Isnin, 8 Julai 2013

METALLICA YANG KAYA DARI JESUS AKAN DATANG KE MALAYSIA


Sebenarnya olahan kata ‘kaya’ dari Tuhan (maksudnya Jesus Christ) itu adalah kata-kata dari genius muzik, Devin Townsend dalam sebuah temubual dari Irish Times pada Mei lalu. Devin Townsend diminta mengulas kenyataan Kirk Hammet (gitaris Metallica) yang menyatakan mereka masih perlu melakukan tour kerana faktor kewangan walaupun hakikatnya kita semua tahu mereka multi-millionaires.

Devin “ Aku percaya Metallica mempunyai duit lebih dari Tuhan, tetapi mereka mempunyai sejumlah manusia yang bergantung pada mereka. Mereka telah bersama bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi sebuah keluarga. Begitu ramai juga mereka-mereka yang telah melabur untuk projek-projek Metallica. Sebagai usaha untuk meneruskan perahu agar belayar, dan mereka-mereka ini meneruskan apa yang telah mereka ini jayakan bersama, Metallica harus memastikan semua orang dibelakang mereka boleh meneruskan kehidupan (ada pekerjaan)”.

Begitulah penjelasan yang tepat dan hakikat apa yang berlaku pada Metallica walaupun mereka masih meneruskan legasi mereka dengan album-album yang merapu dan karut kini. Metallica adalah sebuah lagenda Heavy Metal yang masih giat mengegarkan pentas walau hampir majoriti peminat mereka mengatakan Metallica yang sebenar telah mati bersama Cliff Burton yang banyak memberi pengaruh dalam imej dan bunyi mereka.

Banyak peminat mengatakan ini adalah Metallica yang sebenar?
Mengapa Metallica dihormati? Bagi aku mereka diminati oleh semua peringkat masyarakat (Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Khairy Jamaluddin antara dua orang menteri kita yang menyokong penuh kedatangan Metallica – rujuk twitter mereka) kerana apa yang mereka lakukan terhadap pembentukan dan revolusi Thrash/Heavy Metal dunia di era 80-an. Mereka adalah ikon ‘kegigihan’ dalam industri muzik global. Kalau diikuti sejarah dan susun galur perjalanan muzikal mereka. Sesiapa pun pasti kagum dengan perjuangan mereka. Walaupun apa orang kata mengenai buruk laku James Hetfield, kemahiran average dimiliki oleh Lars Ulrich, kelakuan buruk Ulrich yang meniru nama Metallica dari nama zine kawannya, Kirk yang meniru solo-solo Mustaine, dan sebagainya yang menjadikan mereka kontroversi dan penuh dengan warna-warni yang ingin peminat dengar! 



3 jenis Metallica, percaya?

Mungkin bagi peminat tegar Metallica, apa yang diterbitkan mereka adalah berkualiti dan mempunyai harganya. Tetapi bagi hampir keseluruhan peminat mereka dan aku sendiri, hanya 4 album pertama mereka yang layak diakui sebagai karya agung dan antara album-album paling berpengaruh dalam dunia Heavy/Thrash metal sejagat. Album-album seterusnya adalah siri-siri kegagalan mereka dalam mendapat semula ‘aura’ Metallica kecuali mereka tidak pernah gagal menjualnya dan mendapat peminat-peminat baru. Buktinya, mereka memenangi 9 anugerah Grammy dan antara kumpulan rock paling berjaya di dunia yang mampu menjual 110 juta album hingga kini.

Metallica kini dianggotai oleh James Hetfield, 49, Lars Ulrich, 49, Kirk Hammett, 50, dan Rob Trujillo, 48. Dalam kenyataan mereka mengenai Konsert di Stadium Merdeka “We’ve said it before ... with more than 30 years of travelling around the world behind us, there are very few places that we have yet to explore. So it’s rather thrilling for us to be back with yet another first, a stop in Kuala Lumpur,”.

Hampir semua rockers dan metalheads di Malaysia dan negara jiran amat gembira dengan kedatangan Metallica ini yang buat kali terakhir mereka di rantau ini adalah di Singapore Indoor Stadium.pada tahun 1993. Tetapi perlu atau tidak anda menyaksikan konsert ini. Jom buat analisis ( awat aku suka buat analisis xtau skrang ni? Ahahaha!):

AKU PERLU PI TENGOK METALLICA

- Jika benar anda benar-benar peminat mereka dan merasakan Metallica adalah band paling best di dunia dan mereka sentiasa di atas.

- Walau apa pun orang kata. Bagi anda dapat melihat Lars Ulrich (pengasas) pun sudah cukup.

- Metallica akan berkubur selepas konsert ini dan tiada lagi peluang melihat kumpulan rock gergasi seperti ini.

- Anda tidak minat, tetapi duit anda berjuta-juta dan tidak tahu apa hendak dibuatkan dengan duit itu. Apa salahnya ke konsert ini mungkin boleh enjoy skit? Beli tiket platinium rock zone.

- Anda pernah suatu ketika dahulu menonton Metallica bersama line-up paling berbisa mereka. Mungkin bersama Cliff Burton atau Dave Mustaine? Apa salahnya jika ada duit lebih. Lihat semula mereka dengan line-up terkini di tanahair sendiri. Boleh juga buat perbandingan dan kajian.

- Anda seorang jurnalis dan wartawan hiburan.

- Metallica rakan baik anda atau saudara jauh anda. Sekurang-kurangnya anda rasa mereka ‘macam’ saudara lah. Ya la, Metallica kini dah kembali pada asal (imej dan fesyen aja!), mereka dah sarung kembali jaket jeans koyak rabak, pakai patches SATAN, VENOM, MOTÖRHEAD, MISFITS, pakai bullet belts, mula turun gig-gig kecil semua, terkini dengar katanya Metallica pergi tengok GHOSTmain dan lepak dengan budak-budak. Jadi scene Thrash Metal di Malaysia cukup meriah kini. Kita rasa macam adik-beradik ziarah kampung.

- Duit ok. Kesihatan pun ok. Minat sikit-skit ada. Ok lah. Anda tiada masalah hendak berasak-asak di zone free seating, minat muzik bingit ada. Tak kisah la Metallica main lagu apa pun, tajuk apa pun, album mana pun. Suka-suka. Habis sangat anggap pi sauna, atau senaman, bonusnya anda boleh gesel-gesel atau tackle awek rock.


AKU TAK PERLU TENGOK METALLICA

- Metallica asal telah mati pada tahun 1986 bersama “Masters of Puppets”.

- Lars Ulrich pemain drum yang mengarut. Anda lagi best!

- Jika anda telah abaikan kedatangan Ronnie Dio bersama Black Sabbath di Singapura beberapa tahun lalu. Mereka lebih berhak!!!

- Ekonomi merosot. Anak bini di rumah hidup melarat dan kelaparan. Apa gila anda hendak ke konsert Metallica ni walaupun minat sangat pun? Baik anda pergi kerja sambil dengar cd Metallica udoh.

- Anda seorang muslimah. Bukan bias, orang lelaki mereka tidak perlu pelindung dan bimbingan saudara muhrim, aurat mereka susah terdedah. Ia bukan hiburan keluarga. Sejak bila antara rasa konsert rock yang dihadiri puluh atau ratusan ribu manusia sebagai ‘rekreasi keluarga’?

- Jika anda rasa Metallica kumpulan K-pop. Atau anda mula taip ‘Metallica’ di Wikipedia seterusnya memuat turun semua album mp3 mereka 4 hari lalu.

- Jika anda rasa XPCD lebih tua dari Metallica.

- Banyak penyakit. Gout. Darah tinggi. Diabetis. Aids. Apa salahnya menonton dvd konsert Metallica di rumah dengan penghawa dingin, kuaci, air jus limau nipis. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

- Anda rasa tengok konsert ini membuatkan anda jadi ‘cool’, dahulu anda pergi kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus pun ada rasa dah cukup ‘cool’, kemudian ke malam Cinta Rasul anda rasa ‘cool’. Anda kira nak ‘cool’. Baik anda makan ais krim Mat Kool aja.

- Anda setuju Dave Lombardo lebih hebat dari Lars Ulrich.

- Hendak lihat Jason Newsted. Sah anda ketinggalan keretapi.

- Ingin tahu betapa hebatnya olah muzik okestra simfoni bersama Micheal Kamen dalam S&M. Sah anda salah acara lagi ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...