Selasa, 8 Disember 2015

SAMSENG SEKOLAH LAMA

Saya bukanlah seorang samseng, malah jika saya terlibat dalam pergaduhan. Saya akan bermurung kerana tidak suka menyakiti orang, dan jika saya disakiti, saya akan berdendam kesumat. Sejak kecil hidup saya sentiasa disakiti orang sekeliling, membuatkan saya kurang gemar bersosial dengan kebanyakan orang, dan memilih rakan-rakan yang tahu menghormati perasaan saya. 

Seorang rakan saya mengelarkan saya sebagai orang tercicir atau yang terakhir dari Gen-X walaupun saya dilahirkan lewat 70-an, kerana sikap saya yang lebih cenderung kepada nilai kekeluargaan, privasi dan penghargaan karya kesenian. Gen-Y seperti yang diketahui adalah generasi netizen yang lahir era (1977 – 1997). Beberapa hari lalu, saya terlibat dalam pergaduhan bersama seorang rakan yang saya amat sesali, ia berakhir di Balai Polis Kangar dan hampir meragut kerjaya saya.

Kesan dari peristiwa itu saya dapati bertumbuk ‘raw’ bukanlah era saya lagi. Apabila berjumpa rakan-rakan lama berkongsi kisah ini, mereka pun bersetuju. Ini bukanlah zaman bertumbuk Gen-X lagi. Seingat saya dahulu, Jika sesama rakan-rakan bergaduh, kadang-kadang ia hanya isu kecil. Tetapi perkara asasnya ego, mahu tunjuk siapa paling kuat. Memang ia tidak akan mudah untuk berakhir jika berperang mulut bahkan akan berlarutan bertahun-tahun. Ia harus disudahi dengan beradu tenaga. Siapa menang, dapat penghormatan. Boleh kawan baik semula duduk semeja minum. Ukhwah tak putus. Kita sedar, yang ditumbuk rakan kita. Kita mahu sedarkan dia, cukup-cukuplah berleter. Dua-dua belah pihak bangit dengan teori sama. Pukul, yang kalah diam. Hormat. Alasan yang ringkas sahaja.

Kini zaman dah lain:

i – Masa bertengkar macam-macam ego dibangkitkan. Hal yang tiada kaitan dengan isu. Kita terdorong sama untuk lawan hujah. Orang dengar malu sebab cakap bodoh.

ii – Bangkitkan gang. (Yalah kebangkitan gangster Melayu sekarang), pada Gen Y ada gang adalah fakta diri mereka kuat. Jika menang, merekalah jaguh, kalah lari kepada gang. Terus hilang kehendak nak bertarung ‘gentleman’ tadi. Dalam istilah Gen X, “gentleman”, bertarung satu sama satu. Kalah kita hormat lawan kita. 

iii – Bangkitkan isu pihak lawan dengan konflik bersama orang lain supaya dapat campur tangan orang lain. Kronism.

iv- Bila kalah timbul isu malu pada isteri. Malu pada anak. Maruah. ? Sebelum cari pasal ada fikir?

v- Bila kalah timbul isu, hidup nak cari kerja halal, asal orang susah. Sebelum itu ada fikir semua ni? Kalau menang ada nak fikir benda ni semua?

vi- Bila kalah nak report Polis, nak saman… Kalau menang, bangga. Mula viral kan dalam fb, instagram, angkat diri?

Vi – Bila kalah naik isu kita dah tua, dah bertamadun? Padahal lelaki yang tak mampu kawal kemarahan bergaduh tidak kira usia atau kemajuan. Apa Amerika dan Israel tu tidak maju dan moden hingga sanggup serang Afghanistan dan Palestin tu?

Zaman dah berbeza. Pergaduhan memang tidak mendatangkan penyelesaian. Dendam bagai barah, suatu hari ia akan muncul dan memberi kemudaratan besar. 

Dari riwayat Tirmizi;
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatiNya di depanmu. Kenalilah Allah pada waktu susah nescaya Ia akan mengenalmu pada waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang tidak ditakdirkan atasmu tidak akan menimpamu dan apa yang menimpamu itulah yang ditakdirkan atasmu, ketahuilah bahawa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesusahan dan kesusahan bersama kesabaran"

Ketika mengikuti kuliah hadis 40 Dr MAZA semalam saya sangat terkesan apabila dia menjelaskan hakikat takdir Ilahi dan kuasa memilihi yang terletak pada hambaNya. Diumpamakan olehnya, apabila seseorang yang berada dalam masjid sedang solat tiba-tiba datang seorang lelaki menumbuk mukanya tanpa sebarang sebab. Maka itu adalah ketentuan Allah swt, walaupun dia sedang beribadat pada Allah, terpaksa menanggung malu atau marah, sesuatu yang harus diambil adalah hikmah dan redha atas kejadian yang tidak pun diingininya dan tidak mampu dihalangnya. Allah gantikan musibah itu dengan ganjaran baik jika ia bersabar. Akan tetapi lelaki yang memukul orang pula, mempunyai pilihan bagi perbuatannya (bukan menyalahkan takdir), dan akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan itu. Maha Suci Allah yang telah mengetahui akan setiap sesuatu, bahkan kedudukan seseorang hambaNya itu di syurga atau neraka. Maha Adil Allah juga memberi pilihan dan peluang untuk mengerjakan baik atau buruk.

Pengetahuan Allah itu tiada terikat pada masa dan tidaklah Allah itu kejam kerana memberi penyudah neraka pada hambaNya tanpa diberi pilihan.

7 ulasan:

  1. bertumbuk jaman budak2 dulu ok lah, kalu zaman dewasa sudah ni, kadang2 boleh kena tikam dari belakang dibuatnya. hari tu aku hampir betumbuk ngan cina, sbb kurang ajar kat atas jalan. nasib lah 2 2 ada bini sabarkan.. apapun kalu boleh elak bertumbuk tu elakan lah. kalau tak hantam terus dimuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bosan bro kalau bertumbuk x dapat tropi ni...

      Padam
  2. kuncinya adalah SABAR...tapi tak semudah itu untuk sentiasa bersabar...

    BalasPadam
  3. aku pelik kalau musim bola kat malaysia takda gaduh2 atau bertumbuk..yg tu memang aku pelik..heheh

    BalasPadam
  4. bahaya bro kalo bertumbuk zaman sekarang. Tambah tambah jika kita ni penjawat awam atau staff GLC. Kene report polis,silap2 mauu kena tindakan tatatertib.Kalu bertumbuk nak jaga keselamatan dan maruah keluarga takpa la. Kalo betumbok pasal isu kurg signifikasinya, its not worth it bro.

    BalasPadam
  5. bahaya bro kalo bertumbuk zaman sekarang. Tambah tambah jika kita ni penjawat awam atau staff GLC. Kene report polis,silap2 mauu kena tindakan tatatertib.Kalu bertumbuk nak jaga keselamatan dan maruah keluarga takpa la. Kalo betumbok pasal isu kurg signifikasinya, its not worth it bro.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...