Asraf adalah orang pertama yang memaklumkan untuk merasmikan isu pertama beliau di Perlis Zine Fest. Bila saya mula membaca dan menyelak satu demi satu muka surat zine ini, serius! Saya ingat ia digarap oleh kenalan wanita penulis, Si Najiha Amran itu. Sebaik sampai ditengah barulah saya tahu, separuh bahagian pertama milik Asraf manakala yang selebihnya barulah kepunyaan Najiha.
Boleh dikatakan keseluruhan isi zine ini mengkisahkan tentang keadaan dua jiwa yang kesunyian. Kenalah dengan tajuk zine ini sebagai eksploitasi 'rasa' sunyi itu sendiri. Mungkin jua dua jiwa ini boleh disatukan?
Bagi para remaja yang mengemari puisi melankolia/romantika yang menghantui kenangan cinta hati. Anda perlu dapatkan zine ini. Bagaimanapun pada slot Najiha, adakalanya dia turut menyelitkan foto-foto bagi mewakili baris katanya dan ada juga seni tulisan tangan yang comel mencoretkan isi hatinya.
Kadang-kadang ada terdetik difikiran saya strategi Asraf cukup iluminati-nya! hahaha! Jika kena gayanya naskah ini boleh membawa hati bertemu hati.
Tiada maklumat seperti tarikh, nombor mukasurat, bold dan itallic untuk perkataan tertentu, alamat surat menyurat, email, yang ada pun nama mereka di media sosial. Saya seorang yang tidak begitu pandai dalam menilai haluan puisi sebegini, namun saya merasakan karya mereka seterusnya pasti bombastik jika ditambang timbangan berat dan diwarnai lebih gelap.
Facebook: Asrap Mohamad
bagus ni. dah baca sikit2...memang menarik
BalasPadambagus ni. dah baca sikit2...memang menarik
BalasPadam