Isnin, 5 Januari 2015

KEMARUK ARTIS DAN AUTOGRAF (PART II)



Semasa BLACK SABBATH melakukan penampilan keramatnya di Singapura pada 27 October 2007, saya gigit jari kerana terpaksa menjualkan tiket tersebut kepada isteri Redza, (vox HEREAFTER) disebabkan kegagalan untuk menampung kos yang berlebihan akibat dipindahkan ke Kedah kerana pembubaran pejabat saya di Subang Jaya. Ozzy yang tidak bersetuju apabila Ronnie James Dio kembali bersama mereka telah membawa haknya ke mahkamah menyebabkan Toni Iommi terpaksa merubah nama BLACK SABBATH kepada HEAVEN AND HELL untuk tour tersebut. Apa pun saya terkilan kerana telah menduga ia adalah kedatangan terakhir Ronnie ke rantau ini kerana beliau kelihatan agak uzur ketika itu. Ronnie meninggal dunia selang beberapa tahun selepas konsert itu.

Saya penah berbual bersama Azmi Bahari, (vox BLACKFIRE) mengenai Ronnie James, mengenai kenapa beliau tidak mahu ke konsert berkenaan sedangkan Ronnie idola terutama baginya? Kata Azmi, diusia begini perbelanjaan dan urusan keluarga lebih penting daripada untuk berkorban buat SABBATH, tetapi kalau ada duit lebih apa salahnya? Walaupun jawabnya seperti tidak berminat, saya dapat rasanya beliau turut berharap dapat melihat bagaimana idolanya itu beraksi secara langsung. Saya bertanya…

“Kalau ada peluang mahu saudara bertemu dengan Ronnie?”

Azmi menjawab tegas “ Tak mahu. Jika saya terlalu minat akan seseorang dan begitu mengkaguminya, saya tidak akan jumpa orang itu. Saya tidak mahu apa yang kita fikirkan tentang dia mengecewakan saya apabila orang itu benar-benar berhadapan dengan kita. Biarlah dia kekal seperti yang kita anggap dia dalam ingatan”.

Dan benarnya kata Azmi. Saya sendiri melalui siri pengalaman yang mengecewakan apabila bertemu orang yang kita kagumi. Tetapi alhamdulilah saya juga turut bertemu mereka yang lebih hebat dari apa yang saya sangkakan. Saya teringat sebuah majalah Ancient Ceremonies (Portugal tahun 201) yang memuatkan temubual bersama John Ricci (gitaris EXCITER) mengenai Toni Iommi. Lantas saya selongkar almari buruk saya untuk saya paparkan disini:

“Well, because I’ve been playing guitar for so many years, it’s a lot of the 70’s guitarists, like Toni Iommi, Glen Tipton, K.K Downing and fast Eddie from Motorhead. Those guys really influenced me. Toni Iommi is my all-time favorite, because he’s the riff master. I was a little bit disappointed when I met him, when we opened for Sabbath, at the Exhibition in August ’82. “The Mob Rules” I don’t know if you know about that one, but that was our first, real big gig for us, and I met Toni Iommi backstage, because we had our own trailer, and it was beside their trailer. Toni Iommi was really a snob as he didn’t give me 2 minutes of his time. I just wanted to talk about guitars and amps, and I was really let down, because I looked up to him so much. You know, when you meet your idol, and he’s a fucking snob?”

Itu kisah John Ricci. Itulah risikonya. Kadang-kadang apabila manusia itu berada ditempat yang tinggi dia lupa diri. Dia terlupa siapa yang meletakkannya di situ. Mungkin bangga diri, atau terlampau kagum dengan kejayaan diri. Ya lah, kita tengok di Malaysia pun ramai artis popular dahulunya hanya mat kilang aja, bila dah glamor lupa diri kan?. (Bukan nak hina mat kilang, penulis dahulu pun pernah berkerja di 4 jenis kilang!).

Cee teka sapa?
Kembali pada tajuk. Kenapa kita suka ambil autograf artis? Saya salah seorang yang tidak ambil peduli tentang hal ini, namun saya mempunyai 2 autograf artis, satu di tiket gig dan satu lagi di kulit CD. Kenapa saya lakukannya? OK, bagi saya:

1 – Tiru-tiru. Seriously, orang buat macam tu, saya pun buat. Saya tak faham apa nilainya? Autograf tu boleh ditiru apa?band yang kita minat tu bukan Madonna pun, katanya nanti ada nilai kat ebay? Merapu aaa… saya tak nampak lagi orang mahu beli tandatangan Cronos dengan nilai yang tinggi?

2. Orang cakap kenang-kenangan. Boleh tunjuk kat kawan-kawan dan mengatakan saya pernah jumpa dia ni. Mungkin orang yang dia tunjukkan tu pun tak tahu sapa yang turunkan autograf tu? Jujur cakap saya lebih suka fotograf bersama orang yang kita minat tu. Kurang-kurang ia lebih nilai estetikanya, kurang-kurang kita dapat lihat fizikal diri kita atau artis tersebut dimasa depan dan bergelak ketawa mengenangkan betapa usia telah menjamah tubuh badan kita kini. Hahaha!

3. Yang paling betul. Modal untuk kita jumpa mereka. Bila bawak kulit CD, tiket, tshirt untuk autograf tu, umpama kita dah ada topik untuk ice-breaking. Ya tak? Nak sembang pasal segi teknikal muzik, sejarah muzik, falsafah, dah tak reti! Kan?

4. Token penghargaan. Bila kita tunjuk bukti pembelian karya mereka tu, cd, tiket, tshirt untuk ditandatangan. Mereka rasa dihargai. Saya penah merasakannya (walaupun band kampung sahaja) bila orang tunjuk karya kita dan minta tandatangan. Rasa dihargai tu membuatkan kita turut menghargai peminat. Tetapi ada juga yang terus jadi dewa! Ada juga! Terus rasa dipuja dan bongkak. Akhlak manusia yang patut kita tahu, sesiapa sahaja yang menyumbangkan rasa selamat, harmoni dan kegembiraan pada kita. Harus dipuji selayaknya bukan si artis keparat itu sahaja. Hahaha.

Jadi, itu sahajalah benda yang best tentang kumpul tandatangan ni yang dapat saya fikirkan. Saya tidaklah mengeji hobi ini, tajuk ini sebagai perbincangan sahaja. Lain manusia lain ragamnya. Tetapi jauh dalam hati, saya ada terfikir yang hobi ini dicipta oleh Hollywood sebagai satu kaedah pemujaan dan tetapan budaya untuk mengekalkan populariti artis dalam kegiatannya. Siapa yang mula-mula mencetuskan trend ini, dia dah berjaya. Dan mengumpul autograf boleh dikategorikan satu hobi klassik. Mungkin anda boleh kembangkan lagi topik ini?

Teringat pula temubual lama antara Chris Horton, Spastik Death zine (1999) bersama mendiang, Jeff Hanneman (gitaris SLAYER) yang telah saya muatkan dalam post sebelum ini. KLIK UNTUK BACA.

4 ulasan:

  1. saya bersetuju dengan beberapa perkara…terutamanya dalam usia seperti saya, perkara seperti menonton konsert idola saya bukanlah lagi satu keutamaan…saya sering membayangkan rupa dan fizikal idola saya seperti mana yang saya lihat gambar atau tonton video mereka ketika usia saya belasan tahun...susah nak hadam bila menonton mereka dengan imej gemuk dan kepala yang botak...biarlah gambaran zaman muda mereka itu kekal di fikiran...hahaha...

    Tentang autograf...saya sependapat tentang perkara no 1. Saya pernah membeli cd terpakai Dokken di ebay yang siap di autograf dengan harga tak sampai pun RM30...Band rock mainstream seperti mereka pun tiada nilainya apatah lagi band2 bawah tanah....tak pastilah kalau ada mereka2 yang kemaruk sangat nak beli benda2 macam ni dengan harga yang tinggi...

    Saya mempunyai autograf setiap ahli kumpulan Kembara di booklet Konsert Hati Emas tempohari...kalau teori autograf itu betul ada nilainya....mungkin saya akan mendapat untung besar dalam tempoh 20 tahun lagi...heheheh...

    BalasPadam
  2. aku kalau boleh aku nak begambar ngan line up band2 yang aku minati, tapi kadang2 tu segan lah pula... bab g konsert tu tgk band pujaan tu, mmg kena tgk bajet lah, yang autograf tu pula aku perna minta sain kesemua line up iron skull kat cdr promo dorang, aku ingat kalau cdr yg biasa ni, tak ada print tu, kurang nilainya, patutnya ada sain band baru naik nilai cdr tu, kalau tak sama saja macam di burn bagi akulah..

    BalasPadam
  3. yup.saya bersetuju.kadang kadang kalau kita terlampau memuja satu satu figurehead ni, kalau dah jumpa in person dan tak menepati apa yg kita bayangkan memang akan jadi sesuatu kekecewaan yg besar. cth mcm James Hetfield. dia lah antara metalhead terulung yg sy mahu jumpa tp as we know it dia bukan lg mat thrasher seperti mana beliau di zaman kegemilangannya (1984-1994). So kalau diberi peluang, mungkin sy akan menolak. Saya ada tgk di utube video dimana beliau ditemuramah oleh Hitz.fm oleh ian dan mamat cina tuh. Kekok saya melihatnya. Tapi speluang berjabat tangan dan berbual pendek dgn Mille Petrozza of Kreator tahun lalu mmg takkan saya lupakan.

    BalasPadam
  4. aku ada satu je cd yg ada autograf (Amy, Search)...
    http://pckokak.blogspot.com/2014/12/cd-seach.html
    aku fikir memang aku akan simpan sampai bila2.. not for sale ok.

    target aku kalau bole mau autograf Sifu M. Nasir...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...