Isnin, 13 Oktober 2014

TRENDY, POSER, WIMP, GROUPIES (PART IV)

Iklan komersil gula-gula sakit tekak dari Finland- sekadar hiburan

Dimasa saya mula berjinak-jinak dengan muzik UG dahulu, tiada langsung band yang menerbitkan CD, semua band pasti akan keluarkan kaset demo terlebih dahulu sebelum layak merakamkan album. Kegiatan tape trading juga masih aktif. Segala macam kewujudan band-band punk/metal yang baru kami hanya tahu melalui flyers dan zine fotokopi atau secara gosip mulut ke mulut. Itu sahaja.

Bagaimana hendak kesan poser band ketika itu?

Mudah. Kalau rujuk biografi mereka, logo mesti gerun, tahun ditubuhkan mesti gerun, foto promosi mesti gerun dan banyak gila diedarkan pada zine-zine UG. Akan tetapi satu lagu pun tarak!! 5 tahun tubuh band, satu jadah lagu pun takda. Takkan itu band yang serius? Masalah line-up katanya, semua band bahkan band paling hebat di dunia pun mempunyai masalah line-up. Takda modal? Takkanlah nak rakam rehearsal tape pakai mini compo pun tak mampu keluarkan?

Dari sini kita tahu ia hanya sebuah band angan fantasi. Mungkin juga sekadar cover band.

Paul Speckmann - foto oleh Qguitar, Belanda
Malam ini jom kita lihat bagaimana mahu menubuhkan band super ‘kult’ dengan sekelip mata. Zaman sudah banyak berubah bro.

Ok, target: band black thrash metal yang standard tetapi legend.

Cari sebuah nama yang old school. Mudahkan? Kita gunakan errmm…. GERGARSI. Ok, dengan uniform (trendy mesti banyak assesori punya) standard band black thrash metal. Gunakan telefon pintar anda. Bergambarlah sebaik mungkin. Rujuk Google Image untuk ambil pedoman. Dah dapat foto terbaik, sunting dengan photoshop, jadikan hitam putih. Kusamkan foto tersebut untuk dipadankan dengan era 80-an.

Ok, bina sebuah bandpage di sesawangan laman sosial terkemuka, pilih sahaja Facebook, Reverbnation, Bandcamp, Last.FM, atau sebagainya. Masukkan biografi, penubuhan band tahun 1985 di bandar anda. Jangan ragu, kalau ada orang persoalkan nanti cakap dia, masa tu dia pun tak minat metal lagi, dan masa tu takda platform nak expose band ni. Tu yang dia taktau. Mudahkan?

Lukis logo untuk GERGASI, padankan dengan genre muzik anda dan zaman itu. Kalau band seperti GERGASI ini seharusnya ada inverted cross, pentagram atau darah. Logo dan ilustrasi yang berunsur syaitan langsung tidak memgambarkan fahaman peribadi band pada era 80-an. Ia sekadar shock element. Gunakan aja.

Orait. Masa untuk memberi bukti kukuh. Anda dah tentu tak pandai main alat muzik atau taktau langsung main alat muzik. Jadi gunakan kebijaksanaan I.T anda, cari mp3 lagu-lagu black thrash dari negara-negara yang terpencil yang kurang dapat pendedahan. Pilih juga yang logik sejajar dengan kemahiran anak tempatan. Muat turun lagu pilihan. Sekali lagi gunakan kepandaian I.T anda muat turun perisian mixing/mastering yang percuma. Remix dan remastering lagu-lagu tersebut supaya berpadanan dengan kehendak anda, dah band anda tubuh 1985, mungkin tahun 1986 anda dah ada sebuah demo tape. Remix lagu-lagu yang anda curi supaya sesuai dengan kaedah rakaman tahun 1986. Kotorkan dan busukkan kualiti bunyikan. Walla! Dah siap demo anda dalam masa mungkin 1 jam.

Muat naik lagu-lagu demo tersebut, nyatakan dengan cermat studio rakaman, tarikh rakaman, ilustrasi kulit demo tape yang old school di bandpage anda tadi. Hebahkan tanpa perlu risau dan bimbang.

Sekarang hanya bergantung pada kerajinan anda untuk mempromosi band anda melalui hebahan ke akaun-akaun facebook atau twitter peminat. Jika anda seorang netizen (bermaksud 24 jam online) lagi mudah untuk anda pantau perkembangan band anda dan silap hari bulan, band anda lebih popular dari kumpulan asal yang anda curi lagu-lagu mereka. Lebih hebat, anda mampu meraih perhatian label-label untuk menerbitkan album anda! Hahaha!

Memandangkan anda tak tahu main alat muzik, batalkan sahaja hajat nak buat album tu. Bergembiralah dengan status ‘legend’ tersebut sebelum rakan-rakan sebaya anda yang cemburu mendedahkan skim anda di media sosial. Tetapi mereka mungkin dah terlewat, kerana anda juga mungkin dah ada ‘cult followers’.

Selamat mencuba! Hi!hi!hih!

7 ulasan:

  1. hahah..idea yang bernas bro..kompem ada yang buat lepas baca artikel ni..heheh

    BalasPadam
  2. adakah ini berdasarkan kisah benar? :)

    BalasPadam
  3. wow!! sudah tentu "GERGASI" menjadi legenda sekarang ni kan?? Menarik. satu idea rip-off yang sangat-sangat-sangat-sangat menarik!! Hahahaha! 100% ripoff!! gila! hahaha! saya suka penulisan anda! oh yeah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda tentu tak pernah pikir sebelum ni kan? saya dah syak lama dah sejak muncul band2 Anti Islam dari Iraq tu... scam semua tu. Tipu, yahudi semua dibelakang tu.. menipu konon2 pengikut sunnah yang murtad. hahaha!

      Padam
    2. yaka?? ish.... baru ni dok perasan menda2 mcm tu. Pergh... baru saya tahu... saya rasa bro kena kupaskan isu ni dengan lebih detail. berkenaan scam yang bro perasan. hehehe saya yakin, lepas ni memang seronok artikel yang bro sampaikan!

      Padam
  4. teringin pulak nak jadi legend one man show...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...