Khamis, 28 Ogos 2014

FITNAH TERHADAP WANITA-WANITA BERJIHAD


Foto-foto diatas adalah di antara barisan tentera-tentera wanita yang berjuang untuk negara masing-masing. Bermula dari tentera wanita Israel, Korea Utara, China, Palestine (divisi tentera wanita pertama), Ukraine (tentera wanita sukarelawan), Pakistan dan Iran ( tentera ninja). Sekadar berkongsi.

Semalam saya terbaca mengenai satu laporan dari berita tajaan Zionis mengenai 3 orang wanita Malaysia dan beberapa wanita Australia yang mengembara ke Timur Tengah semata-mata untuk menyerahkan tubuh mereka sebagai santapan pejuang-pejuang Mujahidin. Kononnya ulama-ulama dari cabang Sunnah telah mewujudkan satu divisi ‘sexual jihad’ dikenali sebagai Jihad al-Nikah yang beroperasi membekalkan wanita-wanita Islam yang sanggup melayan nafsu-nafsu seks tentera Mujahiddin supaya semangat juang mereka meningkat.

Apabila membaca berita ini, datang dalam fikiran saya sudah banyak netizens yang percaya bulat-bulat fitnah dari Yahoo News berkenaan. Dan berapa ramai orang bukan Islam lagi yang pasti terpengaruh dengan fitnah Yahudi ini. Sebelum ini kita pernah dengar tentang nikah muta’ah (nikah kontrak yang telah dimansuhkan oleh Nabi setelah beberapa ketika dibenarkan) yang diamalkan aliran Syiah, itu pun tidak semua. Dan langsung bukan atas nama jihad. Manakala jika mereka yang mengaku dari aliran sunnah tetapi tetap melakukan perkahwinan kontrak selalunya terang-terang difatwakan sesat oleh pihak berkuasa Islam. Tetapi menyeru wanita supaya memberi khidmat seks atas nama Islam ternyata suatu fitnah. Belum pernah lagi kita dengar dari ulama-ulama Sunnah, bahkan ustaz-ustaz kita yang pulang dari Timur Tengah bercerita tentang adanya golongan yang menyeru dan mencipta jihad dari wanita boleh dilakukan dengan memberi sumbangan belaian seks kepada tentera. Ia fitnah yang nyata untuk mengaibkan akhlak umat Islam.

Rasa nak muntah membaca laporan ad-dajjal berkenan.

Mereka mahu mengambarkan ulama-ulama Islam juga seperti pelampau agama lain yang boleh mengubal dan merubah apa yang telah disyariatkan oleh Nabi Muhammad SAW sewenang-wenangnya. Mereka mahu dunia menganggap ulama-ulama dan tentera Mujahiddin sebagai orang-orang gasar yang tidak bertamadun, merendahkan martabat wanita sebagai pemuas nafsu dan gila seks.

 Tentera wanita IDF

Bagi mereka yang sedar, perang terhadap Islam kini bukan sahaja dilancarkan mengunakan roket, jet pejuang, meriam, peluru dan gas beracun. Mereka juga mengunakan senjata yang lebih hebat kesannya pada syariat dan prinsip Islam itu sendiri, yang dipanggil internet. Manakala kaedahnya dinamakan perang psikologi. Mungkin anda tidak sedar, bijak pandai kini mengunakan agama sendiri untuk menewaskan agama.

Minda telah pun tewas walaupun tentangan fizikal belum berlaku.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi "al-Harj". Sahabat bertanya "Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)

3 ulasan:

  1. geram bro.. itu yang tulis ni. fitnah makin menjadi.

    BalasPadam
  2. i don giv a fuk wit tis all bullshit news n jihad my arse

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...