Filem yang membuatkan saya teringatkan Jaideep Patel, gitaris BLOOD LEGION ketika kami berkerja kilang yang sama suatu ketika dahulu. Sebagai metalhead perbualan kami dari hari ke hari sudah tentu dalam lingkungan dunia kami, termasuklah filem seram. Jaideep mengaku, IT adalah filem yang paling dia takut. Apa yang membuatkan saya terkenang hingga hari ini, reaksi wajah dia semasa menceritakan tentang Pennywise, dia benar-benar takut. Haha!
Siapa yang melalui zaman kanak-kanak yang dihantui IT, 1990 harus menonton filem ini kerana ia sesekali tidak akan mengecewakan anda. Saya puji pengarah, Any Muschietti, dan aktor-aktor kanak-kanak yang menjayakan watak-watak mereka dan juga adaptasi semula jalan cerita oleh Chase Palmer, Fukunaga dan Dauberman. Karya mereka sangat teliti, peristiwa IT digambarkan berlaku di pekan Derry sekitar 1988-1989 yang mana Pennywise akan menyerang (makan) kanak-kanak setiap kali genap 27 tahun. Skrip yang dibawa watak-watak kanak-kanak sangat bagus dan mereka begitu menjiwai plot-plot komedi, cemas, romantis dan sedih. IT sebuah filem yang sempurna. Ini kerana saya menonton di pawagam yang dihadiri kebanyakannya gadis-gadis bersama pakwe yang tidak pernah menonton IT yang asal (saya tahu sebab mereka berceloteh) dan mereka begitu menghayati filem ini. Ada yang takut sampai menangis, ada yang ketawa terbahak-bahak bila babak lucu dan ada yang gembira terutama saat romantik Ben ingin mengurat Beverly.
Saya masih tidak pasti sejak dari filem yang asal kerana tidak membaca novel It. Adakah Beverly itu mangsa rogol ayahnya? Bagi yang tidak tahu, IT diadaptasi dari novel Stephen King (1986).
Tidak perlulah saya sebut spoiler alert namun saya kagum produksi New Line Cinema yang gigih menyelit butir-butir kecil bagi menghidupkan suasana 80-an dalam setiap minit seperti era penemuan penyakit Aids, era kemunculan New Kids On The Block dan irama Rap, kemuncak Micheal Jackson, jam tangan kalkulator, BMX old school, filem Batman (Micheal Keaton) dan Lethal Weapon di pawangam, seluar dalam scuba dan sebagainya.
CGI yang digunakan juga mahal, ketika Pennywise keluar dari projector hampir semua orang tersentak dari kerusi. Jika menonton di pawangam yang ramai begitu pun boleh gugur jantung, apatah lagi jika menonton seorang diri.
Harus tonton!
Ini baru episode pertama.
10/10
Wow...markah penuh...sebagai peminat Stephen King...ini memang filem wajib tonton untuk 2017...
BalasPadamBest... baru sembang dengan Jaideep. Dia tibai tengok 3x. hahaha!
Padamwatak basikal Silver kpunyaan Bill dlm movie baru ni tk mnonjol, pstu Mike Hanlon kalo tk silap dalam novel n movie lama mmg die tk keje pt time jual daging. anyway mmg good remake
BalasPadamYa. Itu aspek-aspek minor tanpa jejas jalan cerita asal. Dan rasanya mat salleh mmg ada ego dia, dia akan tetap letak sentuhan sendiri dalam setiap remake. Bagi aku x mempengaruhi 'kesempoian' cerita ini.
BalasPadamWatak kaki buli Henry Bowers pun kalau teliti, mirip Evil Ed dalam Fright Night 1985, begitu juga scene belon dalam library semua orang x sedar tu.. ala Nightmare 1984, beg mayat ditarik kat sekolah tu. Tapi masih fresh... kalau nak betul betul teliti mesti ada cacat. Tapi untuk aku... ini remake horror yang paling bagus!