Khamis, 10 Mei 2012

KAMPUNG VS PEKAN: PART II

Sambungan dari part I

Foto kampung di Rusia - aku curi aja
Orang kampung jiwa tenang bab curi mencuri, cuba lihat sendiri jarang sangat orang kampung cabut kunci dari motorsikal atau kereta kat rumah. Nak keluar terus pulas kunci, tekan paddle atau pulas throttle. Sama juga kalau pergi ke kedai, ditinggalnya kunci siap motor pun tengah hidup. Pernah satu kes, bila masuk kedai pak cik ni berjumpa dengan geng dia. Ralit bersembang sampai minyak motor habis kat tepi jalan. Bayangkan kalau kat pekan? Dah lama lesap.

Mencuri kat kampung ni paling hebat nak hilang pun pam air atau generator elektrik. Hehehe! Buah mangga, buah konen, buah droyan, mbottan, tu kira biasa la.

Ok, kita masuk bab jenayah. Di kampung sebenarnya pelik skit. Yang aku kata pelik tu, aku sendiri penah kerja di kawasan jauh dari pekan. Kita jadi terkejut. Siapa kata gejala sosial ni kurang di kampung-kampung yang jauh dari pekan? Manada! Aku penah kenal seorang mat rempit tegar ni, dia sendiri cerita kat aku. Siap boleh bawak balik budak pompuan rumah dia, sebab ayah kerja pengawal keselamatan di sekolah, mak temankan ayah di sekolah. Siang pula sibuk urusan kebun, bendang. Dia boleh bawa pompuan masuk bilik, adik lelaki sekolah rendah pulak jadi pengawal keselamatan depan rumah cover line. Mat rempit ni pula punya la gila, anak dara jiran pun dia sapu, bila anak dara dia pi sekolah, mak budak tu yang ibu tunggal pulak disapu. Dia ni memang true punya bohjan. Tapi tu la, dia bukan hensem sangat pun, miskin pula. Satu saja kelebihan dia, ringan tulang dan sedia membantu dan ada sebuah motor yang gagah. Jadi aset ini penting bagi gadis dan wanita di kampung, banyak kudrat hendak kena pakai di kampung dan untuk ke pekan dengan mudah perlu ada kenalan yang mempunyai motor. Lagi hebat motor lagi banyak gadis rebah menyembah bumi. Paling tragis, mak bapak percayakan jiran-jiran budak-budak lelaki ini sebab dah anggap macam saudara mara di kampung…. Kesian.

Siapa kata orang kampung penyabar? Ya, ada benda yang depa sabar. Contohnya kesabaran membajak sawah tengah panas terik, kesabaran tahan denak, kesabaran mandikan ayam sabong, kesabaran menyala ikan, kesabaran tunggu padi masak, dan sebagainya. Tapi percaya tak, kalau depa datang KL, terperangkap dalam traffic jam rasa macam nak mati! Betoi. Benda ni tak buleh tolak ansur. Orang KL tengok macam kurang ajar dah kalau kat jalan raya. Tapi percaya tak kalau orang kampung lagi ganas sebab dia x penah tahu pun ada orang penah terperangkap 1-2 jam atas jalanraya. Tak caya cuba tengok kat pekan-pekan kecil, jam 6 biji kereta pun dah bising, dah hon rata-rata! Tu mesti keluar dari hutan tu. Kalau orang KL macam tu dia steady ja.

Orang kampung kalau kena posting tempat kerja, dari rumah ke pejabat kena memandu 20 minit. Dah bising-bising macam dunia ini tidak adil bagi dia. Dah maki kerajaan macam-macam sebab harga petrol naik. Orang KL biasa saja memandu 45 minit – 1 jam ke tempat keja. Tak merungut lebih-lebih pun sebab petrol sebab itu dah jadi sebahagian kos pengangkutan, tak habis situ. Habis pergi clubbing. Hehehe!

Ok, cuba tengok jalan satu hala hendak masuk ke kampung. Makin besar kereta yang dimiliki, makan ego la pak cik kita pecut masuk ke kampung. Tak mahu mengalah langsung, dia nak orang lain ja reverse kereta walaupun orang lain yang lebih berhak untuk meneruskan perjalanan. Bukan sebab apa pun, sebab kereta dia lebih hebat dan urusan dia saja la yang maha penting. Ini perangai orang kampung ni!

Hari melaram. Kiranya macam hari fashion show la. Kalau di pekan tiap-tiap hari hendak melaram pun ok. Tapi kalau di kampung ada hari dan bulannya. Antaranya anak gadis desa akan kelihatan cun lain macam sikit, pada hari kenduri, malam pasar malam, hari Sure Heboh, hari Merdeka, hari Cup Prix, hari raya, malam tarawikh ( betol, tak caya tengok masa keluar masjid, dengan legging, dengan baju xda tangan, dengan kebaya ketat.. sama macam balik solat raya laa) dan sebagainya.

Bersambung lain nanti….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...