Jumaat, 11 Mei 2012

RIP-OFF


Masih ada ke kaki rip-off dalam dunia metal zaman cyber yang serba maju ini? Kalau dulu zaman snail mail, zaman surat-menyurat, memang kerap sangat kena rip-off. Zaman menyunting zine fotokopi dahulu, kena rip-off setem atau I.R.C dari band-band yang megah. Kalau beli kaset atau demo demo dengan menyelit wang tunai bersama surat pun kena sapu juga dengan band-band megah ataupun posmen. Hahaha. Kalau ada band sendiri, kena rip-off masa proses tape-trading dengan band yang megah juga. Hahaha! Nasib badan…

Bila kena rip-off zaman ni aku rasa lawak pula. Ya-lah, kita bukannya kepingin sangat harta benda orang. Malah tak kemaruk pun nak trade ntah apa-apa benda yang aku sendiri pun tidak tahu menahu. Tapi setuju jugak atas dasar ‘persahabatan’. Scene underground ini kecil. Dan ia terbina atas dasar persahabatan sejak dari dahulu kala.

Nak dijadikan cerita, seorang sahabat ni dia ada label dan juga gig organizer. Memandangkan dia organizer sebuah gig dan aku pun beli tiket gig tersebut secara bank transfer. Terjalinlah hubungan dengan beliau, bila dah buat payment aku minta feedback melalui sms pun x reply. Tanya macamana hendak claim tiket pun tak reply.

Tidak mengapa sebab aku akan jumpa dia juga di gig nanti. Memang jumpa kat gig dan dia ingat serta serah tiketnya. Kira okay la.

Dia ni banyak urusan melalui facebook aja. Jadi sebelum gig tu dia ada ajak trade, 3 cds Au Revoir untuk cds apa ntah yang aku pun dah lupa. Aku tak kisah pun, kita cuma hendak menyokong satu sama lain. Dia demand pulak, hantar dengan pos registered. Ok, aku tak kisah. Dia pun cakap, nanti suatu hari mungkin kami boleh kerjasama terbitkan apa-apa produk. Whoaah…

3 bulan berlalu. Aku pun dah terlupa sebenarnya. Saja la aku message dalam fb, ada ke urusan kita berdua yang belum selesai?. Dia cakap ada, dia lupa dan sibuk hendak pos cd apa ntah sebagai trade tu. Hehehe. Aku memang tak kisah pun. Tapi bayangkan kalau aku budak-budak yang baru terjebak dan berurusan dengan orang sebegini? Kesian. Bayangkan pula kalau aku pula teruskan kerjasama dengan orang sebegini yang melibatkan modal yang besar? Urusan trade 3 cds pun dah tak amanah, dah lingkup cara kerja. Hendak terbitkan cd album pula. Dia bernasib baik semasa menganjurkan gig tempoh hari sebab band-band yang terlibat semuanya sporting dan ada kawan-kawan yang sudi membantu bagi melancarkan pengurusan gig dan jadual band-band yang terlibat.

Memandangkan perkara yang dia buat itu agak samseng, mungkin dia samseng kot? Jadi kita tengok sejauh mana dia pandai bergomoi. Kita akan jumpa juga. Aku bukan nak taboh sangat pun, aku kesian tengok kau bha. Aku tampar muka sekali ok?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...