Isnin, 22 September 2014

TRENDY, POSER, WIMP, GROUPIES (PART III)


Ada satu kejadian pelik yang berlaku membuatkan saya ingin meneruskan kesinambungan episode Poser, Wimp, Trendy, Groupies ke chapter III. Rasanya fesyen-fesyen sebegini hanya wujud pada generasi Y dan tidak sepatutnya wujud dalam pergerakan muzik bawah tanah pun jika BENAR scene kita lahir dari kejujuran dan kebebasan untuk berkarya.

Suatu hari saya menerima email, “Boss, boleh saya bertanya, stuff HANTU (sekadar nama, tiada kaitan dengan METAL GHOST atau GHOST B.C, ok!) masih ada lagi. Saya nak beli?”. Saya pun membalas “Ada dalam 100 keping lagi”. Saya seterusnya memberikan link gambar stuff HANTU. Kemudian beliau membalas “ Boss, takda kaset ke bro?”. Saya membalas lagi “ Takda. Memang HANTU hanya terbit dalam format CD aja”. Dia seterusnya membalas “ Tak jadilah boss. Sorry ya. Saya hanya layan kaset. CD kurenggg la”. Saya pun balas “OK”.

Sehinggalah beberapa ketika saya mendapat mesej-mesej pertanyaan yang sama oleh beberapa individu-individu lain. Sebelum itu saya menganggapnya biasa. Tetapi bila ia sudah menjadi epidemik, maka wujudlah TREND.

Kadang-kadang kita ingat mereka yang membeli kaset ini kerana terpikat pada warm sounding yang hanya boleh didengari oleh dari versi analog. Tetapi katanya, kami dah dengar lagu-lagu MP3 band itu. Kaset sekadar simpanan. Paling lawak bila ada mesej menyatakan “Saya bukannya nak dengar sangat. Nak buat koleksi aja.” Itu lagi haru!

Lihatlah di suatu ketika dahulu, berapa ramai diantara kita yang mengejar CD-CD kumpulan muzik yang kita minat oleh kerana kejituan bunyi digital CD dan tempoh hayat CD yang lebih lama. Kita angkat diri kita sebagai ‘true’ kerana koleksi CD tersebut. Hanya dalam tempoh sedekad. Kaset bangkit semula hanya kerana nilai vintage yang ada padanya. Sesiapa yang ada kaset lama, walaupun jika dipasang hanya bunyi serangga yang keluar. Dia diangkat sebagai ‘true’. Remaja sukakan permainan sebegini. Maka berebutlah mereka membeli kaset-kaset vintage yang biarpun rosak asalkan boleh diperagakan.

Saya masih boleh menerima apabila seorang rakan dari sebuah label thrash metal menyatakan beliau pernah menjual kaset EP sulung NEBIRAS yang sudah rosak dengan kulit kaset yang telah diconteng dengan harga tunai RM60. Tetapi saya memang terkejut amat bila mendengar sebuah kaset album pertama kumpulan black metal dari Singapura dijual dengan harga RM500 sekeping dalam Mudah.com. Itu memang dah jadi perniagaan pengumpul syiling/setem purba punya scene! Woa!! 

Julia Roberts mungkin sedang layan  "As the sky turns black"
Scene UG metal atau punk lahir dari muzik seterusnya ke fesyen. Namun fesyen itu tidak boleh mendahului muzik itu sendiri. Jika anda penyokong muzik-muzik metal/punk bawah tanah tidak seharusnya anda membeli produk mereka berlandaskan format muzik yang mereka diterbitkan. Jika mahu mereka terus berkarya dan maju. Sokonglah mereka berdasarkan muzik, bukan sokongan berdasarkan format ‘trendy’ mengikut zaman. Kerana kegilaan terhadap format tidak akan mati disebabkan kitaran fesyen sentiasa berpusing-pusing. Tetapi band. Band akan mati, zaman mereka aktif dengan format apa sekali pun wajar anda beli jika benar anda menyokong kerjaya muzik mereka. Jika tidak, anda hanya sekadar pengumpul setem!

Seorang blogger rakan saya, Abi Suffian pernah membangkitkan ada sekelompok collectors yang terlebih radikal. Mereka hanya membeli produk cetakan pertama. Kemudian mereka memperlekehkan pula orang-orang yang membeli stuff cetakan kedua-ketiga dan seterusnya. Ini pun satu jenis trend. Apakah cetakan pertama sahaja tulen? Gila ke apa ni? Cetakan ke 600 pun, kalau ia diterbitkan oleh label yang dinaungi band tersebut atau dilesenkan oleh band itu sendiri pun. Ia cetakan tulen lah! Dimana yang dikatakan tiruan tu? Hakikatnya semua hanya ada itu bukan pun dari kualiti bunyi asal. Dah nama pun cetakan! Kalau nak tulen sangat pergi minta beli master recording la kat band tuh! HA! Itu baru ori.

Hal yang sama juga turut berlaku dalam ghetto pengumpul piring hitam. Ini semua tak lebih dari trend.

Namun saya berpegang mereka ini perlu ada dan sebahagian dari scene. Trend generasi Y ini sedikit sebanyak mengangkat martabat tradisi demo kaset dan nilai sejarah scene muzik lasak 80-an.

Saya bukan membenci trend ini sebaliknya rasa bertuah juga kerana dapat menjual banyak sekali kaset-kaset lama dengan harga yang lumayan dan turut menerbitkan lagu-lagu baru dalam format kaset kerana permintaan yang semakin banyak.

Beri sokongon kepada pemuzik bawah tanah di negeri anda sendiri.

13 ulasan:

  1. “Saya bukannya nak dengar sangat. Nak buat koleksi aja.” itu memang cilake punye orang. benci aku. mentang-mentang bayak duit la tu, kita yg cukup berkira kalau nak beli stuff yg kita betul2 nak tu melopong!

    sial la aku ada kaset Nebiras tu dulu, tapi dah hilang. cis!

    'dipasang hanya bunyi serangga yang keluar' hahahahaha kelakar la lu bro!

    'nama pun cetakan'.. betol la beb. lama2 kan yg 2nd press ke 3rd press pun boleh naik harga kalau dah takde atau dirilis dgn lebih baik kualitinya dari yg 1st.

    kalau rasa nak beli, beli je, sebab kita pun takkan sangka punya benda tu jadi 'rasa bertuah juga kerana dapat menjual banyak sekali kaset-kaset lama dengan harga yang lumayan'. atau sebaliknya hehe

    at the end kita mahu kita semua sedar ini semua hanya kebendaan di duniawi yg sementara saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, sebab itu saya menjual hampir 80% simpanan kaset saya. Malas jaga bro. rumit kaset ni. berkulat.

      Padam
  2. Tak sangka pula kaset ada harga dan permintaan sekarang…dulu zaman aku upgrade koleksi kaset aku ke cd…kaset ni aku letak merata ajer…bersepah…abis banyak juga yang mak aku buang….iskh ruginya…. Kalau tak banyak dah aku boleh buat duit sekarang…hahaha….

    Bagi aku kumpul muzik ni satu hobi…dekat 30 tahun dah…kira ketagih pun yer juga…tapi kalau kumpul untuk tujuan trendy…nak cecah 3 tahun pun payah….benda bermusim la kan….tapi tak kisah lah…duit masing-masing la kan….bak kata PC Kokak pun…ini semua duniawi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi bro. Kalau macam rare skit kaset tu, harga dalam 30-40 boleh jalan tu!

      Padam
  3. AKu tak tau nak kata apa bila anak bongsu aku sekarang nih kalu nak beli stuff mesti kat Rock Corner KLCC...Munkin gak sebab selalu terbeli product duplicate kat Ipoh nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah ziarah Roxk Corner KLCC sekali time gig Kreator (yang kansel tu), pergh... mahal x ingat rega dia.

      Padam
  4. Bila dah jadi trend, harga barang vintage ni mula naik. Kalau RM30 dan kebawah tu masih boleh dikira sebagai MAMPU MILIK, tapi dah sampai RM500.00 peh, botak kepala. Lepas beli, snap gambar, upload kat wall masing-masing/wall grup(saya biasa buat ni hahaha) pastu orang pun komen "PERGH!!!" "WOW!!" OHSEM! HEYWALEYWALEY HEEYY!!!" haahahaha... saya rajin juga beli keset terpakai dengan sorang brader ni. Harga dia RM30.00 tak masuk kos pos dan bila diputarkan, rasa macam... adeeeeeeeh.... saya pun ada juga letgo keset ni, dah rasa tak mampu nak jaga banyak-banyak. Hmmmm...

    P/S:- Letgo keset Morbid Angel - Covenant kat saya ya? Heeeeeeeee!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bleh, bleh. jap nak review dulu covenant tu...

      Padam
    2. bro King_Of_Thorns, bab yg ckp botak kepala itu bleh tahan juge lawak.... hehehehehe maklumlah bila barang dh lama cari tiba jumpa masih lagi x dpt beli sbb x mampu walaupun bergaji besor........ hanya disebabkan nilai tempoh hayat barang itu dah berkurun dan dikategori sbg pengumpul setem......

      Padam
  5. Saya generasi Y, dan saya minat CD . Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada salah apa-apa format pun bro. :)

      Padam
  6. saya kumpul barang CD atau kaset band sbb nk lihat apa isi yg ada didalam artwork lirik gambor dan jika lagu boleh didapati atau dikongsi secara umum teringin juga nk dgr tapi kebanyakannya pemilik tidak upload dalam internet utk menghormati karya band atau artis tapi kalau ada orang ambil tahu lagu2 lain selain dari top2 hits x salah kita appreciate dan hidupkan karya2 pemuzik hits mahupun bukan hits walaupun dh meninggal sekurang-kurangnya lagu itu atau bahan bukti scene itu x berkubur mcm itu tapi apakan daya ini luahan dari saya yg kira naif ttg muzik dan scene.

    kebanyakannya lagu2 lain jadi mati sbb orang tak ambil tahu kewujudan lagu lain selain hits pada pendengar atau corong radio dsb. tapi x apa la, saya sbg golongan minoriti ni saya cuba cari dan dengar ikut mampu shj dan ikut arus kehidupan yg normal walaupun rase x puas lagi nk cari tapi kene sabar dan saya cuba bersyukur dgn apa yg ada......

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...