Khamis, 22 Mac 2012

TRANSFORMASI BIROKRAT LANGKASUKA

BTN adalah satu igauan ngeri pada aku. Tidak sangka ia kembali menghantui dalam rupa lain pula, yang kini dinamakan Program Transformasi Birokrat. Tiga hari lepas aku kena di Kem Biro Tatanegara Langkawi, yang diberi nafas baru, dikurangkan tempoh latihan, dikurangkan kawad dan ‘buli’, dilonggarkan dress code, selebihnya seperti BTN yang kita kenali. Sebagai kakitangan kerajaan, aku berserah pada takdir yang menetapkan agar aku perlu mengikuti kursus-kursus sebegini sehingga pencen. Itu pun kalau sempat. Ada geng veteran bagitau, dia dah 6 kali kena BTN. Tu dia!

Program Transformasi Birokrat ini berlangsung seperti yang diharapkan pihak penganjur. Di dalam banyak-banyak tentatif, tazkirah subuh dan magrib yang bagi aku gagal dinaiktarafkan. Pembaikan hanya dari pengunaan slide show powerpoint. Agak mengecewakan bila seorang ustaz yang berpengalaman luas dan berilmu tinggi tidak mengaplikasi apa yang diperolehi berzaman dari serata negara kecuali siri kisah-kisah lama. Cara mendidik masyarakat sekarang lebih kepada fakta dalil – hadis dan nas al Quran, menolak kaedah mendidik melalui fitnah (bukan saya kata ustaz ni memfitnah) namun bila guna slide show papar gambar, harus diterangkan dari mana sumber dapat, siapa dalam gambar, dimana? Jangan terus main cakap – ini terpesong akidah, bila guna kisah orang sampaikan telinga ke telinga, cerita dari mulut ke mulut, cerita begitu sudah tidak boleh digunakan dalam tazkirah tanpa ada fakta, ini dikira memfitnah. Walaupun yang dikritik itu fahaman agama lain. Itu bukan cara kita. Menghina sesuatu persoalan yang timbul, mencaci fahaman seseorang tanpa ada hujah untuk melawan. Itu bukan cara kita. Teringat suatu ketika dahulu, di Perlis. Bukan tempat lain (yang orang dok kata wahabi sangat ni), Dalam satu kuliah tentang pengurusan jenazah yang disampaikan seorang bilal masjid yang disegani ramai. Aku bertanya – apakah hukum bila seseorang menghadiahkan pahala bacaan Al Fatihah kepada si mati atau Rasulullah. Bukankah Rasulullah yang mengajar kita surah tersebut? Bukan sahaja pertanyaan aku tidak dijawab mengikut kehendak soalan, beliau mengajak jemaah lain untuk mentertawakan aku pula. Katanya buat benda baik, kirim pahala kat orang mati pun hang tak mau? Jawapan nya mana?

Dipendekkan cerita. Berakhirnya BTN tadi seumpama dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak. Hehehe. Dapat minum cola-cola, makan doublecheese burger macam sesuatu yang indah. Dapat tengok laut hati rasa macam nak balik Kuala Perlis berenang. 1Malaysia.

Mak cik -mak cik rakan sepejabat kini bebas dari kem
1Malaysia sesuatu yang bagus. Betul. Hehe..aku tak tipu. Tetapi aku letih diprogramkan seperti robot. Perlukah kita jadi kakitangan robot dan mengamalkan Islam cara robotik juga?

Dipendekkan lagi cerita, di atas feri aku dok sebelah seorang lelaki Poland dan kawan sepejabatnya, katanya itu bukan teman wanita. Tetapi sekadar kawan. Nampak macam milf. Nama lelaki Poland ini Andrio, itu dalam English katanya. Jika Polanski bunyi lain. Aku mula bertanya tentang Vader, dia kata pernah dengar nama sahaja. Aku tanya Turbo, dia kata tahu, tetapi tak pernah dengar. Turbo ni kira macam Search la kalau di Malaysia. Akhirnya kami jadi mesra, dia seorang pegawai bank, dia dah berjalan-jalan 2 minggu ke serata Malaysia. Penang, Melaka, Langkawi dan KL. Aku perli Andrio, mungkin lari dari suhu sejuk gila kat sana sampai 20 orang mati dah. Dia kata Malaysia ni biasa sahaja tak banyak beza dengan Poland, tetapi dia paling kagum Kuala Lumpur. Lebih hebat dari Singapura katanya. Banyak shopping complex, twin towers dan bandaraya yang berubah wajah setiap hari. Ada juga rasa bangga bila dia kata macam tu. Andrio ni kaji banyak pasal Malaysia, dia tahu sedikit sebanyak sejarah Malaysia dan Singapore, dia tahu pasal Petronas, pasal negara kita banyak minyak, pasal orang Melayu buat haji, dari situ kami berbual pasal Islam. Dari reaksi Andrio, dia selesa dengan muslim yang baik. Dia cerita pasal masjid di ibu negara Poland, a very small mosque funded by Saudi Arabia katanya. Dia bertanya tentang cara sembahyang, baca apa. Tanya pasal khutbah. Kemudian aku bertanya pasal Katolik di Poland, beliau cerita dengan seronok. Dalam masa yang sama, ditunjukkan aku photo-photo KLCC yang diambilnya melalui handset. KL lebih hebat dari ibu negara Poland katanya. Dia beli satu ukiran kayu KLCC, katanya jiran-jiran pasti akan kagum habis bila tengok ukiran tu kat rumah dia nanti.

Figura yang paling digeruni pihak gereja di Poland
Jadi, pada mulanya aku ingin bertanyakan pasal Nergal, sebab makluk paling kontroversi di Poland adalah barua tu sebab masuk Newsweek dan bercinta dengan artis pop Polanski. Aku jadi segan bila tengok Andrio macam warak juga. Beliau tidak suka filem aksi, beliau tidak suka filem hantu, filem bertumbuk, tidak pernah mendengar atau tahu apa dia Muay Thai, beliau pening kepala mendengar muzik rock, dan beliau kurang suka masakan tempatan, sebab asyik tanya McD atau KFC.

Kami berbual-bual hingga mesra dan aku bersetuju untuk membawa Andrio dan kawannya ke Stesen bas dan minum di restoran berdekatan. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, Feri tiba di jeti Kuala Perlis, aku pun bangun, ketika itu aku lihat mata Andrio terbeliak melihat t-shirt SAMAEL yang aku pakai. Sebelum itu beliau tidak perasan. Dia bertanya –What Samael means?. Aku malas nak hurai panjang, disebabkan keliling kami semuanya mak cik dan pak cik aja, aku selamba menjawab – It’s the devil. Ketika itu aku lihat wajah Andrio berubah terus. Beliau jadi cemas dan geleng kepala. Memang aku tak penah tengok mat salleh jadi macam tu. Aku naik kesian. Lastly, dia kata kepada aku, I don’t like it. You’re an outsider.


Dalam masa yang sama penumpang boleh bergerak turut dari feri, tanpa mengucap selamat tinggal, Andrio dan kawannya cabut. Hilang tanpa dapat dikesan walaupun aku telah berjanji untuk membawa mereka ke bas stesen. Apa buleh buat. Tidak sangka aku penangan baju Samael hingga begitu sekali?!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...