Sabtu, 30 Julai 2016

TIDAK MAMPU MELUPAKAN SESEORANG


Saya pernah mengalami kesukaran untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup. Suatu rasa yang menyeksakan dan jiwa menjadi kosong tanpanya. Tapi saya berjaya melupakannya. Mungkin  panduan dibawah ini bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya. Ia ikhtiar yang disarankan oleh Ustaz Mohd Rizal Johari:

Wallahuta'ala a'lam, walaupun implementasi teori tidak semudah bagi insan yang menanggungnya namun apa yang paling penting adalah niat yang SUNGGUH-SUNGGUH untuk melupakan si dia dan perlu diusuli dengan "Tekad serta Nekad." Selagi mana apa-apa sahaja yang berkaitan dengan si dia kita dapat access dan lihat maka selagi itu kita tidak mampu untuk melupakan. Jadi selepas tekad dan nekad kita perlu :-

1) tukar phone baru & block facebook si dia.
2) remove semua gambar-gambar dan segala pemberian dari si dia
3) jangan layan lagu jiwang dan jangan duk bersendirian. Awasi menangis di dalam tandas.
4) jangan singgah tempat yang selalu dating dengannya.
5) sibukkan diri agar kekosongan itu terisi dengan aktiviti-aktiviti.

Semua proses ini akan mengambil masa, namun bersabar dan banyakkan sebut doa ini setiap kali teringat akan si dia:
"Allah, Allah Rabbi... la usyhrikubihi syaian"
ALLAH ALLAH TUHANKAN ....AKU TIDAK SEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU YANG LAIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...