Sabtu, 13 Mei 2023

AKU INI APALAH SANGAT...


Aku ini apalah sangat...

Aku sekadar ingin berkongsi cerita buat kawan-kawan jika boleh diambil manfaat dari kejadian yang berlaku. Kita semua pasti pernah tersinggung dengan perbuatan manusia, entah-entah kita sendiri pun pernah menyinggung perasaan orang secara sedar atau tidak. Moga Allah dan insan yang aku lukakan hatinya mengampuni aku.

Sejak aku kembali berkhidmat di Perlis kira-kira 4 tahun lalu, telah banyak kalilah aku direndahkan, dipermalukan demi tugas yang diamanahkan kepada aku. Yang terbaharu semalamlah, di Ipoh, kena hentam lagi biarpun bukan kemahuan aku, bukan salah aku. Terima dan pasrah. Aku rasa sedih juga, aku pun manusia. Tetapi sekejap aja la, kerana aku teringat di depan pintu pejabat aku terletak pejabat seorang yang saban hari dia dihina, dicerca, dimaki sedangkan dia mufti kot? Bahkan lebih dahsyat keretanya dibakar. Dia tetap cekal. Bila aku balik rumah, di depan rumah aku ada sebuah kolej, pejabatnya ada seorang yang saban hari dia kena hina, cerca, maki sedangkan dia rektor, professor madya kot? Lebih dahsyat dia ditomah sesat. Dia tetap cekal.

Aku ini apalah sangat. Lekeh aja ujian aku sepadanlah dengan jawatan aku.

Ada orang datang ke bengkel belakang rumah aku dan tanya kenapa aku tulis kata-kata hikmah daripada Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a di dinding, aku selalunya senyum aja. Kali ini aku nak jawab, kata-kata itu ubat bagi jantung hati aku sebenarnya. Setiap kali aku diperlecehkan dan dihina, bila mengingatkan kata-kata Syeikhul Islam itu, dugaan yang dihadapi sepanjang hidupnya, hati aku jadi sejuk. Ia bertepatan dengan sabda Nabi saw – “Sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh urusannya baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka dia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim, no. 2999).

Aku ini apalah sangat...
- Ra1m1
Impiana Hotel Ipoh

2 ulasan: