Sabtu, 20 Oktober 2018

IDEA TENTANG KEHIDUPAN MODEN


Media barat telah menyemarakkan idea kehidupan moden melalui 2 perkara iaitu; dengan mempromosi pengungkapan diri dan memasarkan produk mudah-pakai.

Amerika Syarikat mula paranoid tentang keselamatan negara apabila berlaku peristiwa 9/11. Mereka mula memasang strategi untuk mengintai sesiapa sahaja bagi tujuan tersebut  Pihak kapitalis pula mengintai peluang untuk mengunakan kegelisahan ini untuk mengaut wang. Aplikasi-aplikasi penanda mercu di media sosial, penentu arah dan pengesan lokasi misalnya Waze itu semuanya berasal dari kelengkapan ketenteraan yang sudah ada sejak tahun 40-an lagi, ia dipasarkan kepada orang awam dengan kerjasama kapitalis untuk menjerat pengguna agar mendedahkan diri secara rela hati. Mereka mencipta media sosial yang membawa tradisi baru kepada remaja agar hidup selesa tanpa privasi. Tidak seperti kita dahulu, remaja kini tidak tahu lagi dimanakah yang dikatakan mengenai “ini had tentang diri saya atau ini ruang peribadi saya, berhenti setakat ini!”. Kini anak kita pergi ke tuisyen, sebaik sahaja mereka sampai di kelas, mereka akan kemaskini lokasi, swafoto atau menghantar mesej di WhatsApp. Mereka beranggapan perkara itu normal. Jika tidak berbuat demikian, mereka rasa seperti ada yang tidak lengkap, tidak selamat dan kurang perhatian. Ibu bapa pula sering bimbang, menaruh prasangka dan gelisah jika tidak mengikut tradisi ini. Sepatutnya setiap orang dapat menentukan ruang peribadinya sendiri.

Kapitalis barat dikatakan mula menguasai pemikiran dunia sejak Soviet menyerah dan membiarkan sahaja barat menjalankan agenda perniagaannya. Jika dahulu ada juga pihak komunis yang mencabar penaklukan mereka. Kapitalis barat telah berjaya menjual idea keselesaan hidup agar kita tidak putus-putus bergantung dan membeli produk mereka. Mereka meletakkan harga pada keselesaan hidup sedangkan tidak menjadi masalah pun jika kita perlahan-lahan mengikut rentak hidup ini. Rentak hidup yang telah berjalan ribuan tahun lalu telah diubah mereka dalam sekelip mata. Tidak perlu rasa cemas jika gajet kita ketinggalan. Tidak semestinya semua benda perlu dilakukan dengan laju. Apa salahnya jika kita ingin naik bas biarpun terpaksa tunggu lama di pondok bas? Dahulu kita tunggu 2 jam, kita sempat berbual-bual, berkenalan hingga berkawan dengan semua orang di pondok itu. (Tapi kini kita tak bertegur siapa lagi kerana bersaing membeli kereta baru). Apa salahnya membasuh baju dengan tangan? Kopi 3 dalam 1? Bayangkan kopi yang dahulunya ada serbuk kopi, gula dan susu.. kini dah jadi satu? Semuanya mahu dijadikan mudah pakai.

Mr. Raymund Jagan
The Malaysian Association of Social Workers
19/10/18, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia.

Terasa ingin saya kongsikan apa yang saya perolehi dari guru saya, Mr Raymund Jagan semasa berkursus di Makpem minggu lepas. Saya cuba terjemahkan mengikut kemampuan saya. Harap maksudnya sampai dan tepat. Mr. Raymund Jagan adalah seorang kaunselor berpengalaman yang berkhidmat di lapangan kerja sosial lebih dari 30 tahun.
~ Rammy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan