Isnin, 25 Jun 2018

TUN M


Saya bukanlah peminat Tun M. Sebagai orang Perlis, disepanjang pemerintahan Tun, tahap kemajuan negeri kami boleh dikira amat perlahan sekali. Bahkan seperti dilupakan terus oleh kerajaan Persekutuan. Kata orang politik, rakyat Perlis selesa hidup cara kampung tanpa pembangunan yang terlalu pesat. Otak terlalu kehadapan nanti pandai melawan pula. Lebuhraya Utara-Selatan yang sepatutnya menjadi pemangkin ekonomi telah dilencongkan dari Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam. Amat menyedihkan.

Walaupun kedudukan Perlis yang bersebelahan Thailand (berkongsi sempadan darat dan laut), bersebelahan pula dengan Pulau Langkawi, serta keluasan yang kecil seperti Singapura namun tidaklah mempunyai kepadatan seperti negara itu, tetap gagal dimanfaatkan menjadi hub perdagangan dan perindustrian. Bagi saya, tadbir urus Perlis dalam mengekalkan keluasan mazhab lebih cemerlang berbanding pembangunan infra struktur dan perdagangan.

Dalam kehebatan Tun M itu, kita boleh lihat ada juga ilmu yang dapat difahami oleh orang awam namun gagal dikuasainya. Hanya Allah yang tahu kenapa? 

Bagaimanapun kelantangan beliau dalam memperjuangkan hak seperti yang kita sedia ketahui dalam isu pelampau agama, isu kekebalan raja-raja Melayu yang melakukan jenayah, isu petualangan Yahudi melalui monopoli ekonomi dunia, penindasan terhadap Palestin telah memberi impak yang besar kepada politik nasional dan dunia.

Tun M adalah simbol displin kepada penjawat awam. Kecintaan beliau pada ilmu juga membuatkan orang muda seperti kita tunduk malu.

1 ulasan:

  1. Ha! Ha! Ha! Kah! Kah! Kah! Hancing bau ayaq kencing! Sedaq lah sikit bro! When you control the media for over 30 years, then you can manipulate the perception of the masses! Disciplined??? Bro! Bangla yang kerja cuci lantai pun ada disiplin lah bro, tapi depa tak gilap duit bagi anak2 jadi billionaire...
    This old man spent 40 years calling DAP parti anti Islam, and then can make a grand u-turn and embrace them as allies. So is DAP anti Islam or not?
    The only allegiance this old man has, is to wealth and power.
    Tunduk malu kat orang tua ni? I'll sooner piss on his grave. Kah! Kah! Kah!
    https://www.youtube.com/watch?v=5adF0xlvM_U

    BalasPadam