Rabu, 23 Disember 2015

RAIKAN CINTA PADA MUHAMMAD S.A.W DAN JESUS A.S



Al-Khatib Al-Baghdadi meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sabdanya : “ Apabila timbul fitnah atau bida'ah, dan sahabat-sahabatku dimaki, maka setiap yang berilmu hendaklah menzahirkan ilmunya (memerangi bidaah tersebut); Sesiapa yang tidak berbuat demikian maka ke atasnya laknat Allah, malaikat, dan seluruh orang beriman, Allah tidak akan terima daripadanya taubat dan ibadat fardu ” .

Perlis tidak ‘merayakan’ Maulid Nabi dan melalui hujah pada bulan yang sama juga Rasulullah SAW wafat, serta khilaf tarikh sebenar kelahiran baginda, dan juga kebetulan tahun ini bersamaan Hari Krismas, Mufti Negeri Perlis memutuskan bulan Rabiulawal 1437H ini disambut sebagai ‘Bulan Pendidikan” sirah baginda. Saya membaca sebuah laporan, di Hyderabad, India, ada puak yang menyambut maulid nabi dengan perayaan sama seperti eid fitr. Mandi sunat, solat sunat berjemaah awal pagi di masjid sempena maulid dengan hujah yang bernas juga “Salahkan solat demi kesyukuran ke atas kelahiran nabi?. Hanya syaitan benci orang bersolat”. Menakutkan…

Saya mempunyai rakan baik dari kalangan sufi dan syiah yang meraikan maulid dengan gemilang. Saya juga mempunyai ramai rakan serta mentor dari golongan salaf yang menentang perayaan maulid. Saya diantara yang memilih untuk menyanjungi nabi dengan cuba mempertingkatkan lagi amalan sunnah. Seperti yang disebut Islam sendiri, kita berhukum dari perbuatan lahiriah sahaja. Salah disebut salah. Dalam masa yang sama kita tidak memcerca mereka yang merasakan kecintaan nabi boleh dizahirkan melalui perayaan. Siapalah saya untuk menilai isi hati mereka. Kepada tuhan kembali segala-galanya.

Namun izinkan saya menukilan sebuah kisah mengenai ‘kecintaan kepada nabi’ yang mana kesalahan tetap menerima hukuman manakala rasa kecintaan pada Rasulullah SAW itu berada disatu sudut yang lain.

Melalui hadis al-Imam al-Bukhari:
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”.




7 ulasan:

  1. ada beberapa perkara yang saya setuju...bahan bacaan yg bagus...

    BalasPadam
  2. kawan saya baru saja mengadu pasal bid'ah..

    katanya dia pening mungkin melihat perbalahan yang tak berkesudahan dan dia memutuskan untuk berserah saja persoalan atau perbincangan tentang bid'ah ni kepada agamawan..

    kata2 dia membuatkan saya termenung, perasaan bercampur baur antara terkilan dan simpati..

    saya sendiri secara peribadi mengambil masa untuk paham tentang bid'ah dan cuba merujuk perbahasannya kepada pelbagai sumber..

    mengikuti kuliah maulana asri 3 tahun lepas sedikit sebanyak membuka mata melalui pertanyaan2 kepada dia, meneliti gerak kerja dia dan cara dia berfikir..

    kesimpulannya, untuk memperkatakan tentang bid'ah sangat memerlukan hikmah dan tak lengkap kalau tak memahami atau menghidupkan sunnah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun melalui situasi yang sama. Bagi saya, sesiapa yang ingin dan mahu kemurnian agama, pasti menolak bid'dah yang nyata.

      Padam
  3. tu hri ad dgr ceramah ad hujah lain utk sambutan maulid iaitu melahirkan perasaan cinta dan kenal Rasulullah SAW disebabkn zmn skg ramai yg kenal cuma nama sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak salah nak raikan dengan cara selawat, kuliah... kita protes perarakan jalanan bro.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...