Saya fikir Henry Rollin benar-benar mempengaruhi dan memberi
impak kepada dunia penulisan buku-buku punk. Kini kita boleh lihat dan dapat begitu banyak buku-buku dari bermacam-macam haluan dibawah naungan luas doktrin
punk. Jujur saya nyatakan, saya belum pernah mendengar lagu-lagu kumpulan
Con-Damn the Corruptor yang merupakan kumpulan penulis buku ini iaitu saudara
Benny Pangazou. Tetapi saya percaya, CTC mempunyai pengaruhnya yang tersendiri
sehingga mereka berjaya membuat gig jelajah Malaysia yang bermula di Kota
Kinabalu, ke Penang, Ipoh, KL dan berakhir di Johor Bahru.
Setelah membaca buku ini, saya memberi tabik kepada Benny
kerana mengarapnya dengan agak terperinci, menarik serta santai. Gaya bahasa
yang digunakan pula mengikut dialet orang Sabah membuatkan seolah-olah dia
sedang bercerita secara bersemuka dengan anda. Kadang-kadang saya tersenyum bila
membacanya, terkenang pula rakan-rakan di Sabah sana. Penulisan seseorang itu
lebih-lebih lagi mengenai pengembaraan dan pengalaman mengambarkan pemikiran
dan latarbelakang seseorang itu. Kita mampu kenal seseorang itu melalui
tulisannya mengenai dunia dihadapannya.
Saya rasa, jika Benny seorang
pemuzik muda dari Semenanjung Malaysia yang menulis tentang keadaan yang
‘normal’ buat dirinya sini sudah tentu komentar-komentar dalam buku ini mengenai
suasana sesuatu tempat itu akan hambar dan membosankan.
Dapatkan buku ini melalui Nizang dengan harga RM20. Anda boleh
juga beli dari saya. Kuantiti terhad! (Whatsapp: 0192281979)
Antara buku punk wajib baca tahun ini
BalasPadam