Isnin, 31 Julai 2017

BENTENG SUNNAH

Kita pernah mendabik dada kononnya Yahudi tidak akan sesekali menguasai Malaysia. Tapi kini generasi muda kita tiada bezanya dengan mereka. Kita pernah bermegah-megah kononnya kita tidak akan goyah dengan asakan Nasrani. Tapi sedar tak? Betapa besar impak missionary dalam kerja-kerja rawatan perubatan, pendidikan dan kebajikan di Malaysia.Kita pernah bermegah-megah kononnya pegangan mazhab serta akidah kita begitu ampuh hinggakan aliran sesat dicatas mudah sebelum pucuk. Tidak sempat pun berbuah. Namun kita lupa Syiah yang dahulunya ancaman sudah jadi rakan. Tarekat menyimpang dan aliran-aliran khurafat tumbuh sumbur bagai cendawan disiram hujan-hujan publisiti.

Benteng sunnah yang kebal rupanya hanyalah ditongkat golongan kecil dari seluruh rakyat Malaysia. Yang semakin hari semakin dihimpit dari berbagai arah secara sistematik. Dilabel, dicerca dan dizalimi oleh kesatuan mereka yang didalangi Syiah dan tarekat sufiyyah menyimpang. 

Orang luar, orang Barat, mereka bertepuk tangan kerana meraka mahu Islam yang sebegitu. Tidak progressif, tidak strategis dari sudut ekonomi dan pertahanan, tidak saintifik, dan sentiasa leka dengan dunia sendiri. Mereka mahu Islam mengikut resipi mereka: Agama yang terhad kepada kasih sayang, kesenian dan muzikal. Agama yang dianuti para gypsy.

Dahulu kita selesa dan ralit. Kita berpendapat benteng sunnah negara ini tidak akan roboh. Yang mahu menuntut khurafat, sihir, tawassuf & falsafah, biar mereka ke negara seberang. Asal jangan dibawa pulang. Mana mungkin orangnya pulang, ilmunya dibuang? 

Kita lalai dalam islah dan dakwah. Hanya golongan kecil itu sahaja sedar bahawa dua komponen itu harus jalan selari dan sama-sama aggressif. Manakala badan agama arus perdana hanya kenal islah (hanya tahu mengkafirkan sesama Islam sahaja kerjanya) tanpa ada usaha untuk menyebarkan Islam yang dirasa mereka sudah di zon selamat.

Bila mereka mula menari dan berfiesta zikir di Masjid Putrajaya dengan gamit mesra pemimpin kita sendiri. Sedarlah sahabatku mereka telah berjaya bertapak tanah ini. Kita mengaku pada Allah subhana wa ta’ala bahawa kita telah gagal. Sunnah tidak gagal. Kita yang gagal.

Apa pun yang akan berlaku. Kita akan terus jalankan tugas kita. Kita akan tebus dan bayar berapa pun harganya untuk kembalikan kemurnian agama ini. Semoga Allah permudahkan dan bantu urusan agamaNya.

“Mereka mengatakan dakwah kita ini memecah belah masyarakat. Benar sekali, ia pemisahan antara kebenaran dan kebatilan” – Syaikh al-Albani r.a (Silsila al-Huda wan Noor 280)

2 ulasan:

  1. permisi saudara, hanya ikut menumpang tanya kepada antum, sepertinya antum seorang musisi yg handal dan punya track record yg panjang dalam musik, ana liat antum mengutip kalimat syaikh albani di akhir tulisan, coba tanya sama syaikh albani, apakah musik haram? bila tak cukup, tanya kepada baginda rasulullooh salallahu'alaihiwassalam, apakah musik haram? barokAlloohu fiik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya saudara... sudah tentu 'haram' saudara. Maafkan kesalahan peribadi ana.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...