Sabtu, 19 Januari 2013

HAL YANG SAMA, HAKIKAT YANG BERBEZA

Semalam aku menonton berita TV ketika masih berada di pejabat, sempat aku lihat sebuat liputan kejadian peyebaran Bible (book of Psalm dan book of proverbs) yang berlaku dihadapan sebuah sekolah di Penang. Agak sensasi, namun kenyataan dari seorang individu yang mengesan kejadian ini dan melaporkan kepada pihak polis. Membuatkan aku tersenyum, katanya dalam temubual TV terbabit – kejadian ini serius kerana kita tengah berhadapan dengan isu tuntutan pengunaan nama Allah, seolah-olah pihak Kristian sengaja mahu mengeruhkan keadaan, lebih lagi Bible yang diedarkan kepada remaja-remaja sekolah ini dalam bahasa Melayu dan Arab. Bagi anak-anak kita yang kurang didikan agama. Ia amat berbahaya! – lebih kurang begitulah kenyataan Si A ini.

Sekarang bagi aku buat sendikit perumpamaan dalam isu ini. Kebanyakan kita selalu dengar orang mengunakan ‘kereta’ mengambarkan sebuah agama yang baik dan pemandunya sebagai penganutnya. Jadi, aku guna perumpamaan yang sama dalam hal ini.

Kita seorang bapa yang prihatin dengan ‘keselamatan’ anak kecil kita. Perkara yang kita bimbangi adalah ‘kemalangan’ yang membabitkan ‘kereta’. Kita memantau ‘kereta’, kita halang ‘kereta’ dari berlalu berdekatan dengan anak kita, halang ‘kereta’ melakukan ‘servis’ berdekatan dengan kawasan anak kita berada, halau ‘kereta’ mengisi petrol berdekatan anak kita, tidak benarkan ‘kereta’ bergerak laju atau perlahan berdekatan anak kita. Kita menganggap diri kita ini akan sentiasa boleh menghalang ‘kereta’ itu dari melangggar anak kita, kita berharap kita selamanya akan berada melindungi anak kita.

Namun kita terlupa memberitahu mengapa kita menghalang ‘kereta’ tersebut, apa bahayanya yang boleh disebabkan oleh ‘kereta’ tersebut, dan kita juga tidak pernah mendidik anak kita bahawa kenderaan atau kaedah pengangkutan yang telah kita gunakan ini adalah yang terbaik. Adakalanya si anak memang merasai keistimewaan ‘kereta’ tersebut kerana si ayah gagal memberi pengetahuan dan penerangan yang betul mengenai kenderaan yang telah digunapakai sekarang. Wallahu’alam.

Anda dapat mesej yang disampaikan ini?

Perkara yang sama ada kalanya menjadi 2 pemahaman yang berbeza bagi pihak yang mendengarnya. Contohnya begini, kita cuba kaji bab menarik ni jap. hehe!;




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...