Khamis, 24 Mei 2012


Kan kubisikan ke dada manusia
Bahawa jalan jujur sudah mati
Kan ku bisikan pada mereka
Bahawa mungkar melebihi segala

Jangan aku dipersalahkan
Jika memberi bayangan aneh
Jangan aku diperhinakan
Jika kau tahu siapakah aku

Akulah...Sil..
Sil Khannas
Sil
Sil Khannas

Azmi Bahari

Apa yang anda baca di atas merupakan lirik asal sebuah lagu yang berstatus lagenda atau ‘cult’, diantara lagu Black/Death metal acuan timur yang pertama ditulis oleh lagenda BLACKFIRE. Mengapa ia dianggap lagenda? Ini kerana tiada satu pun kumpulan yan berani menulis mengenai perkara ghaib dan dunia syaitan dan dipadukan dengan riff-riff guitar yang doomy sebelum mereka di nusantara ini.

Faktor kuat tertubuhnya sebuah kumpulan death metal bernama Sil Khannaz, dan mengapa mereka mengambil chorus lagu ini untuk turut dirakamkan didalam lagu mereka berjudul “Kiss Of The Whisper”. Kumpulan death metal Langsuir turut mempunyai sebuah lagu berjudul “In The Name Of Sil Khannas” yang digarap lebih berat. Mungkin Dr. Ben sendiri boleh mendedahkan dari mana asal usul idea tersebut?

Penghasilan lagu Sil Khannas ini sebenarnya mempunyai berbagai mitos dan lagendanya sendiri, tentang bagaimana setiap baris kata itu diperolehi. Alangkah baiknya jika Azmi sendiri dapat menceritakannya. Begitu juga dengan sesi rakaman yang berlangsung turut berlaku perkara-perkara misteri yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Apa yang pasti, Sil Khannas wujud dan disebut oleh Tuhan sendiri.  Dan ia bertahta didalam hati setiap anak adam dan setia membisikan keraguan dan kegusaran.

Azmi adalah idola saya dalam penulisan. Dia seorang yang sangat berkebolehan dan genius sastera gelap. Kariernya di dalam bidang penulisan dan editorial serta ilustrasi sangat luas sekali. Bagai langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan saya. Tiada sesiapa pun yang mampu menyaingi ketulenan karya beliau walaupun diberi sedekad masa untuk mengejar. Itu adalah anugerah Tuhan bagi beliau walaupun banyak orang tidak mampu melihatnya.

Azmi seorang yang cermat dalam sesuatu perkara. Itu yang membuatkan beliau sangat saya hormati. Beliau sebolehnya tidak mahu sesiapa membaca lirik-lirik karyanya agar mereka tidak tersalah tafsir tentang apa yang ditulisnya. Sebagai contoh, lagu Sil Khannas yang beliau sendiri mengakui, pendengar-pendengar pasti menyelar dirinya yang membawakan karakter syaitan di dalam lagu ini. Tetapi Azmi sering mengingatkan, Blackfire seperti sebuah teater wayang kulit, dia hanyalah sebagai tok dalang menceritakan sesuatu kisah. Dan sebagai tok dalang beliau harus menjiwai segala watak yang dikisahkan didalam sesebuah hikayat.  

Beliau sering menegaskan segala mesej yang disampaikan adalah berlandaskan kisah-kisah nyata dari Quran. Dan bagi penyampaian yang berkesan dan paling tepat dengan imej serta konsep tersebut, mereka memilih Black Metal. Dan oleh sebab itulah juga sejak dari era 80-an lagi Azmi sering bertegas yang mereka bukan sebuah kumpulan Thrash metal sebaliknya Black Metal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...