Khamis, 16 Januari 2014

SAMONG 'AVAEJEE' TRAISATTHA


Untuk bersikap adil dalam penyampaian hikayat mengenai pergerakan metal bawahtanah Asia Tenggara. Saya ceritakan ikatan yang pernah terjalin antara Faithcraft dan Raja black metal Thailand, SURRENDER OF DIVINITY yang kehilangan pemain bass selaku penyanyi mereka Avaejee pada 8 Januari 2014 kerana dibunuh dengan kejam. Samong Traisattha (dikenali dengan nama gelaran Avaejee) seorang Muslim yang murtad untuk menganut ajaran Buddha, berusia 36 tahun adalah pemain bass kumpulan Surrender of Divinity dan juga pemain gitar kumpulan black/death metal Thailand, ZYGOATSIS. Beliau penah keluar dari S.O.D untuk seketika dan hal itu memaksa penyanyi asal S.O.D, Ekaluxx bertindak sebagai penyanyi dan pemain bass. Selepas beberapa ketika berjuang sebagai 3 pieces band Ekaluxx pula menarik diri. Kemasukan semula Samong menyaksikan beliau mengambil alih tugas Ekaluxx dengan jayanya. Banyak orang keliru menyangka Avaejee adalah perintis dan ketua kepada S.O.D tetapi Whathayakorn, pemain gitar mereka adalah jeneral di dalam kuil S.O.D. Avaejee juga dikenali sebagai biker kental yang sering menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama-sama kumpulan SIAMESE SATANIC BIKE.

Saya tidak mengenali Avaejee secara peribadi, tetap saya pernah berhubung dengan Whathayakorn sejak dari awal penubuhan mereka dan menyokong aktiviti mereka walaupun saya bukanlah peminat jati mereka. Bagi saya muzik S.O.D bukan terlalu istimewa tetapi UNIK. Boleh dikatakan, S.O.D bangkit asalnya bermula dari sokongan peminat metal dari Malaysia. Malah syarikat yang berjaya menaikkan jenama S.O.D setaraf dengan raja-raja muzik berat Asia yang lain adalah label yang berasal dari Malaysia iaitu Psychic Scream Entertaintment.

Kali pertama saya melihat persembahan langsung mereka pada tahun 2000 di Rockworld, Penang yang turut memuatkan kumpulan-kumpulan tempatan seperti HELOISA dan SAMARTARY. Saya sempat lepak bersama-sama mereka semua di luar Rockworld, hanya Whathayakorn yang petah berbicara. Avaejee dan yang lain hanya senyum-senyum malu dan santun. Saya ingat lagi ketika saya menunjukan kepada Whathayakorn, ahli-ahli SILENT DEATH dan BRAINDEAD yang ketika itu berada dihadapan kami. Beliau mengatakan “Legendary bands!”. Saya percaya waktu itu S.O.D kagum dengan kemeriahan pergerakan UG metal Malaysia. Saya anggarkan crowds yang hadir pada hari itu melebihi 400 orang. Kerana tiket saya sendiri bernombor 334.


Pada tahun yang sama juga saya dan Noorwan (editor Thanatopsis zine) berangkat ke Ipoh untuk menyaksikan S.O.D buat kali kedua di dalam gig bersejarah yang mana LANGSUIR mengumumkan ia sebagai gig terakhir mereka sebelum membubarkan Langsuir atau Riusgnal. Namun mereka tetap wujud sehingga kini dengan rombakan ahli dan dikenali sebagai LANGSUYR. Gig pada hari tersebut turut menampilkan penganas death metal Johor, NARSAMUM dan kumpulan Viking black metal tempatan RAVENLORD.



Pada 2012 jika tidak kerana masalah yang timbul antara pihak penganjur dan S.O.D, sudah pasti yang berkesempatan melihat formasi alaf baru S.O.D dalam gig yang sepatutnya berlangsung di Sibu, Sarawak. Baca sini untuk kisah lanjut >>

Begitulah kisah saya dan S.O.D.

Manakala kisah Avaejee mungkin lebih unik. Beliau dibunuh oleh seorang pemuda penganut Satanism yang dikenali sebagai Prakam Harnphanbusakorn atau mahu dikenali sebagai Maleficent Meditation. Avaejee maut oleh tikaman dileher dan beberapa bahagian badan yang lain. Maleficent Meditation membunuh Avaejee kerana berpendapat Avaejee seorang berpura-pura berfahaman Satanism dan hanya mencemarkan ajaran penyembahan syaitan tersebut. Maleficent Meditation masih bebas dan gagal dikesan hingga ke hari ini. Menariknya, Maleficent Meditation juga menyatakan pendapat dan matlamatnya di akaun sosial miliknya. Berikut adalah terjemahan kenyataan Maleficent Meditation oleh Google Translate dari bahasa Siam;

"Just had no many thing of reason why I murdered, I intend to commit suicide as I am 25 years old, It’s a matter that I’ll die certainly. So, I want to drag together a 1-2 corpses of those who lead attitude of Satanism to stain! And the true Satan answered me to agreed (I am who did meditation everyday 30-60 minutes and gazing in the mirror 30-60 minutes included) but I refrain to kill his wife and his kids, Atleast, to made him know that ‘Satan’ is not a toys that you can play anywhere and hail upon stage by without the true faith. If you didn’t true believe in Satan and no religions but take Satan to be ‘symbol’ to blaspheme another religions then you can call yourself to be anything, don’t fucking call yourself ‘Satanic’ and also said ‘don’t believe in Satan but I believe in myself’ SHIT!… Poser to blame all another religions which the true Satanist will not blame another religions like a bullshit because of my view is Buddha, Christian, Muslim that believe in their own way, I think they rather be respect more than posers that call oneself ‘Satanist’ but without any fucking knowledge. It seems like a trendy children and I believe for sure that if I didn’t kill, someday he’ll be killed by Buddhist, Christian or Muslim certainly.

This muder by first time, I intend to kill around 20-30 corpses but since inconvenience and I am only one who plan to kill So, I decided to kill as enough as possible and the news posted wrongly that I am the fan of Surrender Of Divinity, I’d like to say nowadays I’m not the fan of this shit band anymore and don’t take this case to be with ‘John Lennon’ murder, fucking different…and fucking polices marks this murder is came from drinking and drunk, I’d like to say it’s not true because of I INTEND TO KILL HIM ESPECIALLY. I hided my knife into a jacket and sham to bring my t-shirt for painting by his wife and try him to join drinking. That’s set up my way to wait he unguarded and came to a night.

I mudered fucking Avaejee, stabbed by a knife which a news posted wrong that I stabbed 3 times but the truth is stabbed 30 times for sure and didn’t behead from behind, I confront him, bring a knife to multiple stabbed his front of neck, no slash nor wipe, stabbed every lesions and watching him scrabble, clamber like a dog and raised a hands asking life. He said ‘NO’ it’s breath without voice with splattered blood out follow his speak but I stabbed again at his neck and his skull again and again (sometime knife is deep in skull and hard to pull off) I just wonder that murder people by knife is got a flavor, exciting, feeling more than shooting by gun. When I finished, I’m back to did meditation at the rent hotel easilly and for sure…I’M NOT SORRY WHAT I DID!

All his friends or his family maybe cursing me now but I thought this death is suitable for the poser like him already. Above all, Lord Satan is not a toys, If you haven’t true believe, don’t call oneself to be Satanist!!!!! I’m not person like brutal, cool, gangster louder but silence, cold blood, savagery…I have it certainly

My life after death is no saying anymore unless I wish I can be in the land of devil and spend a time after death to do meditation continually regardless of 10 years 100 years or 1000 years on my way.

Don’t comment or like this status, I only just want to inform a little bit and thanks for reading. Wish everyone whoever read this, be faith on own way by no fool oneself, doing what you must, see you again if we can live in the same dimension after death.

HAIL SATAN!!!"

Mayat Mendiang Samong diuruskan sebagai pengikut Buddha dengan di bakar disebuah Watt. Kumpulan motorsikal Siamese Satanic Bike turut berkumpul memberi penghormatan terakhir. Manakala S.O.D turut mempersembahkan lagu-lagu mereka di krematorium bagi memperingati kenangan dan jasa Samong yang turut disaksikan oleh peminat dan ahli keluarganya. 

foto oleh Metalsavage Khom

foto oleh Metalsavage Khom

foto oleh Metalsavage Khom
Kisah pembunuhan Samong mendapat liputan yang meluas oleh media bawahtanah mahupun arus perdana. Kisah pembunuhan dan keganasan yang dilakukan pengikut syaitan dan peminat muzik metal ini telah menghangatkan semula kisah pembunuhan ikon black metal Norway suatu masa dahulu, perintis MAYHEM Euronymous yang dibunuh oleh pemain bass nya, Varg yang lebih dikenali melalui kumpulan BURZUM yang bermaksud ‘kegelapan’. Varg seorang radikal, politikal, nasionalis, pelampau bangsa, namun kini menafikan sebagai seorang penyembah syaitan.

Baca temubual bersama Surrender of Divinity >>

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...