Rabu, 7 Jun 2017

SOLAT TARAWIKH


Menjadi orang Perlis diperantauan membuatkan kami sering menjadi sasaran orang yang terasa janggal dengan method beribadah kami. Seringkali kami ditomah dengan berbagai-bagai label dan yang paling popular tentulah ‘wahabi’ tanpa sebarang musabab yang jelas?. Walaupun saya kurang berminat untuk menulis dalam bulan puasa ini. Namun saya berasa ada baiknya juga dikongsikan anekdot celaru dari Unit Kecemasan beberapa jam yang lalu:


K: Aku nak tanya hang kenapa tak boleh selawat semasa solat di Perlis? KENAPA?

Saya: Selawat lah nak selawat. Tapi kami memang tak selawat. Salah tang mana? Aku berpegang beginilah, kami di Perlis kita mencontohi salaf, itu saja. Kalau kita tak buat tu bukanlah kerana kita benci selawat, gila kah ada orang benci selawat? Jadi di Perlis kita bukanlah kira nak jadi lain dari orang. Kita nak buat ibadah se-tulen yang mampu. Pada pandangan aku, tak apalah nak selawat pada setiap dua rakaat. Selawat ni bila-bila masa free boleh aja selawat. Benda ni luas, cumanya kita rasa pelik bila menjerit time selawat… dan selawat pun bukan cara yang nabi ajar, siap tambahan-tambahan tertentu. Itu saja, kita pun faham, orang yang buat tu niat dia baik dan dia pun sayang nabi. Tapi kita hairan kenapa dia marah orang tak buat? Sedangkan tidak buat sebegitu lebih rapat pada sunnah.

A: Eleh, benda kecil khilaf ni pun nak besar. Nak buat, buatlah. Tak mahu, tinggallah.

Saya: Ya. Benda kecil aja.

K: Yang aku heran sebab apa kata ‘TAK BULEH” selawat tu?

Saya: Siapa kata?

K: Mufti la… dia yang kata, keluar surat arahan.

Saya: Betoi tak betoi, aku tak tahulah. OK, misal betul dakwaan ni, begini… fatwa ni bukan Mufti sorang pandai-pandai suruh. Dia ada Majlis Fatwa yang menentukan sebarang keputusan, bukan mufti sorang. Dan sama ajalah macam kes doa qunut solat subuh tu. Memang fatwa Perlis keluar tak bagi buat, tapi bukan bermakna kata yang buat doa tu sesat, tak sah solat. Hang kena faham. "Tak bagi" tu sebab Perlis pilih pendapat yang paling rajih. Mungkin hang tak pernah dengar tapi Perlis tak buat doa qunut tu sebab hadis dari Anas bin Malik r.a tu doif kerana ada perawi bernama Abu Jaafar ar-Razi (dia jujur tapi buruk hafalan), kedua sebab ia bercanggah dengan hadis sohih Anas bin Malik sendiri yang meriwayatkan nabi SAW tidak pernah berqunut waktu subuh melainkan tujuan mendoakan kebaikan dan kebinasaan kaum tertentu (HR Ibnu Hibban). Dan seterusnya Anas bin Malik juga menyatakan nabi turut membaca qunut pada solat Magrib dan Zohor, sekaligus menunjukan ia adalah qunut nazilah. Ada ketika nabi pernah melakukan qunut selama sebulan penuh, mungkin dari situ wujud kefahaman qunut itu sunat muakkad?

Jadi ada saja beberapa masjid di Perlis pun yang tetap baca doa qunut bila subuh. Ada mufti pecat dia? Ada kita tuduh dia sesat atau tak sah solat? Fatwa ‘tak bagi’ namun ada imam buat juga, takpalah disebabkan kita meraikan keluasan pendapat mazhab tu. kita tak label orang buat tu sesat. Tapi dia INGKAR lah, dia ingkar pada ulul amri yang lantik mufti, ahli majlis fatwa negeri untuk memurnikan agama. Mereka perah keringat dan kepakaran mereka ( semua ahli majlis fatwa Perlis yang hebatnya semua ada PHD dalam bidang masing-masing) untuk mencari pendapat yang paling tepat (rajih). Sudahnya hang ingkar juga kerana merasa lebih pandai kot?. Sama la bab selawat atau berdoa secara santun dan sendiri-sendiri, bukan kerana mufti atau ulama Perlis pandai-pandai. Ini maklumat yang diproses dari al-Quran dan hadis. 

Jadi mana isu tak boleh selawat?

K: Iyaa.. tak boleh! aku baca depa komplen kat facebook. Orang Perlis sendiri komplen!

Saya: Tak faham lagi ni. Ni arahan penguasa agama negeri itu berdasarkan pendapat yang terbaik. Jika tak setuju bukan bermakna keluar akidah atau sesat. Biasa. Aku bagi contoh, baru-baru ni aku solat di satu masjid di sini, kawan aku kata masjid tu pakai imam jemputan. Jadi aku ingat dia akan buat solat tarawikh standard macam negara luar. Rupanya dia ambik keselesaan masyarakat setempat, dibuat selawat, doa setiap 4 rakaat. Takpalah la kita ikut sahaja walaupun dalam hati kita lebih selesa tanpa selawat dan kita suka berdoa pada bahagian lain seperti ketika sujud dan selepas membaca tahiyat akhir. Kita hormat tempat orang. Yang aku hairan bila hang pi buat tarawikh masjid orang yang tidak selawat, hang komplen dan menyalak macam ada satu dosa besar?

Kita kena faham ada 3 puak dalam membuat ibadah ni. Satu puak, dia sangat pentingkan cara seperti yang dibuat salaf, sebab kita memandang tinggi golongan salaf mereka mendahului kita dalam iman dan didikan nabi. Puak kedua, dia tak ikut cara salaf mungkin kerana tiada pendedahan tapi dia pun sayang Allah dan nabi. Maka bila dia buat sesuatu yang tiada contoh dari nabi bukanlah kerana jahat. Puak ketiga, dia takda ilmu, tapi rasa diri sendiri saja betul. Apa saja bidaah dia akan buat dengan alasan benda baik apa salahnya. Tanpa sedar dia menghina nabi kerana merasakan kaedahnya lebih bagus dari tunjuk ajar nabi SAW. Jadi hang rasa puak geng komplen ni dalam kategori mana?

Kita (Perlis) tak buat selawat bukan kerana benci nabi, tapi semata-mata nak sama dengan sahabat yang dididik nabi. Orang buat selawat pun sudah tentu kerana mereka sayang nabi. Jika ada yang saling membenci kerana selawat atau tidak selawat ni… aku rasa manhaj depa dah rosak.

Tentang mangkok ayun dalam facebook tu, ya ada dua hari lepas seorang sahabat tag nama aku pada komen dia. Kerana geram aku dah balas tomohan dia pada mufti tu. Tapi biarlah aku bagitau hang pula ni.. Hang tengok nama dia? Perempuan kan? Hang baca ayat dia macamana? “Pi tarawikh tahun ni tak meriah la, selawat pun tak boleh…bla, bla..”.

Orang perempuan ni selalunya emosi, dia pergi solat berjemaah masjid pun masa tarawikh ni ja? Hang nak ambik kata-kata orang macam tu? Dia duk kira nostalgia dia zaman budak-budak tu la. Kita ni orang laki, kita pi kuliah, kita wajib upgrade ilmu kita. Dia duk kira tak meriah cara dia. Tujuan solat tarawikh tu untuk mohon keampunan. Rasa girang pada dendangan merdu berselawat namun gagal menghayati solat tu sesuatu yang aneh… Hang abaikan pendapat cendekiawan Islam dan ikut pendapat penjual kosmetik tu?

(Nota: Setahu saya hampir semua masjid di Perlis ini tidak berselawat semasa solat tarawikh, sejak saya kecil lagi. Tetapi jika surau-surau Jabatan kerajaan/swasta mungkin disuruh lakukan oleh boss mereka yang bukan anak jati Perlis. Boleh jadi juga mangkok ayun dalam facebook bukan asal Perlis kerana dia kata "tahun ini"... boleh jadi tahun ini dia baru solat tarawikh di Perlis)

Hang tau dak zaman nabi takda tarawikh?

A: Betul laa.. orang pompuan ni dia kira dia saja. Emosi tak kena tempat.

K: Taktau?..uuiihh..

Saya: Sebenarnya bukan takda. Ia istilah aja. Zaman nabi SAW dipanggil qiam Ramadan. Ada orang kata Saidina Umar r.a adalah orang pertama yang menganjurkan solat tarawikh. Kalau hang baca buku-buku Syiah banyak yang mencaci Saidina Umar dengan mengatakan Umar lah pembuat bidaah pertama dalam ibadah. Dan ia sering dijadikan hujah pencipta ibadah-ibadah palsu ni. Tapi ada hadis dari Aisyah r.a meriwayatkan solat tarawikh berjemaah yang pertama dilakukan oleh nabi SAW. Baginda pi malam pertama, malam kedua, malam ketiga kemudian berhenti kerana simpati kepada umat dan bimbang satni jadi wajib " bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu" kata nabi SAW (HR Bukhari dan Muslim)

A: Betul la tu. Saidina Umar anjurkan berjemaah sebulan penuh.

K: Pastu berapa yang betoi solat tarawikh? Kenapa di Perlis buat 8? Sini boleh kata semua masjid buat 20, tapi aku tengok sebaik 8 banyak pakat tuang balik habis? Haha!

Saya: Aku bab bilangan rakaat ni luas. Aku pegang dengan pendapat melalui hadis ni ja, Abu Salamah tanya Aisyah tentang solat malam nabi SAW pada bulan Ramadan, kata Aisyah 11 rakaat (HR Bukhari) dan dari Abdullah bin Umar r.a, apabila orang bertanya nabi SAW bagaimana melakukan solat malam, nabi kata dua rakaat, dua rakaat, jika khuatir Subuh maka solat witir satu rakaat. Jadi aku pegang kalau hang nak buat 11 tu, itu terbaik dari contoh nabi SAW. Tapi buat la berapa pun dengan gandaan 2 rakaat.. Boleh ja. Aku nak bagitau hang, bila datang malas.. aku pernah 2 rakaat atau 4 rakaat sahaja kemudian witir 1 rakaat. Dari tak buat langsung.. takkan salah?

K: Tu lah, aku kalau tak pergi masjid. Memang aku tak buatlah tarawikh sendiri.

A: Betul tu. Benda ni luas.

Saya: Kalau hang jenih maqam tinggi, mungkin hang buleh pi sampai 100 rakaat kot. Ikut hang lah.

K: Maqam tu apa?

Saya: darjat la.. macam wali tu.

A: kira keramat lah.

K: Woi ada sungguh oooo yang boleh, dia pi Mekah hilang gitu aja. Pastu muncul sana. Tok Kenali.

Saya: Hang dapat cerita macam ni dari mana? Tok Kenali tu jin ka apa meresap gitu ja? Hahaha!

K: Hang berdosa ooo tak percaya keramat wali.

A: Hahahahaha!

Saya: Hang bagi cerita pun tak sahih, tak tau mai mana? Dari mana? Takkkan la Allah nak hukum aku sebab tak percaya cerita tu. Bukan dari al-Quran pun. Bukan hadis pun. Kisah Israeliyyat (yang takda dalam Quran) yang ada dalam syarah hadis pun takda masalah kalau tak percaya.. 

K: Sahih la.. dari dari keturunan ke keturunan, dari mulut ke mulut.

Saya: tu yang dipanggil panglipur lara.

K: Pastu selawat-selawat ni mai mana? 

Saya: Mana aku tau? Hang tanya orang yang duk buat lah. Yang aku tau zaman nabi, zaman khalifah al-Rasyidin solat tarawikh tak buat selawat pun. Kalau buat mestilah ada catatan. Bukan sikit para sahabat.

K: Dah tu aku nak tanya lagi, kenapa yang Perlis saja berlainan. Kenapa dia tu (mufti) saja yang lain?

Saya: Hang pernah solat dimana selain Malaysia?

K: Tak pernah.

Saya: Pastu hang tau mana Perlis saja yang lain? Hang tau tak Perlis ni ikut Islam yang standard antarabangsa. Malaysia la masalahnya, bila ramai ulama-ulama ni berpendapat sini adalah Islam nusantara. Mana boleh macam tu… Islam rentas sempadan bangsa, budaya.

K: Wooii.. bukan Malaysia mazhab Syafi’ey ka?

Saya: Betul la tu. Tapi dakwaan ja la, tok guru-tok guru berapa banyak kata ikut mazhab Syafiey tapi tak faqih pun fatwa Imam Syafiey. Hang tengok la berapa banyak imam Syafiey kata macam lain dalam al-Ulm tapi depa buat lain, baca zikir dan doa lepas solat fardu dengan nyaring, tahlilan arwah, bermuzik, bayar zakat dengan duit.. macam-macam lah.

(Nota: Sebenarnya aku terkesan dengan kata-kata Maulana Fakhrurrazi dalam satu kuliahnya mengenai pentingnya zikir dan doa seusai solat. Bab meninggikan suara tu kita tinggalkan dulu. Tapi zikir dan doa ini sangat-sangat penting, nasihat Maulana. Janganlah kerana kita nak tunjuk kita ni orang ‘sunnah’ kita beredar tanpa berzikir. Kita bangun semata-mata kerana nak tunjuk kita ni puak lain. Tak elok lah begitu. Memang benar benar jika ada tugas lain dan hal lain, boleh sahaja kita beredar sepertimana nabi juga lakukan.)

A: Tu lah dulu Nik Aziz pun dia wasiat tak bagi buat tahlil arwah kat dia. Kecoh jugak la kampung aku. Tapi sekarang diorang buat juga dirumah masing-masing pulak. 

Saya: Bukan depa pi buat pelantar ke di kubur arwah Nik Aziz.. sedekah baca al-Quran? Bukankah ada larangan membaca al-Quran di kubur?

A: Tu la. Mudah banyak kalau orang tu jahat boleh dapat pahala orang hantar.

Saya: Dia becanggah dengan hadis. Setiap orang dinilai dari apa yang dikerjakannya. Dan hadis: apabila mati amalan terputus kecuali, ilmu yang dimanfaat, sedekah dan doa anak yang soleh tu.

K: Pastu doa anak boleh la?

Saya: Boleh la. Sebenarnya kalau ada orang nak buat tahlil arwah mungkin boleh. Ada cara dalam kitab Al-adzkar karya imam Nawawi. Tu pun kita tak pastilah sampai pahala atau tidak. Tapi tahlil arwah dunia melayu ni mai dari dari ajaran sadatul as sufiyah, Yaman. Nik Aziz kata Tahlilan arwah amalan jahiliyah yang di sangka ibadah.

K: Pastu yang buat kenduri malam 1,2,3,7..

Saya: Tak tahu lah…

A: Tak adil lah orang susah gitu. Mati nanti keluarga dia tak mampu buat tahlil arwah untuk kirim pahala.

Saya: Hahahaha! Ya. Sultan nanti semua masuk syurga. Upah baca al-Quran, hantar pi..

K: Pastu… ni aku nak tanya pasal Qatar ni!

Saya: Sudahlah… aku tak tau…

3 ulasan:

  1. panjang lebar ni tapi aku suka baca. tapi tak berani komen la.

    BalasPadam
  2. Stju bro ngn pa yg ang tulis..padat n brmanfaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang semua tak suka Perlis. Wahabi depa kata. Bagus juga, kita kena mengaji lebih skit dari depa untuk pertahan manhaj.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...