Khamis, 8 Ogos 2013

BENCI KEBENCIAN (PART II)


Matlamat utama musuh Islam adalah mengulingkan kuasa besar dan terkuat Islam tanpa kira apa mahzab, aliran, bangsa atau fahaman. Mereka telah berputus asa untuk mencabar iktikad tauhid dan semangat jihad yang dipupuk berzaman tanpa cela.

Kaedah paling berbisa dan paling berkesan kini adalah menerusi kajian adan ujian mereka. Formula nya iaitu melalui serangan media cetak dan media sosial. Dengan mengapikan perjuangan bangsa, memuliakan fahaman tradisi (meningkatkan ujub), mencela apa yang tidak selari dengan kehendak diri, dan berbalah demi kepentingan peribadi, mereka yakni musuh Islam ternyata lebih hebat dari segi taktikal dan lebih ekonomik. Dan apa yang lebih maju, tangan mereka berada dibelakang tetapi mereka meraih simpati dunia sejagat.

Kini mereka selesa bila kita sendiri meruntuhkan masjid, memutuskan ukhwah, menyemarakan hasad dan kebencian, memperlekehkan syariah hanya dengan kuasa akhbar dan facebook. Gabungan dua inovasi senjata tradisional dan moden paling canggih dicipta oleh Yahudi.

Sehubungan dengan itu kawan-kawan tanpa mengira anda sesiapa pun jika anda Muslim, janganlah kita HANYA mengkaji dan bertindak pada mesej al Quran dan hadis mengenai bahaya munafik, kebangkitan pemimpin ulung (jangan fanatik, malah kita tidak disuruh pun untuk mencari dan menunggunya. Hanya sekadar beriman pada kedatangannya. Tanpanya pun syariat telah lengkap!), tuntutan menentang yang batil dengan perang dan ancaman budaya musyrikun. Sehingga kita LUPA firman-firman Tuhan dan hadis mengenai rahmat. Rahmat yang dibawakan Islam untuk dunia; persaudaraan, ukhwah, hak ke atas saudara se-Islam, hak kepada manusia dan alam, tuntutan untuk beribadat, tuntutan untuk menjaga hati, larangan untuk berdiam jika bukan dari ahlinya atau luar dari ilmunya, larangan menyakiti saudara sesama akidah, larangan memfitnah, dan larangan menindas yang lemah.

Kadang-kadang saya sedih juga apabila melihat beberapa ustaz kesayangan saya turut tersusuk senjata tajam Barat.

Jika benar anda prihatin dengan penindasan umat tanpa mengira apa hikayat yang Barat sajikan pada anda. Sekarang saya mahu bertanya, ada sesiapa antara kamu yang sedar saudara muslim Chechen kita masih berperang dengan Russia hingga kini sejak 300 tahun lalu? Russia mengunakan strategi seksaan, kurungan dan rogol bagi melemahkan perjuangan Chechen namun mereka tetap bangun walau seluruh dunia membutakan mata. Setiap pemimpin berkaliber lahir dikalangan Chechen akan dibunuh, keseluruhan hampir 3 juta warga muslim Chechen dibunuh tetapi anda tidak tahu kan dan tidak ambil peduli.

Marilah bersatu di bawah kalimah yang satu. Sempena hari yang fitri ini saya mewakili seluruh bands dan individu dibawah Faithcraft Productions mengucapkan Salam Syawal serta Maaf Zahir dan Batin.

" Dan ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" - Al Anfal: 46

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...