Ahad, 29 Julai 2012

WILAYAH SELATAN THAILAND ATAU UTARA MALAYA


Hari ini bumi Pattani bermandikan darah lagi. Menurut sumber berita, serangan bukan dilakukan oleh puak pemisah terdahulu tetapi telah muncul sebuah kumpulan baru ala guerilla, seolah-olah machineries membunuh 4 orang tentera Thai yang sedang meronda menaiki motorsikal. Pergolakan ini sebenarnya bukan lagi pergolakan politik atau puak lagi. Hakikatnya ia adalah pergolakan antara dua agama. Melalui tinjauan dan pandangan anda; siapa, bagaimana, mengapa dan apa yang menyebabkan kekacauan ini berlaku?

Dari perbualan dengan orang-orang Pattani yang berniaga di sini, mereka mendakwa pihak kerajaan Thailand berdiskriminasi terhadap orang-orang muslim di sana. Sukar untuk mendapat sebarang peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan, sukar untuk mendapat dana-dana, dianak tirikan dari kemajuan dan pembangunan desa. Kebanyakan mereka yang menjaja disini berpelajaran tinggi namun sukar untuk mendapat pekerjaan disana mahupun di sektor swasta. Oleh yang demikian mereka lebih banyak beralih kepada bidang perniagaan dan masakan.

Ledakan inginkan perubahan atau pembebasan ini memuncak apabila tentera Thailand telah bertindak kejam dan tanpa belas kasihan menangkap dan membunuh jemaah yang sedang bersolat di masjid Kerisik dan sekumpulan remaja yang pulang dari bermain bola sepak pada 28hb April 2004.

Kerajaan Thailand dibawah pimpinan Taksin pada waktu itu memohon maaf dan membayar ganti (nyawa) sebagai pampasan kepada ahli keluarga yan terkorban. Puak pemisah dengan itu telah berjanji akan menuntut bela di atas apa yang terjadi pada hari berdarah itu.

Pandangan 1 (dari seorang rakan);

Orang Pattani tidak boleh buat begitu walaupun kena tindas dari segi sosial dan ekonomi, mereka tinggal bukan di negara Islam. Mereka tak boleh memberontak. Ada nabi ajar kita macam itu? Dah Thailand bukan negara Islam dan kita golongan minoriti, terimalah hakikat kita akan disisihkan. Perlukah kita memberontak hendak rampas tanah dan wilayah dari jajahan milik mereka kerana itu? Ini cara Islam kah? Thailand pun tak pernah melarang orang muslim beribadat, berpuasa, menutup aurat, mengamalkan ajaran Islam di sana. Malah sekolah agama pun banyak di sana. Tuhan tak restu jihad orang Pattani, mereka bukan seperti Palestine. Orang Palestine benar-benar dijajah, disiksa, dirampas tanah mereka, disekat untuk beribadah.

Itu pandangan 1. Pandangan 2 pula, dari kajian aktivis dan pendirian ahli sejarah;

Sememangnya wilayah selatan Thai atau apa yang bersangkutkan dengan Siam adalah milik orang Islam. Kerajaan Thailand berbohong mereka tidak pernah dijajah, padahal mereka telah dijajah oleh bangsa Sukhotai (orang Thai) dari Burma. Antara bukti yang dikemukan, peta pelayaran dari Perancis menunjukan seluruh benua Thailand, Malaysia dan sebahagian Indonesia ditulis sebagai kerajaan Siam. Ini membuktikan kerajaan Siam adalah Empayar Islam kerana belum ada catatan sejarah mengatakan orang Thai penah menguasai seluruh Malaysia atau sampai ke Indonesia sebaliknya Islam yang memerintah seluruh benua ini.


Sejarah yang sering disebut juga mengatakan Tun Syaaban pernah singgah bersolat di Masjid Kerisik sebelum membuka kerajaan Islam di Siam dan akhirnya ditumpaskan oleh tentera Sukhotai membuatkan beliau melarikan diri ke Acheh yang juga kerajaan Islam tua.

Kini semakin banyak buku-buku, blog-blog yang mengemukan hujah-hujah dan bukti-bukti terutama dari arkib Perancis yang pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dahulu untuk membuktikan wilayah tersebut adalah sebahagian dari kerajaan Islam Pattani.

Gelombang jihad di seluruh dunia yang bangkit telah memberi inspirasi kepada orang-orang Pattani untuk menuntut kemerdekaan wilayah mereka tersebut.

Pandangan ke 3? Sila tuan-tuan dan puan-puan beri pandangan pula….

Selasa, 10 Julai 2012

MIRAI NIKKI


Saya bukan seorang pengemar anime, antara yang saya pernah ikuti walaupun tidak semua episode adalah Samurai-X. Dan bagi saya anime merupakan satu genre animasi yang membosankan kecuali beberapa nama besar yang berjaya mengolah banyak elemen sci-fi dan mengarang jalan penceritaan yang menarik.

Benda karut yang terlalu mengarut lagi marut, seperti bermain gasing dengan kuasa ghaib atau kuasa nuclear, bermain kereta kawalan jauh dengan kuasa setan, memakai pakaian zaman colonial tetapi hidup cara ninja, mempunyai rupa British tapi saintis Jepun, muka hero lelaki tetapi macam anak dara jepun persis K-Pop? Macam-macam lagilah benda yang kalau dinilai dari segi kreativiti memang terlalu maju tetapi orang seperti saya tidak mampu untuk menerima nilai seninya.

Saya pernah mengikuti sebuah kursus kaunseling dan antara kajian perilaku manusia yang dibentangkan adalah anime. Anime secara tidak langsung mendedahkan rasa rendah diri masyarakat Jepun secara keseluruhannya, ini kerana bukan seorang individu sahaja tetapi semua pelukis dan animator Jepun mencorakkan anime sedemikian rupa. Anda mesti pernah amati, semua kartun anime bermata bulat dan besar, berambut perang atau warna-warni, tinggi-tinggi belaka, dan yang wanitanya mempunyai buah dada yang besar-besar belaka. Sebenarnya ini adalah keluhan kendiri masyarakat Jepun yang inginkan bentuk fizikal sedemikian rupa dan merealisasikan dalam anime.


Suatu perkara yang hebat dalam anime, karya mereka tulen dan muzik latar mereka juga tulen dan pastinya sangat teknikal dan berteknologi tinggi. Tiada siapa datang menyangkal perkara ini.

Mirai Nikki ini dihadiahkan oleh Abi Suffian, penyanyi kumpulan Thrash Metal, HIDING FEAR. Beliau seorang pentaksub anime, mungkin beliau sedang cuba mempengaruhi saya. Haha! Setelah menonton keseluruhan 26 episod Mirai Nikki ini saya terpaksa akur. Mirai Nikki memang sebuah epic mangga yang hebat walaupun reka letak DVD ini langsung tidak sama sekali mengambarkan isi dalamannya. Manakala sinopsis Bahasa Melayu dibelakangnya bukan dipetik dari cerita ini?

Mirai Nikki atau terjemahannya adalah Dairi Masa Depan diilhamkan oleh pelukis mangga Sakae Esuno, mengisahkan seorang remaja bernama Yukiteru yang dihidup sebatang kara, tiada kenalan kerana beliau seorang yang ‘lembik’ dan suka menulis dairi mengunakan telefon bimbitnya. Disebabkan kesunyian, beliau mencipta seorang rakan imiginasi bernama Deus Ex Machina, yang digambarkan sebagai Tuhan yang menguasai peredaran masa. Sehinggalah suatu ketika Yuki menyedari Dues bukanlah hanya sebuah khayalan beliau, tetapi kenyataan dan mengheretnya untuk menyertai sebuah permainan yang diciptakan khas mengunakan ‘dairi’. Dairi yang didatangkan dengan kebolehan menafsir peristiwa masa depan namun tetap mempunyai kelemahan seperti jika rosaknya atau musnahnya dairi tersebut maka berakhirlah riwayat pemiliknya.


Permainan ini mempunyai satu matlamat iaitu pemenangnya akan mengantikan Deus dan menjadi Tuhan penjaga masa seterusnya. Dan untuk menjadi pemenang, Yuki harus memusnahkan 11 orang pemilik diairi lagi yang mempunyai kelebihan masing-masing. Dan permainan ini menjadi lebih kompleks apabila salah seorang pemilik dairi adalah seorang gadis cantik tetapi kurang siuman yang bernama Gasai Yuno terlalu menyintai Yuki dan menjadi pertahanan utama buat Yuki kerana Gasai sanggup membuat apa sahaja demi keselamatan Yuki.

Penghujung cerita ini berakhirnya dengan Yuki memilih untuk menjadi Tuhan dan jika berjaya beliau akan menghidupkan kembali rakan-rakan, keluarga dan orang-orang yang dibunuhnya bersama Gasai. Walaupun hakikatnya, Yuki tidak tahu walaupun menjadi Tuhan, dia tidak berdaya untuk menghidupkan semula mereka yang telah mati.

Pengakhiran yang tragis berlaku bila Yuki perlu membunuh Gasai untuk menjadi pemenang dan menjadi Tuhan apabila Gasai pula yang mahu membunuh Yuki dan menjadi Tuhan. Kejadian ini berlaku sebaik sahaja Yuki meniduri Gasai dan dunia sedang diancam kiamat. Bagaimanapun Yuki tetap berjaya menjadi Tuhan apabila Gasai tidak tergamak untuk membunuh Yuki sebaliknya membunuh dirinya sendiri.


Plot-plot Mirai Nikki memang terlalu menarik- gabungan antara alam spiritual dan kembara teknologi saintifik. Di sini kita boleh lihat bagaimana, masyarakat Jepun faham mengenai agama. Kanak-kanak boleh rosak akidah jika menonton siri anime ini tanpa pengawasan keluarga. Entiti ketuhanan digambarkan mempunyai limitasi, membosankan, boleh diperdaya, bersekutu dan boleh dimusnahkan. Begitu juga dengan elemen seks seperti Lesbo, Gay, organisasi berteraskan perhambaan seks seperti Sacred Eye, dijadikan daya penarik dalam Mirai Nikki.

Hollywood mungkin dapat merealisasikan anime ini dalam bentuk filem. Tetapi anime ini sudah cukup terperinci dalam kesan khas, runut bunyi, pewarnaan, dan kehalusan seni lukisnya.

Diedarkan untuk pasaran Malaysia oleh Lambaian Filem.

www.animelv.com

Bintang: 4.5/5

Sabtu, 7 Julai 2012

CLASSIC ROCK MAGAZINE – THE OFFICIAL ALBUM MAGAZINE: MOTÖRHEAD (2010)


Tiba-tiba teringin pula aku nak buat ulasan dalam loghat utara. Rasanya kali terakhir aku buat dalam loghat utara adalah rokumentari RUSH. Jadi hari ini dengan santai dan riadah pada hari ke- 3 Ramadhan, apa kata kita berkenalan dengan Lemmy. Hangpa kenai Lemmy? Hangpa ingat hangpa rock sangat tapi hangpa tau lagu Motörhead “Orgamastron” dan “Iron Fist” aja?


Macam Lemmy kata “ Aku rasa hampir separuh manosia yang dok pakai t-shirt Motörhead tiktau sapa kami yang sebenarnya”.

Apa yang best sangat Motörhead dan Lemmy ni? Classic Rock membongkarkan semuanya. Edisi khas dan terhad untuk pengumpul koleksi Motörhead wajib mendapatkan majalah ini yang turut disertakan sebuah poster gergasi, 1 metal pin logo war pig rasmi Motörhead, dan 1 cd album penuh “The World Is Yours” (ha! Album penuh! Dasyatkan!). Semua ini dengan harga £14.99. Hangpa tukar mai duit kita memang la mahai. Tapi cuba hangpa pikiaq kalau kita orang British, murah sungguh majalah depa, patutlah orang sana tak lokek nak beli buku dan jadikan budaya mereka membaca.

Satu lagi cuba tengok kualiti dalam majalah mereka, beli satu isu puehati baca. 3-4 hari baru habis sebab padat dengan penulisan yang kreatif dan penuh impak dalam kehidupan. Foto dan reka letak penuh dengan konsep. Cuba bandingkan dengan majalah tempatan yang harganya RM7-8. Apa yang kita dapat dengan nilai wang kita?

Classic Rock isu ini mengupas semua benda yang ada dalam Motörhead, dari prakata dan penutup dari Lemmy sendiri, temubual bersama semua anggota Motörhead, dan segala-galanya yang membuatkan hangpa teruja hingga kehelaian muka surat terakhir 132.

Lemmy Kilmister pada tahun ini usianya adalah 67 tahun. Melalui takrif antarabangsa seseorang itu dikenali sebagai warga emas apabila usianya mencecah 60 tahun. Jadi Lemmy telah 7 tahun digelar warga tua. Dia adalah tokwan rock 'n' roll kita. Selepas Lemmy masok kuboq takda lagi orang paling ganaih dan purist rock dalam donia ni. Bagi rockers belenggais dan metalheads busuk macam kita, Lemmy mempengaruhi kehidupan harian kita dengan sikap tak heran sapa, keras pala, kurang ajaq, bijak, petah berkata-kata, bencikan bisnes muzik, dan cintakan si gadis. Hehehe. Setiap kali mendengar album baru Motörhead dan setiap kali membaca interview bersama Lemmy, ia pasti memberi KESAN dalam jiwa aku.

Lemmy takda komputer. Lemmy pengidap diabetis. Lemmy suka membaca dan minat sejarah dunia. Lemmy suka Clint Eastwood macam aku jugak.

Dalam temubual, Lemmy tidak penah bersikap hiporkit. Dia akan jawab dengan jujur dan setiap katanya adalah aspirasi. Sikap anggota-anggota Motörhead pun dibantainya tanpa sembunyi. Mungkin antara penyebab Philthy Animal tak mau terlibat dalam pengambaran DVD Lemmy: 49 % Motherfucker, 51% Son Of A Bitch. Antara kata Lemmy “ teringat lagi masa audition Phil suruh Würzel tune gitar kat dia sebab dia tak reti tune gitar. Manakala Würzel sebelum tu 2 kali dah nak tuang dari Mötorhead. Jenuh jugak kami pujuk dia. Pastu girlfriend dia pujuk dia masuk balik. Tapi dia tuang jugak akhirnya. Dia taktau ka Motörhead ni femes. Dia ingat dia keluar dia boleh jadi femes dari kami. Padan muka.”

Tentang bekas gitaris mereka dari kumpulan Thin Lizzy pun Lemmy hentam “Hadoi la, Brain ni hebat orangnya. Bukan dia tak reti buat lagu. Perangai taik dia ni. Dia pakai berlainan dari kami. Pakai seluaq pendek bodo mungkin nak bagi aku bengang atau nak bagi orang tau dia bukan sebahagian dari Motörhead. Sekadar artis jemputan dari kumpulan hebat Thin Lizzy memberi khidmat kepada kami. Tapi lepas kena buang dengan Motörhead, kumpulan Statetrooper pun buang dia jugak!”

Cerita pasai line-up terkuat Motörhead kini iaitu Mickey Dee dan Phil Campbell “ Depa dua ni pun buat jugak lagu, tapi aku akan mai kacau dan perlu lalui kelulusan aku dulu. Depa mula la hingaq dan bengang – woi! Ni lagu kami, sampai hati hang Lemmy. Masalahnya depa dua ekoq ni tak suka menyanyi. Betoi dak? Kalau biaq kat depa dua ekoq ni buat lagu, setiap lagu akan jadi lagu gitar solo bersama drum solo”.

“I don’t care what anybody says. We’re fucking good, man, especially at what we do. And nobody else does it. I’ve said it many times, but it’s true… When Motörhead leaves, there will be a hole there that just can’t be filled. That’s fine with me; it means I achieved what I set out to do, which was to make an unforgettable rock & roll band” – Lemmy Kilmister
Bila ditanya tentang rokumentari mengenai kumpulan-kumpulan rock yang lain “ Bukan aku tak berminat nak tonton tapi takda sapa pun nak bagi free DVD tu kat aku. Aku pun banyak nak pakai duit kot lain dan aku bukan pernah pi kedai dvd cari movie pun. Aku tengok tv aja. Aku dengar lagu dan cari pompuan aja.”

Bila ditanya tentang anak dia, Paul Inder. Lemmy jawab ringkas “ Budak tu baguih. Dia pemuzik yang hebat. Dia main gitar macam setan. Setan yang macam Hendrix.”

Bercerita hubungan dia dengan Metallica pula “ Lars dengan Cliff Burton memang ada hubungan istimewa dengan kami sebelum wujud Metallica lagi bila depa dua ekoq ni mai bilik hotel aku di awal 80-an. Lars bagitau aku “I’m the head of your West Coast Fan Club. Sampai satu ketika kami dapat tau hanya dia dan Cliff saja dalam fan club tu. Lars cuba hendak pulun lepak minum dengan aku. Tapi dia mabuk teruk, terbongkang dengan muntah merata. Kami ambik foto dia dan guna dalam kulit album “No Sleep At All”. Metallica memang sempoi. Depa antaranya terbaik, ada raksasa (Some Kind Of Monster) dalam diri depa. Tapi semua band pasti ada masalah.”

Berbicara tentang sesetengah pihak yang mendakwa Lemmy adalah orang gila yang simpati terhadap Nazi. Lemmy membidas “ Mengarut. Aku ada banyak marka negro. Aku adalah Nazi paling loklaq hangpa penah jumpa.”

Orang kata Hitler seorang yang membosankan tapi dia sebenarnya majikan yang sempoi. Dia banyak beri cuti pada pekerja-pekerjanya, dia akan bayar gaji juga bila cuti. Dia sebenarnya seorang boss yang hebat..itu pun selagi hang orang Aryan la. Dia sayangkan kanak-kanak. Dia suka main dengan budak-budak. Cuma bila keadaan mula jadi kacau bilau. Orang kata dia raksasa. Sebenarnya dia orang biasa juga. Ada kelemahan. Falsafahnya telah diperalatkan untuk menimbulkan perperangan dunia. Berapa banyak orang Jerman akan bertindak membunuh Yahudi jika Hitler tidak menyuarakannya?


Hitler tidak penah membunuh seorang Yahudi pun. Ini semua kerana orang-orang Jerman sendiri telah bersedia untuk bangun dan melakukannya apabila kerajaan bertindak mengarahkannya.”

LEMMY THE MOVIE

Interview bersama Wes Orshoski, salah seorang direktor bagi rokumentari LemmyL 49% Celaka, 51% Anak Haram Jadah. Wes bercerita bagaimana dia dan seorang lai direktor filem tersebut Greg Olliver menjalani kehidupan bersama Lemmy selama 3 tahun setengah untuk menyiapkan dokumentari tersebut. Menurut Wes, sebagai peminat mereka sangat bernasib baik apabila Lemmy bersetuju untuk membuat dokumentari ini memandangkan telah 5 permohonan untuk filem yang serupa telah ditolak oleh beliau sebelum itu. Mereka bernasib baik juga bila mendapati Lemmy seorang yang pintar, lawak dan gigih dalam berkerja. Namun pernah dalam suatu ketika Lemmy memaki dan menghalau mereka kerana tidak tahan dengan karenah perfileman yang memakan tempoh yang lama itu.

Kata Wes ketika menerjah bilik persalinan Lemmy semasa satu konsert “Satu masa tu kami masuk bilik persalinan Lemmy, beliau sedang mendengar George Harrison Greatest Hits, dengan lima buah buku sedang terbuka. Rockstar sepatutnya susun gadis-gadis muda, dia susun buku nak baca!”

Kata Wes lagi “Lemmy punya pengetahuan tentang ketenteraan memang menakjubkan. Todd Singerman bagitau kami, kalau tengok dokumentari perang dengan Lemmy kat History Channel habis laa. Dia mula la bagitau yang silap. Yang tu silap. Dia tau semua footage yang depa silap letak.”

Wes bercerita tentang rumah Lemmy pulak “ Macam tak percaya dapat duduk rumah Lemmy. Ia seperti tempat paling suci dan kami terpaksa bertarung untuk mendapat tempat. Sebabnya, rumah Lemmy terlalu sesak dan padat dengan barang-barang. Selalunya aku dapat tidur atas katil dengan Lemmy, manakala Greg tidoq atas lantai. Tempat nak duduk pulak hanya ada ruang untuk letak kaki.”

SEMUA ORANG SAYANG LEMMY

Ruangan khas untuk pemuzik-pemuzik rock bercerita tentang Lemmy. Bill Byford, SAXON misalnya “ Rasa seperti Motörhead telah wujud sejak dinosor menghuni dunia. Kami berkenalan dengan mereka semasa menjadi kumpulan pembuka Tour Bomber pada 1979 yang benar-benar menaikkan nama Saxon.”

Mick Jone, FOREIGNER “ Lemmy kawan baik aku. Aku selalu jumpa dia di Los Angeles. Kami bukan dari bidang muzik yang sama tapi itu bukan alasan untuk aku kata dia sangat sempoi. Kali pertama kami jumpa semasa Metal Festival di Jerman, semasa aku menyendiri di sebuah bar. Lemmy mai kat aku dan kata “Hi Mick, I love your band”. Aku terkejut gila sebab Motörhead pun sempoi gila bagi aku.

Hero! Rudolf Schenker, Lemmy dan Klaus Meine
 Terlalu banyak kisah Motörhead yang dibukukan di dalam Classic Rock. Motörhead penah dilabelkan sebagai “Kumpulan Muzik Paling Ceroi Di Dunia” oleh wartawan-wartawan muzik. Mereka pernah diasingkan oleh tanahair sendiri dan terpaksa bergantung pada sokongan rockers dari Jerman selama tiga tahun pada era 80-an kerana tidak dibenarkan membuat persembahan di Britain setelah meninggalkan Bronze Records. Jatuh bangun mereka, tidak sesekali tunduk pada kemahuan syarikat rakaman atau orang lain. Mereka bergaya cara mereka. Mereka bermuzik cara mereka samada anda suka atau tidak.

Bukankah itu inspirasi?

Selasa, 3 Julai 2012

KUCHING DAN LASKAR METAL SARAWAK

Perjalanan ke Kuching ini sebenarnya sudah lama dirancang, namun disebabkan oleh kesibukan kerja, masa, dan hal peribadi ia ditunda hinggalah ke hari ini kerana Kherow menjadi salah sebuah band pembuka untuk siri gig jelajah Borneo oleh maharaja black metal Siam iaitu SURRENDER OF DIVINITY. Aku bukanlah kemaruk sangat hendak lihat persembahan S.O.D memandangkan telah dua kali aku lihat mereka mengadakan persembahan di Malaysia termasuklah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke tanah Melayu pada 5hb November 2000 di Rockworld, Penang. Pada hari tersebut mereka bermain bersama HELOISA, UNVEILED, SAMARTARY dan WAR 666. Peluang untuk melihat mereka buat kali ke-3 mungkin ada baiknya, mereka lebih pengalaman dan pasti muzik mereka lebih ‘jahat’ kali ini. Dan sebagai pemilik label yang menaungi Kherow adalah wajar sangat aku ke Sarawak untuk melihat bagaimana scene mereka bergerak.


Malas untuk memandu seorang diri, aku putuskan menaiki bas ke Penang. Rasanya tahun 2000 tersebut jugalah kali terakhir aku ke Penang menaiki bas untuk melihat gig. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Terasa keremajaan terserlah! Hehehe. Jadi, aku bermalam di Traveller Rest Hub (cari pakai Google sahaja, harga pun murah RM45 aja) berhadapan Terminal Bas Sungai Nibong, sebab esok pukul 6.00 pagi dah terpaksa check-in di Airport. Syargoth macam biasa memberi khidmat rekreasi pada sebelah malam dan beliau jugalah yang menghantar aku esok paginya. TQ Syargoth.


Aku sampai di Kuching jam 9.30 pagi, Zizie Row siap sedia di airport jemput aku dan terus ke Satok untuk sarapan pagi dengan juadah mee kolok. Seterusya kami ke pejabat Afdzal yang dengan sukacitanya menunjukkan kenyataan dari ketua S.O.D, Whathayakorn di laman facebook nya:

OFFICIAL STATEMENT FOR SIBU/SARAWAK RITUAL (UNHOLY TRIANGEL FEST) CANCELLATION !!!

We’re regretfully to announce that we have to cancel our participation in the “Unholy Triangle Fest", which will be taken place this SUNDAY (the 1st of July, 2012) due to the unprofessionalism treatment to us by the promoter. As the deal was they had to provide us the flight tickets from KK-SIBU and SIBU-BANGKOK and we have been told by the promoter that the tickets has been purchased and booked, unfortunately more over 2-3 weeks we asked them to send it, there’s still no sign of ticket itineraries until today, what we got were only senseless excuses from him, which obviously shown some ridiculous action is happened there!

Because of all such retards we got from him, we were forced to cancel this ritual at the last minutes.

Aku gelak sahaja. Bagi aku tiada masalah, aku datang mahu lihat scene Sibu dan melihat Kherow buat persembahan disamping jalan-jalan tengok tempat orang. Beberapa ketika kemudian, berita HUMILIATION pula menarik diri. Kami gelak lagi. Apa nak jadi ni? Kami seterusnya keluar makan tengahari, selesai solat di surau pejabat Afdzal. Zizie Row pula mendapat khabar gembira. Beliau telah diserap sebagai kakitangan Air Asia. Begita gembira ini juga bermakna, Kherow tidak akan bermain di Sibu kerana ketiadaan Zizie Row. Ini sudah ketentuan. Walaupun agak ralat kerana tidak dapat ke Sibu. Aku pasti banyak lagi benda yang boleh dipelajari dan dilihat di Kuching sendiri.

Seterusnya kami ke Jden Studio, Matang Jaya. Tempat tinggal aku selama 6 hari. Jiden seperti selalu menerima kedatangan rakan-rakan dengan layanan yang sempurna. Siap ada bilik aku yang khas. Dinamakan dengan nama aku pulak tu. Aku tempah plat khas untuk bilik itu pada hari terakhir di situ sebagai kenangan.

promosi dalam Utusan Borneo
Jadi seharian pada hari tersebut dan esoknya, Sarawak Metal Force berkumpul di Jden Studio membincangkan permasalahan yang timbul mengenai gig di Sibu. Bahang turut boleh dilihat dalam laman-laman sosial, komen aku di facebook pun dipadamkan oleh pentadbir Unholy Triangle Scene Metal Festival. Manakala pihak Sarawak Metal Force pula menegaskan kepada aku scene Kuching dan Sibu mempunyai senario yang berbeza. Gig tersebut dibatalkan oleh penganjur di dalam facebook mereka. Aku tidak terjejas apa-apa, Zizie Row gembira dapat kerja baru, Jden gembira buka studio baru, Nana sibuk uruskan gig Ladies War, cuma Afdzal yang sedikit kerugian kerana telah tempah tiket flight dari Sibu ke Kuching untuk pulang awal kerana bertugas. Secara keseluruhannya, tiada masalah bagi Kherow di Kuching.








Esoknya Zizie Row bawa aku jalan-jalan sekitar Kuching, melawat Zoso Music, Wisma Hopoh, Kampung Boyan, pub-pub, dan kelab-kelab tidak lupa masjid dan kedai-kedai makan yang unik-unik belaka. Aku dibawa melawat ke kedai muzik BNB Studio, tempat Zizie Row dan menghabiskan masa praktis bersama Andy. Sempat juga berbual bersama Andy tentang mengapa tidak dihidupkan semula SENSELESS?. Bernas jawapan Andy, Senseless dah termaktub sebagai lagenda buat apa mahu dihidupkan semula. Lagipun perintisnya sudah tiada lagi, dihidupkan semula hanya untuk merosakkan status dan reputasi itu. Baik tak payah!

Rasanya 3 malam berturut-turut aku dan Zizie Row makan ayam bakar bermula dari malam ini.




Pada hari Sabtu seterusnya aku bersama Afdzal sekeluarga ke Serikin. Katanya, semua orang Malaya kalau datang Sarawak wajib ke Serikin. Kalau tak pergi. Berdosa la tu! Hehe. Ok, kita pergi. Jalan ke Serikin dan Serikin itu sendiri tak ubah macam Wang Kelian. Dari segi import dan dari segi kedudukan geografinya. Barang-barang wanita, barang-barang hiasan rumah, pakaian, ubat-ubatan untuk kekuatan seks, dan juga muzik. Lebih kurang sama aja. Malamnya aku masak daging kicap atas permintaan Jidin. Sarawak Metal Force buat kenduri besar di studio malam itu. Maknyoss kata Zizie Row!






Awal pagi Ahad aku dapat sms dari Afdzal mengatakan ada gig Punk/Hardcore di Kota Samarahan. Grrrrlfest. Maknanya semua band yang dianggotai oleh gadis sahaja akan buat persembahan. Jenuh merayu jugak la aku kat Afdzal untuk ke gig tersebut. Kherow tak tahu lagi kuasa wanita punk/rock/hardcore ni! Tengok nanti tahu la!

Dalam masa yang sama, berita di facebook menunjukkan gig Unholy Triangle Metal Festival yang dibatalkan oleh penganjurnya telah diambil alih dan diteruskan oleh Tazzudin, Larrong yang menampilkan beberapa band tempatan.

Grrrlfest ini dianjurkan oleh Riot Grrrl Kuching di Phantom Limb di sebuah bangunan rumah kedai 3 tingkat persis Paul’s Place, Jalan Klang Lama. Cuma saiz nya agak kecil dan tiada penghawa dingin. Jadi dah macam sauna dan semua girls pun pakai singlet dan short la. Panas sih! Yang best nya, sound system ditempat ini boleh dikatakan ok. Jelas semuanya. Semua crowds dapat layan tenaga yang disalurkan. Ada sebuah band ni (SAY HELLO GOOD MORNING), main cover Adele “Rolling in the Deep”. Terkejut aku! Gig ini memang berjaya jika dilihat dari segi sound, kehadiran, pemilihan band dan tema nya. Mungkin Wreckär boleh menganas di sini suatu hari nanti. Maknyoss lagi kata Zizie Row bila tengok crowds gadis-gadis yang aggresif moshing! Pada sebelah malam aku dan Zizie Row ziarah Terminal 1, pub yang mana Sarawak Metal Force akan menganjurkan gig Asian Ladies Metal War. Persembahan band pub dari Bandung ini memang mantap sekali. Mereka banyak mendendangkan lagu-lagu modern rock seperti Muse, Evanescence dan sebagainya. Sempat juga berkenalan dengan Puteri dan Shanti yang merupakan penyanyi utama mereka.



Pulang ke studio, Jidin dah lena diruang tamu sambil penyokong Spain bersorak gembira di dalam TV yang menonton Jidin tidur. Baru aku hendak tayang gambar bersama Puteri, Jidin dah beritahu dia dan team pejabatnya serta jabatan imigresen yang membuat preview dan approved band dari Badung tersebut untuk membuat persembahan di Terminal 1 selama 3 bulan. Hahaha. Jidin bertugas di Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Jabatan yang bertanggungjawab dalam hal kesenian, muzik dan persembahan di Sarawak.

Esoknya aku ikut Jidin ke pejabatnya, memang seronok kerja di situ. Setiap hari berlatih main alat muzik. Setiap hari jamming atau buat persembahan atau melihat orang lain buat persembahan. Seronok dapat hidup dengan membuat apa yang kita minat. Kakitangan lain di pejabat Jidin ingat aku polis. Jadi ada mesyuarat tingkap yang bersurai bila melihat aku datang. Harakah dan Suara Keadilan bersepah di atas meja. Hahaha! Beberapa pegawai Jidin datang berbual mengenai muzik, apa lagi hendak dibualkan dengan mereka selain itu. Setelah tahu aku rakan Jidin, ada yang menasihatkan aku untuk mendengar berbagai muzik. Hehe. Aku terpaksalah dengan jujur menjelaskan, aku seorang yang terbuka dalam muzik. Aku dengar berbagai-bagai muzik, malah aku banyak dipengaruhi oleh vintage rock era 70-an dan 80-an. Cuma aku otak aku tidak buleh terima pop yeh-yeh dan dangdut, jati diri aku METAL. Maka aku fokus kepada muzik berat. Dan aku pula tidak fokus kepada kemahiran seperti mereka, penjawat awam dalam bahagian muzik dan juga pemuzik professional. Aku fokus kepada ‘roh’ muzik tersebut. Muzik yang ada roh bagi aku mungkin berbeza bagi mereka. Nampaknya, terdiam la mereka. Kita bukan tidak hormat orang. Tetapi sekadar menjelaskan, pemuzik cari makan. Mereka keliru dengan muzik yang mereka minati sebenarnya. Bagi mereka muzik yang banyak didengari orang, mengunakan skill yang tinggi dan terjual jutaan unit itu adalah muzik yang ‘sebenar’. Mereka tidak sedar, mereka masih terkongkong dalam seni dan masih ‘diprogramkan’ oleh unsur lain dalam berkarya. Kami pemuzik underground, dan metal khaskannya. Bebas dan tanpa batas.

Di Perlis tiada pub dan tiada Cineplex. Hah?! Terkejut lagi mereka. Aku cerita lagi, pemuzik, kumpulan muzik, penyanyi tidak di iktiraf di Perlis. Kalau buka studio, alamat boleh bankrupt kalau tiada hasil lain. Kalau buat band, jangan harap orang Perlis hendak sokong beli cd dan datang ke gig. Dan bercita-cita hendak anjurkan gig, konsert atau festival muzik di Perlis. Nanti mufti marah dan tidak mendapat pulangan. Jabatan yang punyai pemuzik adalah Jabatan Kebudayaan, Unimap dan JKR. Itu pun entah lagu apa yang dimainkan. Pastinya jumud dan tidak progresif. Tergamam mereka dengar. Aku suntik islah sikit! Tapi kami orang Perlis bahagia macam itu. Kami suka mufti kami dan keadaan kami sekarang. Walaupun tidak bebas maksiat sepenuhnya tetap ada kekangan dalam soal berhibur dan hal melibatkan maksiat. Kalau kemaruk sangat boleh pergi Thailand. Mereka semua senyum dan terima hujah aku tanpa sebarang komen. Haha!


 

Seterusnya Jidin bersama abang Man bawa aku ke Lepo Music yang merupakan pembekal alat muzik ke pejabat mereka. Lepo music ini rasanya digabungkan oleh 3 buah kedai. Bahagian gitar dan dram dah boleh buat galeri. Begitu juga Zoso Music yang mempunyai berbagai-bagai pilihan alat muzik. Scene music di Sarawak sebenarnya amat luas, kita dapat lihat dari keterbukaan hampir semua golongan berbicara mengenai muzik tak kira genre, kedai-kedai alat muzik sebegini juga menjadi kayu ukur sebenarnya, betapa ramai dan aktifnya pemuzik-pemuzik di sini. Dan penganjuran gig yang kerap malah dapat menganjurkan gig metal dan punk dengan tema wanita pun turut meriah menunjukan scene Sarawak sangat aktif tidak mengira gender dan etnik. Jidin sendiri mendedahkan kepada aku, sebelum ini belum pernah membuka sebuah studio jamming yang sempat beroperasi selama 2 tahun. Dan dalam 2 tahun sahaja beliau telah mendapat untung sebanyak RM12K. Jadi muzik adalah bisnes yang menyeronokkan di sana. Manakala ia sebuah perjuangan yang perit, menyeksakan dan hina di mata masyarakat di sini. Buktinya, aku malu untuk mengaku membuka studio kepada sesiapa sahaja rakan-rakan pejabat. Malah hampir semua rakan-rakan pejabat tidak tahu aku seorang pemuzik. Itu tidak penting.

Balik sebelah petangnya, aku masak nasi goreng unuk Jidin yang dah merunggut lapar. Siap sahaja aku keluar dengan Harry beli cenderahati di Waterfront dan makan lagi. Harry orang kampung aku. Cikgu Harry mengajar di SMK Bako. Tak berenti aku suruh dia islah & dakwah di sekolahnya. Kewajipan sebagai seorang pendidik di tempat yang tepat. Tuhan hantar hang sini dengan misi.



Malamnya Zizie Row ajak aku ke Terminal 1 lagi untuk berjumpa pemilik kelab tersebut bagi membincangkan gig Asian Ladies Metal War yang akan berlangsung pada Ahad depan. Terma yang dikemukan beliau memang tidak sesuai dengan gig itu. Rasanya, beliau tidak dapat bayangkan langsung bagaimana gig itu akan berjalan. Meja tidak boleh diubah. Semua band-band yang akan bermain akan duduk di sekeliling stage. Tiada ruang hadapan untuk headbang dan mosh. Beliau membayangkan sebuah persembahan yang tertib, dan santai agaknya?! Hahaha! Nasib hangpa semua la Sarawak Metal Force ooii… Tengok Puteri buat persembahan boleh la macam tu.







Selepas makan. Kami kembali ke studio. Lepak-lepak dan berbual-bual kosong. Jidin sedang sibuk selenggara studio. Memang suram malam itu, memandangkan esok awal pagi aku dan hendak berangkat pulang. Sedih. Memang sedih. Kalau hendak diikutkan memang aku mahu tinggal lagi sampai gig Ahad nanti. Tapi kita semua ada tangungjawab. Ada hidup yang telah dipilih dan dipertanggungjawabkan.

barang ni aja aku sempat beli: rokok D-Gi kat member-member, cable gitar, windshield microphone, cd Queen, jubah, serbuk laksa Sarawak, dan T-shirt kat milf.. hehe!

Esok pagi aku ke airport bersama Zizie Row yang turut masuk bertugas pada waktu yang sama. Sedih. Tetapi gembira sebab dapat bawa banyak pengalaman manis dan banyak benda baik yang aku belajar di sini. Aku harap rakan-rakan Kherow pun serupa. Apa yang aku lihat, budaya di Sarawak dalam perihal muzik berbeza dengan kita di utara semenanjung. Muzik samada yang berat atau genre yang lain boleh dijadikan kerjaya. Di sini ada pengiktirafan untuk muzik, kita perlu berusaha lebih sedikit untuk berada ditahap yang lebih tinggi kerana hampir sesiapa sahaja mempunyai asas muzik di sini. Tidak kiralah samada dari segi kemahiran muzik atau pengetahuan tentang dunia muzik sahaja.


Sokongan keluarga yang berterusan juga penting jika ingin terus berkarya. Dan aku dapat lihat sini, sang isteri dan sang suami semuanya dapat bertoleransi dalam hal tersebut. Kalau kita disini, contohnya aku. Manada lagi kawan-kawan yang dah berkahwin boleh bermain muzik secara serious? Kalau isteri bagi kebenaran pun, dia sendiri yang malas dan asyik hendak ikut bini masuk kelambu. Kesudahannya tua sebelum usia. Kalau rajin ke kuliah atau ke surau. Ada juga baiknya.



Terdedahnya dengan dunia muzik yang berwarna-warni ini secara semulajadinya menjadikan Kherow sebuah band performer. Jadi tidak hairanlah mereka gemar membuat persembahan dan mereka rajin berlatih dan merentas laluan muzik progressif.

Manakala, aku bergelumang dengan dunia metal yang gelap dan suram dari dulu. Apa yang aku bayangakan dulu, muzik metal akan kekal serupa. Digeruni, hanya akan didengar oleh sekelumpok kumpulan. Jatidiri serta perjuangan idea dan fahaman lebih penting dari membuat persembahan.

Apa yang aku ingin nyatakan disini. Ada bezanya kita semua walaupun bermain muzik berat sama. Ada yang memilih untuk hanya berkarya dan tinggal didalam lubang yang gelap. Ada yang memilih untuk memperkayakan karya dan mencapai bintang. Namun kedua-duanya tetap perlu ada usaha. Usaha untuk menguatkan jati diri serta kendiri untuk TIDAK terikut fesyen dan keluar dari lubang. Atau usaha untuk MAJUKAN diri serta mendabik dada di langit tinggi. Kedua-duanya adalah hebat dan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang dedikasi.

Kita boleh belajar sesuatu yang baik dari manusia lain. Walaupun sejauh mana perbezaan yang kita rasakan. Kita hanya manusia. Dari pandangan tuhan pula. Kita semua adalah sama sahaja, kecuali iman dan taqwa.

Terima kasih Zizie Row, Afdzal, Jiden dan seluruh warga Sarawak Metal Force.