Zineini boleh saya katakan percubaan pertama yang dilakukan oleh
pengerak-pengerak muzik bawah tanah dari Bintulu yang menghimpunkan karya seni
mereka ke dalam satu cetakan yang diterjemahkan sebagai “Koyak Kepala” dalam bahasa
Melayu. Menariknya ia bukan himpunan kerja-kerja berlandaskan punk atau metal,
tetapi seni warisan bangsa iaitu syair, cerpen (cerkon –cerita kontot) dan
lukisan.
Seramai 6 penulis bergabung merealisasikan Bisak Palak, dan
semestinya Adi Herman selaku editor dan penulis utamanya begitu menonjol dengan
karya-karya uniknya. Edisi pengenalan ini diterbitkan dengan jumlah 50 keping
sahaja. Sila hubungi beliau dengan pantas sebelum kehabisan. Mungkin diulang
cetak jika ada permintaan.
nang bisak...
BalasPadamTq tuan atas ulasan ini walaupun ringkas
BalasPadam