembali tinggal di rumah lama mereka, dan sebabnya adalah mereka sudah selesa dengan cara hidup lama. Cara hidup yang ‘tak best’ bagi orang pekan itu adalah best dan sangat selesa bagi mereka. Jadi anda ingin cuba programkan mereka kepada sesuatu yang baru? Tidak mungkin!

- Namun ada juga sekelompok yang berjaya diprogramkan. Oleh siapa? Oleh pemerintah la, siapa lagi. Orang-orang kampung begini hidupnya sentiasa mengharapkan sesuatu pemberian dari orang. Walaupun hidupnya selesa, mereka sanggup berjumpa JKK, datang ke JKM untuk mohon bantuan, kembali ke rumah sanggup pula disembunyinya kereta motor dalam belukar, sembunyi TV, sembunyi peti sejuk, anthena Astro, semata-mata hendak dapat bantuan. Padahal kalau dapat pun, terang-terang bantuan akan dibatalkan jika menipu. Orang-orang sebeginilah yang sering menerima kain pelikat dan seguni beras setiap kali pilihanraya. Mereka pula akan mencanang penerimaan tersebut hingga pilihanraya hadapan. Memang ada golongan ni! Ada satu kes, hendak buat longkang ditanah sendiri pun minta peruntukan pada JKK! Huish.

- Kenduri kendara. Memang tak boleh lari. Berani ke nak buat perangai macam kat pekan? Jiran kenduri kita selamba pergi kerja, tengahari balik makan kenduri pastu masuk balik keja? Cari kena pulau dengan orang kampung. Mahu tak mahu, kena muafakat. Kenduri di kampung mana ada catering. Kena gotong royong pasang khemah, sembelih lembu, waktu malam ada ritual. Minum air ketum, kopi taruk ubi jaga, lepas tu masing-masing potong bawang, siang daging, sewa P.A sistem layan lagu Khatijah Ibrahim.

- Kematian. Best! Hehehe! Kalau duduk di kampung selalunya automatic kita pandai fardu kifayah ni. Sebabnya, dikampung ni banyak tinggal orang tua-tua. Anak cucu merantau pi luar habis semuanya. Kematian pun banyak. Di kampung tok-tok imam ganas skit, mau takmau anak cucu yang ada mesti dia suruh belajar mandi jenazah, mesti dia suruh turun liang. Hang dok pekan buleh laa dok genyeh ayaq mata saja. Mandi mayat takmau, korek liang tak mau. Di kampung kematian macam best aaa jgak. Ada tahlil.

- Cerita tentang tahlil, memang ia bermula dikampung-kampung bila tiada kegiatan dah lepas solat magrib di surau. Maka dianjurkan majlis tahlil, maka ia jadi salah satu adat Melayu. Sekarang dah ada gelanggang futsal, ada Astro, ada facebook, ada jamming studio, jadi geng muda kalut dengan hal muamalat la. Hehehe. Mak aku sendiri pun ada pesan, nanti aku mati hang buat kenduri & tahlil ooo.. aku takmau mak. Pahala bukan buleh kirim. Mak aku kata, hang tak buat aku ketuk pala hang. Mak nak mangkit dari kubor ka nanti? Hehehe. Pening pala dia dengan aku. Aku memang kurang ajaq. Dan aku percaya dengan terputusnya segala amalan bila kita dah mati kecuali apa yang telah dinyatakan. Takpa mak ooi, kita lawan-lawan doa laa ikut sapa mati dulu.

- Hidup dalam masyarakat sebegini. Kita buleh praktik balik lorat ibunda kita. Bukan la aku cakap Inggeris atau cakap bahasa jawa pun sebelum ni. Cakap bahasa utara lorat kampung… syokk ooo. Mengumpat orang tak habis-habis!

- Jangka hayat kucing lama. Jangka hanya ayam itik pendek. Sebabnya kalau di pekan kucing mudah ikut girlfriend dia atau main di atas jalanraya, manakala di kampung ayam itik asyik kena rembat dengan jebon dan biawak.

Jadi takat tu la dulu cerita fasal kampung. Mungkin ada sambungan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...