Isnin, 28 Disember 2015

49% BANJINGAN 51% ANAK HARAM

 
Pengasas dan nakhoda Motörhead, Lemmy Kilmister meninggal dunia hari ini sebaik menyambut ulang tahun ke 70 akibat kanser. Semua pemuzik lasak bersedih dan terkesan dengan pemergian beliau yang dianggap sebagai datuk/guru kita semua. Lemmy dikenali sebagai pendita muzik rock, memberi inspirasi kepada anak muda sejak awal 70-an melalui muzik menafi melodi dan falsafah-falsafah yang menjadi doktrin untuk pencinta muzik berat. Saya teringat ungkapan beliau yang saya pernah kongsikan dalam Kemenyan zine dahulu, terjemahannya:

"Seingat aku heavy metal tidak pernah wujud. Apa yang pernah wujud hanyalah rock & roll!"

Selamat tinggal Lemmy. Lagu-lagu kamu bagaikan runut bunyi kehidupan saya!
24 Disember 1945 - 28 Disember 2015


3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...