1) Nasi Kandar Yasmeen. Restoran yang terletak di Kompleks Tok Arau, (C-Mart) ini agak popular dan seringkali pelanggan terpaksa berbaris panjang untuk membuat pilihan lauk. Bermacam aneka pilihan lauk dari resipi kari India Muslim disini. Tetapi yang menjadi pilihan saya tetap ayam goreng panas berempah mereka yang diakui oleh sesiapa sahaja memang KICK ASS! Mencapai piawaian restoran mamak yang cemerlang, khidmat pelanggan yang laju, tandas yang cantik, surau yang cantik, baju koporat yang lawa, harga sendiri mau ingat!
2) Saya akui, saya agak bias untuk pilihan ini kerana Gany Nasi Kandar adalah bekas majikan saya. Semua metalheads Kangar pernah menjadi buruh yang digajikan beliau. Cakap saja, Azil Upanishad zine, Diken Thanatopsis zine, GG Bunthai, Madi DOSA, Ciwi, Ah Cuan, Muhazly, banyak lagi.. semuanya ada kisah suka duka di gerai ini. Malah gerai ini bermula dari perniagaan atas beca, kemudian beroperasi di bulatan Bukit Lagi (berhadapan stesen bas ekspress Kangar). Halid anak kepada arwah Pak Gany telah membawa satu menu baru ‘Chicken Tika’ sejenis sajian Arab untuk dimakan bersama nasi atau roti. Saya dah cubanya, memang sedap. Lembut dan pedas mirip tandoori. Kedai Gany adalah pilihan pak Arab dan nigga yang belajar di Unimaps, Kampus Kangar. Bila tanya, Arab mana ajar resipi ni? Halid jawab "Aku tibai saja. Ni bidang aku, sekali rasa aku dah tau nak tarok apa. Macam hang dengar lagu tresh, terus boh double pedal. Aku pun sama!".
Kedai Gany Nasi Kandar sudah tidak beroperasi lagi, kini Halid menjual nasi kandarnya di warung 'tunai dan tapau' dihadapan Sekolah Kebangsaan (C) Khoon Aik, Jalan Syed Alwi.
3) Nasi Kandar Pak Daud. Apa yang saya ingat inilah rasa 'nasi ganja' yang masih boleh ditemui hingga hari ini walaupun kebanyakan pengusaha nasi kandar tidak lagi mengunakan air rebusan daun ganja untuk memasak nasi kandar. Namun kas-kas (benih bunga poppy) masih terjual dirata-rata pasaraya sebagai rempah ratus wajib resipi nasi kandar. Apa yang kekal dalam ingatan saya, ayah saya akan menyebut nasi ganja setiap kali membeli nasi arwah Pak Daud dahulu. Sebenarnya, restoran Pak Daud turut menyediakan lauk, ikan, daging dan telur. Namun saya sukakan ayam goreng kunyit bersama nasi berkuah kari pedas dan campuran kuah dhal. Ia mempunyai citarasa yang tulen. Pedas dan mengkhayalkan. Kedai Pak Daud ini hanya terletak bersebelahan koeteaw Pak Nan (lihat post mengenai koeteaw di Perlis). Dan tempoh jualan nasi ini sekitar jam 6.30 pagi – 10.00 pagi sahaja. Sangat laris! Mereka bercuti pada hari Khamis. Kedai Nasi Kandar Pak Daud turut menjual roti canai. Faizal tekong campur kuah di kedai ini, orang kuat sunnah dan sangat berbudi bahasa.
4) Nasi Kandar Pokok Petai. Simpang Tiga pekan kecil Mata Ayer. Pada bulan Ramadan ada pasar Ramadan di situ yang pernah tular dengan murtabak saiz jumbo. Dulu pernah viral makanan selera kampung di warung Pokok Sawa yang terletak berdekatan Balai Polis Mata Ayer. Saya jarang-jarang sekali ke kedai Nasi Kandar Pokok Petai ini, namun jika ada rakan-rakan dari luar atau ingin rasa nasi kandar yang lain dari selalu, mereka akan dibawa ke sini. Ramuan nasinya berat dan karinya pekat. Suasanya kedainya yang 80% dibina dari batang dan pohon kayu gergasi menarik perhatian ramai. Mudah untuk cari kedai ini. Cari Simpang Tiga ke kampung Gial, cari motorsikal Norton yang tergantung setinggi tiang telefon di sebuah bengkel kereta. Itulah tempatnya!
5) Kalau teringin masakan India/Mamak di Kuala Perlis, memang salah tempat. Rata-rata sini dipenuhi warung/restoran masakan Thai kerana Satun berjiran dengan Kuala Perlis. Maka segala masakan dipengaruhi citarasa orang seberang. Selain laksa, nira, mentarang bakar dan lokcheng. Kini tidak lagi, Nasi Kandar Saadiq dah dibuka di Jalan Serawak. Cubaan pertama saya terus menang! Begitu juga roti canai. Kuah karinya memang terbaik. Sensasi rempahnya terasa. Saya memang kurang setuju dengan roti canai Kuala Perlis biarpun yang tebarnya seorang awek cun. Kuah manis dicampur dengan sambal tumis ikan bilis memang tidak sepadan. Kalau kita order dhal sahaja, macam cicah dengan serawa labu pulak rasanya. Saadiq menyelamat legasi roti canai Kuala Perlis. Ini baru real!
Bersambung....
4) Nasi Kandar Pokok Petai. Simpang Tiga pekan kecil Mata Ayer. Pada bulan Ramadan ada pasar Ramadan di situ yang pernah tular dengan murtabak saiz jumbo. Dulu pernah viral makanan selera kampung di warung Pokok Sawa yang terletak berdekatan Balai Polis Mata Ayer. Saya jarang-jarang sekali ke kedai Nasi Kandar Pokok Petai ini, namun jika ada rakan-rakan dari luar atau ingin rasa nasi kandar yang lain dari selalu, mereka akan dibawa ke sini. Ramuan nasinya berat dan karinya pekat. Suasanya kedainya yang 80% dibina dari batang dan pohon kayu gergasi menarik perhatian ramai. Mudah untuk cari kedai ini. Cari Simpang Tiga ke kampung Gial, cari motorsikal Norton yang tergantung setinggi tiang telefon di sebuah bengkel kereta. Itulah tempatnya!
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan