Selasa, 9 September 2014

TIADA HORMAT BAGI YANG TIDAK MENGHORMATI


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (Al-Imran 118)

Mungkin dunia sudah menghampiri usianya?

Begitu banyak fitnah berlaku terhadap orang Islam saban hari. Begitu banyak kecelaruan tentang siapa kawan dan siapa lawan. Islam itu maksudnya aman. Aman selagi tidak ditindas, tidak dihalau, dicerca dan disakiti. Keganasan adalah ‘haram’ bagi Islam.


Timbul isu kini, apabila orang Islam terutama di Malaysia kononnya telah kenal siapa itu Yahudi dan apa itu Zionist. Asalnya semua masyarakat Melayu (merujuk orang Islam nusantara) membenci seluruh kaum Yahudi, sekarang ini muncul kumpulan yang telah sedar kononnya Yahudi bukan semuanya jahat tetapi mereka berfahaman Zionist sahaja kononnya kejam. Daripada membenci membuta tuli tanpa pemahaman sejarah keturunan para anbia, ilmu kitab, istilah dan simbol suci. Kita benci seluruh keturunan Yahudi tanpa syarat. Kini dari membenci, kita ‘meroyan’ pula agungkan Yahudi yang menyertai pemulauan (boycott) barangan Israel dan kempen anti perang seolah-olah nilai kemanusiaan itu lebih penting dari tauhid. Kita lupa apa syariat. Kita terlampau seronok apabila Yahudi itu menjadi sebahagian dari kita.

Mungkin anda berpendapat saya seorang pessimis. Bukan begitu, maksud saya apa yang kita dan Yahudi buat itu hanyalah nilai kemanusian dan perjuangan menegakkan keadilan tidak kira agama. Pujian bukan hanya pada orang Yahudi, tetapi pada kaum lain juga yang tidak setuju dengan penindasan kaum yang lemah.

Orang Melayu ini memang betul, aman orangnya. Dan mudah dipengaruhi.

Yahudi bukan Zionist atau Yahudi Zionist. Adakah satu diantara mereka itu merestui agama anda? Adakah mereka beriman dengan Tuhan yang anda sembah? Begitu juga pengikut Kristian, Buddha dan Hindu. Apa yang mereka lakukan adalah memperjuangkan hak manusia. Adakah Rasulullah SAW menyebut Yahudi berfahaman Zionist sahaja yang tidak mengakui keesaan Tuhan dan kerasulan baginda?

“Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka... ” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Ada orang Melayu yang percaya bahawa apa yang berlaku antara Israel dan Palestin adalah konflik politik dan kuasa. Lawak. Anda masih mengelamun lagi. Ia terang-terangan perbalahan agama dan penghapusan umat.

“Sesungguhnya bangsa Yahudi merupakan kaum yang penuh sifat hasad". (HR Shohih Ibnu Khuzaimah 1500)

”Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (Surah Al-Maidah ayat 82)

Mari saya ceritakan sebuah kisah semasa saya berkhidmat di sebuah firma dibahagian perakauanan 9 tahun lalu, Dipejabat saya berkerja hanya ada 3 lelaki Melayu termasuk saya. Selebihnya semua wanita, hampir keseluruhannya Cina dan India. Satu ketika, peperangan antara Israel dan Palestin tercetus semula dan kisah-kisah penderitaan di Iraq, Pakistan dan Afghanistan mula dihebahkan media massa. Secara kebetulan saya terdengar perbualan antara mereka dalam bahasa Inggeris, kata mereka, “ kenapalah orang-orang Palestin ini begitu ‘barbarian’ suka bergaduh, suka kacau orang Yahudi, pergi bom sana-sini, jihad la, tembak orang, tak boleh ke duduk diam-diam, hidup aman. Tak kesian ke kat keluarga, anak-anak. Bila tentera Yahudi serang mereka, salahkan orang pulak”. Perbincangan mereka berkisar tentang orang Islam serata dunia yang dilabel penganas oleh media Barat. Apa yang mereka faham Islam itu adalah agama penganas. 

 "the Chinese in Malaysia dare not purchase houses or own businesses because they are officially banned from the state in Malaysia".- Wirathu (gila ke apa ni?)

Perkara paling penting, mereka faham orang Melayu tidak jadi penganas kerana tidak terlalu ikut Islam. Kalau ikut ajaran sebenar nabi Muhammad SAW pasti orang Melayu pun akan jadi penganas.

Saya bukan racist. Tetapi kebanyakan orang bukan Islam perfikiran begitu.

Hakikatnya, Itu yang mereka faham tentang Islam. Dan itu yang mereka dengar dari media. Jadi takkan kerana itu saya perlu mengamuk dan memusuhi rakan-rakan pejabat saya. Itu bukan didikan nabi. Begitulah halnya dalam memahami mereka yang memusuhi Islam, kita tidak boleh bertindak luar batasan kemanusiaan dengan hanya kerana ada golongan yang membenci apa yang kita anuti. Selagi ia tidak mendatangkan mudarat, selagi itu kita harus menerima pandangan malah kebencian orang lain. Begitu juga, kita jangan terlampau mengagungkan golongan yang sesekali tidak akan setuju dengan akidah kita hanya kerana mereka wira dalam soal kemanusian.

Cukuplah sekadar pengiktirafan dan saling bantu membantu dalam hal yang baik.

6 ulasan:

  1. setuju! fitnah akhir zaman yang buat sesetengah dari kita ni tuli..

    BalasPadam
  2. macam2 jew ada kat dunia ni, ada kulit putih ada kulit hitam ada kulit coklat (melayu?).. ada memang keturunan jew melalui keturunan dna real semitic jew etc.. tapi yg paling setan yg takde dna what so ever not semitic jew 'today modern jew' yg mengaku embrace nak jadi jew, that's real enemy. kita bangsa melayu raja rakyat semua dgn rela hati embrace Islam, tapi bangsa tu raja rakyat semua dgn rela hati embrace jew.

    http://www.youtube.com/watch?v=sm-UjPVrbkU

    http://www.youtube.com/watch?v=VL1L_8Et6JM

    "For in the lands of Gog and Magog who are a Hunnish race and call themselves Gazari there is one tribe, a very belligerent one - Alexander enclosed them and they escaped - and all of them profess the Jewish faith."

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dengar sedikit teori Gog dan Magog dari Ustaz Badli Shah. Salah satu teorinya Gog adalah individu (pemimpin) Magog adalah rakyat/bangsanya, Yakjuj dan Makjuj.
      Teori jika anda mahu kaji, Gog = Putin, Magog = Russia, yang akan membantu negara-negara yang berseteru dengan Yahudi, paling banyak yang dibantunya negara Islam. Mengapa? cari sendiri....

      Padam
  3. Saya cuba untuk berkata tiada racist. Tetapi pengalaman saya bekerja lebih 10 tahun dengan sebuah syarikat yang taukey dan bos2 besarnya bukan Islam (walaupun ianya listed company)...ianya sememangnya berlaku...dan kadang2 saya rasakan bangsa Melayu ini sememangnya terlalu lembut dan terlampau hendak menjaga hati...sehingga mudah di pijak kepala...

    Walaupun tidak di mulut...tetapi mereka sering memandang serong kepada Islam...isu palestin/israel yang seperti saudara ceritakan berlaku juga kepada saya....agak sukar juga untuk memberikan mereka kefahaman jika kita sendiri cetek ilmu...tambahan pula bagi mereka isu ini bukanlah hal mereka...

    Malah saya pernah berdebat dengan boss saya isu janggut. Saya tidak dibenarkan membela janggut kerana bagi mereka itu adalah imej seorang pengganas...Dato' Najib dijadikan contoh walaupun saya cuba membalas yang Eddie Vedder juga berjanggut (hahaha)...Jenuh jugalah untuk memberikan mereka kefahaman...tetapi nak buat macamana kan....yang Islam sendiri ramai yang tak faham..apatah lagi mereka....

    Tak pasti adakah komen ini ada kena mengena dengan tajuk di atas...tetapi saya sering tertanya2 adakah anda beruntung kerana bekerja dikalangan muslim dan adakah saya yang rugi kerana berkerja dikalangan non-muslim....ruginya kerana tanggungjawap saya lebih besar dalam cuba untuk memberikan kefahaman....


    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya faham apa yang tuan maksudkan. Dan yerp, komen tuan memang masih dalam radius; mereka yang tidak mahu faham atau sengaja tidak mahu memahami muslim. mereka juga menafikan konsep keamanan yang kita bawa.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...