Isnin, 11 Ogos 2014

POST PERTAMA

Kata orang entry pertama pastinya sesuatu yang berkaitan foto. Jadi, inilah yang pertama dari blog kedua dari saya yang lebih menumpukan kepada pemikiran, pengembaraan dan falsafah saya dalam meniti kehidupan yang hanya beberapa detik ini.


Char Koeteaw Sungai Dua, Penang, sebuah gerai makan malam kegemaran saya kerana keaslian citarasanya dan kesegaran udang lautnya. Saya seorang yang mempunyai kandungan asid urid yang tinggi dalam darah, jadi kombinasi taugeh dan udang ini adalah 'menu maut' bagi saya.

Tambahan: Bagi yang masih kabur tentang apa yang saya katakan sebagai "POST PERTAMA", hari ini merupakan tarikh kelahiran blog ini setelah saya bercadang untuk membersihkan blog asal saya Faithcraft Productions agar hanya berkiblatkan muzik lasak sahaja. Post-post saya yang berkisar kisah hidup, fahaman dan pengalaman saya telah dipindahkan ke blog ini. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...