Khamis, 3 Oktober 2013

SAYYED MUHAMMAD: LELAKI TERGAGAH DI DUNIA

Lelaki tergagah di dunia menurut DC Comic
Kisah seorang lelaki paling kuat di dunia tiba-tiba meletup dan menjadi perbualan penduduk Malaysia. Lelaki terkuat sebelum ini sering dipotretkan memiliki tubuh yang maskular, berwajah kacak, berbudi bahasa atau datang dari dunia lain atau mungkin seorang dewa seperti Clark Ken, hanya kit abaca dari komik adiwira atau filem aksi.

Realitinya, seorang lelaki yang serba biasa malah tiada tarikan fizikal dari Mesir, Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah adalah manusia paling terkuat di dunia. Kekuatan beliau yang bersamaan 30,000 lelaki dewasa atau 260 kuasa kuda ( perhatian: 1 kuasa kuda = 265 lelaki) hingga membuatkan beliau mengelak untuk berjabat tangan dengan orang biasa. Jika tersalah jabat pasti patah riuk tangan. Paling saya hormati beliau yang tidak mahu memanipulasi anugerah Tuhan ini dengan bertanding kekuatan atau mempameran yang menimbulkan rasa riak. Bagi membuktikan anugerah ini beliau penah mematahkan duit syiling dengan kelopak matanya sahaja.

Namun yang paling diketengahkan cerita mengenai beliau mengenai hubungan seksnya bersama 4 isterinya yang dilaporkan sebanyak 15 kali sehari.

Saya teringat sebuah episod dalam siri Smallville dimana Chloe bertanya kepada Clark samada dia penah melakukan seks bersama Lana. Clark dengan muka gusah dan sedih dan tidak menjawab, Chloe kemudian menemui jawapan yang Clark takut Lana mati semasa beliau ejakulasi. Itu cerita fantasi aja! Tetapi kisah Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah adalah kenyataan. Setiap isterinya perlu melayan tuntutan batinnya 3-4 kali sehari.

Saya sebelum ini pernah menulis sebuah lagu yang dirakamkan dalam album AU REVOIR “Engine of My Heart” bertajuk “Five-a-Night” mengenai kisah seorang lelaki Sepanyol, Jose Luis Mato Fernandez yang berkerja sebagai buruh binaan di Jerman yang popular dikalangan gadis-gadis yang ingin mencuba pengalaman baru kerana keupayaan beliau melakukan seks 5 kali setiap malam. Beliau juga dikenali sebagai “5 kali semalam”. Akhirnya beliau dibunuh oleh ketua ajaran pemujaan syaithan yang merupakan seorang gadis yang menjadikan Mato sebagai gudiknya sebelum itu. Mungkin setan pun tak tahan dengan Mato?! Haha!

Tahun lalu, kalau anda ingat kecoh dengan cerita seorang lelaki dari Nigeria, Uroko Onaja seorang hartawan yang mempunyai 6 orang isteri. Suatu hari keenam-enam isterinya mengamuk dan dengan ancaman pisau, beliau dipaksa memuaskan mereka kesemua dalam satu masa. Uroko mati ketika sedang memuaskan isteri yang kelima.


Sayyed Muhammad tetap kekal paling teguh dalam melaksana tanggungjawab batin berbanding lelaki lain di dalam dunia.

Sebenarnya saya teringatkan kebenaran tentang kekuatan seorang lelaki Rom bernama Hercules yang pernah berutusan surat dengan Nabi SAW. Dan kini terbukti kata Khalifah Abu Bakar mengenai seorang pahlawan Islam yang bernama Qaqa bin Amru. Kata Sayidina Abu Bakar “Qaqa bersamaan seribu orang tentera. Tidak ada orang yang dapat mengalahkan musuh seperti dia”. Qaqa telah menyertai banyak peperangan dan pernah menyelamatkan Khalid al-Walid. Tetapi kemahsyuran Khalid al-Walid membuatkan Qaqa kurang diingati. Qaqa juga berkhidmat di zaman Khalifah Umar al-Khattab yang turut mengakui kekuatan Qaqa menyamai seribu orang tentera.

Kembali kepada kisah Sayyed Muhammad, kini saya yakin kehebatan pembinaan piramid dan senibina Mesir purba adalah melalui kejituan matematik, geometri, dan KEKUATAN FIZIKAL orang Mesir ketika itu. Tidak ditolak juga ketaksuban kepada maharaja yang dianggap Tuhan. Tanggapan piramid dibina oleh kerahan banduan-banduan dan penjenayah sebelum ini juga telah disangkal oleh ahli arkeologi kini. Ia dibina oleh pakar dan mereka yang kuat. Nabi SAW sendiri memesan agar menghormati orang Mesir kerana mereka sebahagian dari saudara yang mana isteri baginda sendiri yang bernama Mariah al-Qibtiyah (dari keluarga Kristian) adalah orang Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...