Ahad, 1 Mac 2015

A YANG HEBAT ITU


“Mencaci agama Islam termasuk salah satu jenis dosa besar, begitu juga mencaci Allah Ta’ala. Kedua hal ini juga merupakan penghancur keislaman yang paling besar dan menjadi sebab kemurtadan seseorang. Jika pelakunya itu beragama Islam, maka dia telah menjadi kafir. Jika bertaubat, maka dia diampuni, dan jika tidak mahu bertaubat, maka pemerintah negara harus menjatuhkan hukuman mati kepadanya melalui mahkamah syar’iyyah. Sebahagian ulama berpendapat orang itu tidak boleh bertaubat, tetapi langsung dihukum mati kerana melakukan kesalahan yang tidak terampun…” – Syaikh Abdul Aziz bin Baz ra.

“Tidak ada perbezaan pendapat diantara kaum muslimin bahawa orang Islam yang mencaci Allah Ta’ala itu telah kafir dan darahnya boleh ditumpahkan yakni dihukum mati” – al Qadhi Iyadh ra.

“Katakanlah, apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman” (QS At Taubah: 65-66)

Hidayah datang dari Allah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Hari ini saya ingin menyatakan sokongan saya kepada seorang rakan lama yang kembali pada jalan tauhid setelah lama saya menolak aktiviti-aktiviti muzikal beliau secara terang-terangan. Kenapa dan dimana salahnya telah pun saya tuliskan dalam sebuah artikel beberapa tahun lalu? Bukanlah saya seorang yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi apabila ia melibatkan akidah sesama muslim. Saya terpanggil untuk menyatakan bahawa dalam pegangan Islam ini ada batas yang tidak boleh sesekali kita lintas. Tindakan saya untuk berhenti dari menyokong kumpulan-kumpulan seperti ini juga berdasarkan hujah Syaikh Muhammad bin Utsaimin ra yang melarang dari berada ditengah-tengah orang yang mencaci Allah Ta’ala melalui nas “ Dan sesunguhnya, Allah telah menurunkan (ketentuan) bagimu didalam kitab (al-Quran) bahawa apabila ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sebelum mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana (jika tetap duduk dengan mereka) tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesunguhnya, Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di neraka Jahanam” (An-Nisaa:140)


Allah berkuasa akan sesuatu. Dalam kejayaan besar dicapai melalui pemujaan kuasa hitam diketengahkan kumpulan muziknya. Kasih sayang Allah tetap sampai ke qalbu nya. Melalui perkhabaran dari sumber yang boleh dipercayai, beliau sering kali kelihatan menunaikan fardu sebagai seorang muslim di masjid. Alhamdulilah, dengan izin Allah Ta’ala dan do’a-do’a peminat beliau termasuk saya sendiri yang sering mengharapkan akidah tauhid kembali padanya. Hidayah sampai jua. Semoga penghijrahan atas beliau menjadi inspirasi kepada pengikut-pengikut beliau yang begitu banyak diluar. Bayangkan bagaimana impaknya apabila mereka semua sudah boleh menerima perubahan beliau ini?

“As much as you can, keep dunia in your hand – not in your heart. That means when someone insults you, keep it out of your heart so it doesn’t make you bitter or defensive. When someone praises you, also keep it it out of your heart, so you don’t become hopeless and overwhelmed. Instead keep it in your hands and realize that everything passes. When you’re given a gift by God, don’t hold it in your heart. Hold it in your hand so that you don’t begin to love the gift more than the Giver. And so that when it is taken away you can truly respond with “innalilahi wa inna ilayhi roji’oon”; indeed we belong to God, and to God we return”.
 – Yasmin Mogahed

Apa yang saya dengar, beliau masih giat bersama kumpulan beliau dan masih berdiri gagah bersama muzik lasak yang dipelopori beliau sejak 24 tahun yang lalu. Dan beliau juga seorang yang low-profile dalam kehidupan beragamanya. Saya hormati caranya.

Namun apa yang dikatakan iman itu harus dibuktikan dan diuji. Itu sabda nabi. Saya mendoakan yang terbaik untuk beliau sekeluarga dan moga terus istiqamah dengan itikad tauhid sejati.

Ayuh kita doa bersama dengan doa yang diucapkan Rasulullah SAW (sahih Muslim)ini:

Ya muqallibal quloob thabbit qalbi ‘ala deenik”

9 ulasan:

  1. Macam boleh teka siapa orangnya...kalau betul...Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Aku ghasa la kann...Dia laa tuuu...

    BalasPadam
  3. Ooo..rasa nya tau sapa..kalo betul alhamdulilah.mungkin lepas ni dia berdakwah melalui muzik pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada berdakwah dalam muzik, bro. Kalau pun ada? saya orang yang tidak mempercayainya.... rujuk pendapat saya tentang ni beberapa tahun lalu.

      Padam
  4. oooo En. A nak berbalik pada agama islam. Alhamdulillah. Mungkin kerana beliau ingin mendirikan rumah tangga dgn axegirl kugiran T. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro.. jgn nilai orang begitu bro. Tak baik. zaman sahabat dahulu, bila seorang sahabat nak penggal kepala seorang tentera kafir apabila dia mengucapkan syahadah pun.. terus sahabat lepaskan tanpa menilai keikhlasan dia... itu antara dia dan Pencipta...

      Padam
    2. betul tu bro.huhu.apa apa pun aku amat bergembira terhadap perubahan beliau.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...