Kisah Tarzan kali ini ada sedikit
pusing supaya lebih menarik, malangnya ia tetap ditahap biasa -biasa sahaja.
Dibintangi oleh aktor Sweden, Alexander SkargÄrd sebagai John Clayton II, dari
keluarga bangsawan Greystoke, beliau telah lama meninggalkan bumi Afrika dan gelarannya
sebagai “Tarzan”. Clayton II kini hidup mewah di London. Kisah Tarzan sudah pun menjadi
lagenda.
Bagaimanapun John Clayton II telah dijemput kembali Ke
Boma, Congo oleh King Leopold untuk membuat laporan mengenai pembangunan di
Congo, walaupun menolak jemputan tersebut, seorang wakil dari Amerika, iaitu Washington Williams (Samuel
Jackson) telah menyakinkan John Clayton II untuk kembali ke Congo kerana
difahamkan pihak Belgium masih memperhambakan penduduk Congo untuk kerja-kerja
buruh kasar. Washington Williams mahu menyiasat perkara tersebut. Pihak British tidak tahu, jemputan King Leopold tersebut
dipalsukan oleh Leon Rom (pegawai tentera Belgium) yang bertujuan untuk menangkap dan
menyerahkan John Clayton II kepada ketua suku, Chief Mbonga yang berdendam untuk
membunuhnya. Sebagai upah Chief Mbonga sanggup memberi Leon batu-batu permata
yang akan digunakan oleh Leon untuk membiayai tentera upahan bagi menakluk
wilayah Congo dan merampas hasil mereka. Mbonga tidak tahu hal tersebut.
Apabila sampai saja di Boma, Cayton II
terpaksa berdepan tentera upahan Leon yang menyerang dan menculik isterinya.
Kembali menjadi Tarzan, dia dengan bantuan Washington Williams menjejaki Leon,
bertarung dengan beruk Mangani (yang telah membuangnya sebagai keluarga), Mbonga
dan tentera pimpinan Leon demi menyelamatkan Congo.
Walaupun sinopsis ini dengarnya seperti
menarik, ia taklah sehebat mana, kesan khas juga menjadikan aksi-aksi pertarungan
dan akrobatik seperti kartun sahaja. Bagi saya Washington Williams lebih hebat
dari Tarzan kerana handal dengan senjata api dan boleh juga mengejar/bersaing kudrat
Tarzan walaupun baru 2 hari hidup dalam hutan Boma! Kalau dia yang lahir dan
dibesarkan oleh beruk, mungkin Washington Williams adalah Super Tarzan!
2/5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan